Jimmy merenung ke arah bulan penuh di langit, angin sejuk menepuk pipinya. Dia berdiri seorang diri di atas balkoni yang ada di luar biliknya itu mengadap jalan sambil menghisap sebatang rokok.
Matanya sayu berpandangan kosong. Sesekali dia sambung menghisap rokok lalu di hembuskan asapnya keluar berulang kali. Bunyi hiruk pikuk kota kian perlahan.
Jam tepat pukul 12 tengah malam. Dia cuba untuk melelapkan matanya tetapi tidak mampu. Macam-macam benda tengah berlegar dalam otaknya membuatkan fikirannya bertambah kusut.
Secawan kopi suam yang berada di tangan kanannya di hirup sedikit lantas, dia berfikir sejenak. Bagaimana dia nak berjumpa dengan Amir selalu? Bagaimana dia nak Amir ingat kepadanya kembali? Semua itu berlegar-legar dalam otaknya tanpa henti.
Rasa berdosanya datang kembali saling bercampur dengan bayangan senyuman ceria Amir. Wajah comel Amir bermain dalam mindanya, langsung sekali pun dia tidak pernah lupa akan wajah comel itu dalam hidupnya kerana terlalu sayang.
"Betul ke apa yang aku cuba buat ni? Layak ke aku nak setia dengan dia lagi? Layak ke aku nak mencintai dia lagi, aku dah layan dia teruk kot dulu? Paling teruk, aku dah musnahkan hidup dia."
Jimmy berkata sendiri pada dirinya.
Masih perlukah dia mencintai Amir? Perlukah?
"Perlu ke Amir ingat balik aku yang dah buat jahat kat dia dulu? Perlu ke? Perlu ke Amir ingat kisah silam yang teruk ni? Atau.. aku perlu biarkan dia lupa pasal diri aku? Biar dia move on dengan cara ni?" Jimmy memejamkan matanya, lalu bibirnya digigit manja.
Tiba-tiba Jimmy ketawa sendirian.
"Haha, tapi... Sekarang ni, aku yang tak boleh nak move on dari dia. Bertahun.... Bertahun..." Ujarnya ketawa pada diri sendiri.
Setitis air mata dia jatuh ke pipi.
"Ya Allah, aku tahu benda ni haram. Tak baik di sisi agama. Perlu ke aku tinggalkan dia? tapi aku sayang dia Ya Allah. Kenapa Engkau uji aku dengan ujian macam ni, Ya Allah? Aku tak mintak perasaan ni hadir dalam hidup aku."
Fikiran dia sangat buntu ketika ini. Urat di kepalanya mula timbul. Kepalanya berdenyut kencang. Puntung rokok di buang dari tangan dan jatuh ke bawah. Dipicit-picit dahinya perlahan-lahan agar rasa sakit kepalanya itu dapat di hilangkan.
Dia kembali masuk ke biliknya, secawan kopi itu di letakakn di atas meja lalu tubuh sasanya itu dilempar di atas katil empuk. Rasa sejuk dari pendingin hawa menyentuh kulitnya. Mata di tutup rapat, lampu di padamkan. Perlahan-lahan dia terlena bertemankan air mata kerinduan.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomansaKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...