"Assalamualaikumm!!"
"Assalamualaikumm!!"
Ada seseorang memberi salam dari luar rumah Jimmy. Jimmy rasa terganggu dengan suara itu. Baru sahaja ingin masuk ke alam mimpi, tiba-tiba sahaja mimpinya di ganggu oleh seseorang dari luar rumahnya.
Dia mendecitkan bibirnya, esok kerja nak tidur pun tak senang. Sudahlah seharian dia tak dapat tidur dengan tenang. Kelmarin dia jaga Amir di hospital. Kira-kira hanya dua jam sahaja dia dapat tidur kelmarin itu pun tidak selesa. Hari ini, baru dapat tidur empat jam ada pula yang datang menganggu.
"Ish, anak hantu mana pulak ni bagi salam? Aduh aku nak tidurlah!" Laung Jimmy dengan nada suara geram.
Jam tepat 12 tengah malam.
"Ah, lantaklah!"
Dia menekup telinganya dengan bantal dan cuba untuk menyambung tidurnya kembali dengan tidak melayan orang memberi salam dari luar. Dia tahu itu orang, takkan hantu bagi salam pulakan?
"Assalamualaikum Abang Jimmy! Ini Amirlah! Bukalah pintu woi, Amir sejuk ni!"
"Hah?!" terkejut beruk Jimmy jadinya.
Terbeliak biji mata Jimmy dibuatnya apabila nama itu disebut dari luar rumah. Dia kenal dengan suara itu. Tidak lain dan tidak bukan lagi memang suara Amir! Tapi biar betul?! Macam mana dia boleh tahu jalan ke sini? Siapa hantar dia ke sini? Buat apa dia datang sini tengah malam? Semua itu bermain dalam minda Jimmy.
Bergegas Jimmy lari menuruni anak tangga untuk membuka pintu rumah. Wajahnya menjadi cuak, cemas, keliru saling bercampur-baur. Apa yang berlaku sekarang ni? Otaknya seakan-akan terganggu dan tertanya-tanya.
Segera pintu rumah dibuka untuk memastikan suara itu suara orang yang dia betul kenali. Jimmy terkaku di hadapan pintu rumahnya itu sendiri. Mulutnya terbuka luas. Serius dia terkejut melihat apa yang sedang berdiri di luar pintu pagar rumahnya.
"Amir?"
Ya! memang betul depannya itu Amir yang sedang berdiri terpacak di hadapan pintu pagar rumah tamannya bersama beg galas dan di tangannya ada seekor anak patung beruang berwarna putih setia dipeluknya dengan gaya yang comel.
Jimmy mengosok kelopak matanya. Seakan-akan tidak percaya bahawa itu memang betul-betul Amir. Takkanlah kot?
"Eh, betul ke ni? Ke aku mimpi? A.. Amir?"
Dia masih tidak percaya.
"Abang Jimmy! bukalah pintu. Amir sejuk ni. Bagi Amir masuk, tolonglah!!" Kata Amir sambil peluk anak patung beruangnya itu lebih kuat kerana kesejukkan.
"B.. baiklah. Kejap. Abang bukak pintu!" Bergegas Jimmy mencari kunci manga pintu pagar.
Setelah dia dapat kunci terus dia pergi membuka kunci pintu pagar.
Kriukkk..
Pintu pagar dibuka.
"Hmm.." Amir tersenyum kecil ke arah Jimmy.
"A.. Amir datang naik apa ni? Siapa hantar Amir datang sini?" Tanya Jimmy dengan wajah serius.
"Amir datang sendiri." Balas Amir ringkas.
"Naik apa?" Tanya Jimmy lagi dengan dahi masih berkerut.
"Jalan kaki je." Balasnya senada.
"Hah?! Serius?! Jalan kaki? Jauh kot! Mesti dah lama Amir kat luar sorang-sorang ni? Kenapa Amir datang sini tak bagitahu abang? Bahayalah jalan sorang-sorang malam macam ni. Kan abang dah kata, Jangan jalan sorang-sorang kan? Haish, degillah budak ni."
Amir terdiam, dia tertunduk memandang tanah. Matanya mula berkaca.
Jimmy tersentak. Tidak sengaja dia termarahkan Amir. Mungkin Amir terasa hati.
Secara tiba-tiba Amir memeluk Jimmy dengan pantas tanpa berkata apa-apa. Terasa hangat dalam pelukkan Jimmy. Rasa tenang dan selesa.
Jimmy terkedu seketika. Dia binggung dengan apa yang terjadi. Dia tak mengerti, apa yang dah terjadi? Jimmy rasakan baju t-shirt putihnya itu sudah basah secara tiba-tiba.
'Amir nangis? Ish kenapa ni? Ada masalah ke? Apa dah jadi? Hish aku pun satu, kenapa aku nak marah dia macam tu tadi.' Jimmy berkata sendiri dalam hatinya.
Perlahan-lahan Jimmy mengusap belakang Amir.
"Dah, dah maafkan abang. Abang tak sengaja marah Amir tadi. Kita masuk dalam dulu okay? Amir sejukkan? Nanti abang buatkan air okay? Nanti kita bincang dekat dalam rumah. Amir janganlah bagi abang risau lagi. Abang taknak apa-apa terjadi dekat Amir lagi." Kata Jimmy dengan nada memujuk.
Amir hanya menganggukkan kepala sambil mengesat air matanya. Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah. Amir rasa tenang dalam pelukan Jimmy. Rasa seperti amat dilindungi oleh Jimmy ketika ini.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...