29

729 25 0
                                    

Jimmy sudah siap mengenakan kemeja berwarna biru gelap dan seluar slack berwarna hitam ke tubuhnya. Pakaian itu amatlah sesuai dengannya. Jimmy ini bagilah pakai apa pun, kain pelikat sekali pun tetap nampak kacak sangat. Minyak wangi disembur ke seluruh tubuhnya beberapa kali. Serta-merta bau aura kejantanan terserlah dan di tambah pula dengan bantuan minyak wangi kegemarannya.

Wajahnya juga di spray-kan dengan spray mist agar kelihatan sentiasa segar walaupun di malam hari. Penampilan haruslah dijaga rapi agar orang senang ketika mendekatinya nanti.

Dia paling tidak suka orang yang berpakaian tidak kemas. Tidak kisahlah baju dua puluh ringgit sekali pun, jika digayakan dengan baik pasti kelihatan mahal. Bajunya juga kemas tiada langsung segaris kedutan yang dapat dikesan oleh mata kasar. Jimmy sangat rapi dan teliti orangnya.

Jam tangan berjenama dan mahal itu dipandang beberapa saat. Sudah jam 8.30 malam. Dalam kiraanya pukul 9.00 malam pasti sudah sampai kerana lokasi tidaklah jauh mana dengan rumahnya.

Acara tersebut pukul lima petang sudah dimulakan, saja dia malas nak datang awal dan mengabiskan masanya di situ. Acara pula pukul sepuluh malam akan selesai. Kira okay jugalah kan? Janji mukanya ada di majlis itu. Malas betul dia nak berjumpa dengan abang sulungnya itu. Cerewet orangnya. Ada sahaja yang tidak kena di matanya nanti.

Tanpa membuang masa lagi, dia mula bergegas keluar dari rumah itu dengan langkah yang terpaksa lantas dia membuka pintu kereta, hadiah yang dibelinya petang tadi itu dicampaknya ke tempat duduk sebelah. Tanpa membuang masa lagi, kereta Honda kesayangannya itu terus memecut laju keluar dari halaman rumahnya.

Lagu yang keluar di corong radio menemani perjalanannya itu. Jarang dia membuka siaran radio yang menyiarkan lagu berbahasa Melayu. Selalunya, dia hanya akan memasang siaran kegemarannya iaitu Lite.fm. Lagu berbahasa Inggeris lama.

'Mesti Amir yang tukar siaran ni.' Katanya dalam hati. Dia mendecitkan bibirnya lantas jarinya laju hendak menukar siaran radio kegemarannya itu, tiba-tiba keluar pula lagu kegemaran Amir.

"Sungguh ku tak mampu, menahan rindu Ah Ah!" - Rindu (Amelina) .

"Aik! Lagu ni! Hahaha." Berdekah-dekah Jimmy ketawa di dalam kereta. Tidak sangka, tiba-tiba lagu ini keluar di corong radio.

Lagu kegemaran Amir. Lagu ini wajib dinyanyi oleh Amir walaupun kemana sahaja dahulu. Kalau pergi karok pun wajib lagu ini dahulu di nyanyinya.

Amir ini suka bernyanyi dan padai menyanyi. Suaranya juga boleh tahan lunak tapi dia agak pemalu bila bernyanyi di hadapan orang ramai.

Pernah sekali, ada syarikat rakaman mahu mengambil Amir menjadi penyanyi bergenre pop kerana zaman sekarang trend anak muda sebaya Amir menjadi penyanyi tetapi Amir menolak kerana rasa tidak layak dia bergelar sebagai seorang penyanyi.

Tidak lama selepas itu Jimmy mula rasa asyik dengan lagu itu, perlahan-lahan dia mengoyangkan jari dan bahunya mengikut rentak lagu tersebut, dia pun turut terikut menyanyikan lagu itu juga. Terhenti niatnya mahu menukar siaran radio lain sambil tersenyum seorang diri.

"Siang malam terbayang-bayang fikiran melayang-layang, khayalkan dirimu sorang, oh sayang... Sungguh ku tak mampu menahan rindu Ah Ah.. pabila diriku jauh darimu..." Tiba-tiba hati Jimmy yang sebentar tadi gundah-gulana terus jadi ceria dan bersemangat dek kerana lagu dangdut ini.

