31

805 26 1
                                    

"Apa." Wahab bersuara seraya memandang ke arah Jimmy setelah dia perasan yang adiknya ini tengah menahan geram kepadanya. Wajahnya kosong seperti biasa, seperti orang tiada perasaan. Nada suaranya juga kedengaran dingin.

"Along, kita bincang sekejap." Balas Jimmy dengan nada suara yang dingin juga.

Semua mata yang berada di situ memandang ke arah Jimmy termasuklah ahli keluar Tuan Haji Syeikh Yaakub.

Mira sahaja yang tidak memandang ke arah Jimmy. Dia mengalihkan matanya yang menawan itu ke arah lain. Tidak mampu untuk memandang ke arah Jimmy. Dia tahu, pasti Jimmy tengah susah hati ketika ini.

"Nak cakap, cakap sajalah kat sini. Apa yang susahnya?" Balas Wahab dengan wajah berkerut.

"Private. Now!" Kata Jimmy dengan nada tegas. Dia sudah tidak tahan mahu mendengar perintah Wahab lagi seperti seorang hamba.

"Okay, kalau kau nak." Wahab berkata sambil menganggukkan kepalanya. Bibirnya diketap rapat menahan rasa geram juga.

Mereka berdua pergi ke satu sudut yang jauh dari mereka semua. Sebaik sahaja kaki mereka berhenti daripada melangkah, terus Jimmy menyerang abangnya dengan kata-kata.

"Long! Apa along cuba nak buat ni?!" Jimmy bersuara dengan mata yang sudah berkaca.

"Hah?!" Wahab tersenyum sinis sambil memandang ke arah lain.

"Long! Jawab!" Tengking Jimmy sekuat hati.

"Apa?! Aku buat untuk kebaikkan kau kot. Apa masalah kau ni hah? Kahwin? Kahwin pun tak nak ke?"

"Tapi patut ke along buat kat saya macam ni? Ada long bincang dengan saya dulu? Ada? Takde long, takde! Long sedap ikut kepala lutut along je!"

"Muzaimi! Mulut kau jaga sikit. Ni abang kau tahu tak?! Aku buat benda ni pun sebab kepentingan kau!"

"Kepentingan saya? Hah! Jangan nak menipulah. Ini semua kebaikan alongkan? Sebab nak besarkan bisnes arwah abah dengan ibu. Kepentingan saya konon puih! Dia yang nak bolot harta keluarga sorang-sorang dia." Kata Jimmy sambil tersenyum sinis di hujung percakapannya. Tangan disilangkan olehnya sambil melemparkan pandangan ke arah lain.

"Habis yang tiap-tiap bulan duit beribu-ribu masuk dalam akaun bank kau orang adik-beradik tu datang dari mana? Hah?! Tu hasil aku yang bertungkus lumus sambung legasi ayah kau tahu tak? Nak harap kau dengan adik-beradik yang lain? Jangan haraplah, tu semua aku buat sebab aku ingat adik-beradik kita tahu tak? Kau ada nak tolong aku? Takde! Kali ni aku harap sangatlah, tolong! Tolonglah buat benda ni untuk family kau!"

"Along ingat saya ni patung along ke nak main sedap ikut cakap je? Hah?! Saya ni ada perasaan tahu tak?!"

"Kau ni, nasib arwah abah dengan ibu suruh aku bagi hasil bisnes family kita kat adik-beradik je tau! Kalau tak jangan haraplah kau orang semua nak merasa! Kang penumbuk aku yang kau rasa dulu!"

"Oh! Along nak ungkit ke sekarang ni?" Kata Jimmy dengan wajah yang serius.

"Aku bukan nak ungkit! Aku cuma dah geram dengan kau orang semua! Semua tak boleh pakai! Sorang-sorang menyusahkan aku!"

Jimmy terdiam sambil pandangannya dilemparkan ke arah lain. Tidak sanggup dia melihat wajah lahanat di hadapannya ini lagi. Setitis air matanya gugur ke pipi, dengan pantas dia menyeka air mata itu.

"Muzaimi! Tolonglah, sampai bila kau nak hidup macam ni? Hidup dalam dunia songsang kau ni? Sampai bila? Tak penat ke jadi gay? Tak cukup dulu sebab kau, anak orang tu sampai nak bunuh diri?!" Jerkah Wahab dengan suara yang lantang. Terjegil sahaja biji matanya terarah ke arah Jimmy.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now