Betullah lagu dangdut ini memang dapat menceriakan mood seseorang. Patutlah Amir suka benar dengan lagu ini. Memang akan bersemangat kalau kita menyanyikan bersama-sama. Segala kenangan bersama Amir tiga tahun dahulu terlintas di fikirannya sepintas lalu. Dia rindukan Amir yang dahulu yang sentiasa ada untuknya. Bibirnya mengukirkan senyuman walaupun matanya agak berkaca.

'Mungkin ini yang terbaik untuk awak Amir, saya tak tahu.' Kata Jimmy dalam hatinya sendiri.

•••

Jimmy sudah sampai di tempat yang ingin ditujunya itu. Selesai sahaja dia memakirkan keretanya, terus dia meluru masuk ke dalam dengan bergaya sekali.

Cermin mata gelap sentiasa mengiasi wajahnya walaupun dia jarang memakai cermin mata hitam di wakntu malam. Banyak mata memerhatikan lelaki kacak itu apabila masuk ke dalam hotel lima bintang tersebut, termasuklah pekerja baru kerana sekarang ini Jimmy sudah jarang datang ke sini. Wanita-wanita 'pisau cukur' mula berebut-rebut memandang ke arah Jimmy. Yalah, orang kacak lagi bergaya siapa yang tidak suka bukan?

Jimmy masuk ke dalam perut lift, tombol butang bernombor 8 ditekannya. Sebaik sahaja dia keluar dari perut lift terus telinganya mula terdengar suara orang ramai sedang riuh-rendah.

'Okay, sampai jugakan. Muzaimi, relax okay. Kau datang jaga perangai, jaga percakapan kau, untuk malam ni je okay kau jaga perangai tu. Okay baiklah Bismillah.' Pesan Jimmy pada hatinya supaya jangan cari pasal dengan abang sulungnya itu nanti. Kakinya melangkah masuk perlahan-lahan ke ruangan itu.

"Muzaimi! Datang pun adik kakak. Lama tak jumpa!" Suara Kakaknya bernama Sasha itu kedengaran dahulu menyapa telinganya. Terus tubuh Jimmy yang semakin sasa itu dipeluknya.

Jimmy membalas pelukkannya itu sambil tersenyum walaupun tidak berapa ikhlas.

"Mestilah datang, mana Qaliesya?" Tanya Jimmy dengan senyuman dibuat-buat.

"Uncle Muzaimi!" Ucap satu suara budak perempuan sambil menarik seluar Jimmy.

Jimmy mengalihkan pandangannya memandang ke arah suara gadis kecil itu. Terus Jimmy tersenyum lebar.

"Eh, Qaliesya.. lama tak jumpa anak buah kesayangan uncle ni kan. Nah uncle bawakan hadiah untuk you. Ambillah." Kata Jimmy sambil menyerahkan kotak berwarna merah itu.

"Thank you Uncle Muzaimi! Qaliesya pergi simpan dulu okay, nanti kita borak-borak lagi, Qaliesya rindu dengan uncle Qaliesya yang handsome ni." Kata Qaliesya seperti orang besar.

"Amboi cakap macam dewasa sangatkan dia tu. Dia tu baru sembilan tahun okay, haha yalah pergi simpan dulu okay." Kata Jimmy sambil mengusap rambut Qaliesya, lantas gadis kecil itu pun pergi dari situ. Mata Jimmy memandang kembali ke arah Sasha.

"Kak, along?" Tanya Jimmy ringkas, senyumannya tadi itu terus mati. Takut juga dia jumpa dengan abang long dia tu nanti. Habis semua benda akan jadi buruk.

"Ada tu, belakang kau tu haa." Balas Sasha sambil menunjuk ke arah belakang Jimmy.

"Shit!" Kata Jimmy perlahan sebaik sahaja dia menoleh ke belakang. Abangnya yang sulung itu sudah memerhatikannya dari jauh. Tiba-tiba Jimmy rasa takut macam budak sekolah takut dengan cikgu yang paling garang di sekolah. Habis cuak satu badan.

Dia mula rasa menyesal datang malam ini. Mesti dia akan kena punyalah dengan abangnya yang sulungnya itu. Tunggu sahajalah nasibnya. Jimmy hanya mampu bertawakal sahaja di saat ini.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now