39

922 28 3
                                    

"Bukan ini yang aku mahu~
Terpisah jauh darimu~
Kini tinggal hanya diriku~
Bertemankan rinduku
Padamu~" - Tuah (Air mata rindu)

Amir bernyanyi seorang diri sambil duduk di tepi tingkap. Matanya tidak henti melihat cahaya bulan penuh yang menerangi langit gelap pada malam itu. seratus keping gambar itu tidak henti dipegang olehnya sejak kali pertama dia melihatnya lagi.

Gambar itu ditenung sayu selama berhari-hari. Dia langsung tidak mengingati apa-apa tentang kenangan gambar itu yang dia tahu hanyalah kebenaran.

Lalu dia sambung menyanyikan lagu itu di bahagian korus pula.

"Terlihat, senyum yang terukir diwajahmu~
Menandakan kau bahagia tanpaku~
Di saatku menangis
Untukmu~"

Amir menyeka seketika air matanya kerana terbayang saat-saat indah ketika Jimmy terjumpanya pada hari hujan lebat sehinggalah kali terakhir ketika Jimmy mencampakkan duit kepadanya itu. Semua itu masih segar di mindanya hanya memori itu yang dia ada. Memori tiga tahun lepas masih dia tidak dapat mengingatinya lagi, dengan rasa sebak dia menyambung kembali nyanyiannya itu.

"Apakah salah dan dosaku
Terhadapmu~
Sehingga mudahnya kau
melupakan aku~
Sedang air mata menangis
Rindu! Padamuuu~"

Amir menyeka air matanya. Tidak mampu lagi dia menyambung nyanyiannya itu. Dia menyampaikan lagu itu dengan sepenuh hatinya.

"Wah, suara kau tetap tak berubahkan? Dari dulu sampai sekarang masih sedap." Kata Haikal sambil tersenyum di tepi pintu.

Amir tersentak dengan cepat dia menyeka air matanya.

"Eh, Haikal. Sorry kalau bising." Balas Amir dengan suara serak.

"Bising? Mana ada bising. Aku rindu lagi adalah. Rindu nak berkumpul macam dulu lagi tapi sekarang ni masing-masing sibuk dengan hidup sendiri." Kata Haikal sambil tersenyum tawar.

Amir hanya terdiam.

Haikal terus mengambil satu kerusi lantas dia duduk di sebelah Amir. Dia turut memandang ke arah bulan terang itu bersama Amir.

"Cantik bulan tu kan?" Kata Haikal cuba untuk mencari topik perbualan.

"Ya, cantik." Balas Amir seadanya.

"Kau mesti teringat dekat dia lagi kan?" Kata Haikal perlahan. Amir sudah menceritakan segalanya kepada Haikal tentang apa yang sudah terjadi selama ini. Haikal terasa agak sebak setelah mendengar cerita sahabatnya ini yang selama tiga tahun ini mengilangkan diri tanpa kabar berita. Tiada siapa tahu tentang Amir lagi. Haikal rasa Jimmy agak kejam memperlakukan Amir sebegitu rupa.

"Aku teringat? Hmm, mestilah teringat tapi bukan sebagai boyfriend aku lagi dah tapi sebagai seorang abang. Aku dah tak ada rasa sayang macam dulu lagi dah, cuma rasa sayang aku kali ini lain. Aku anggap sayang dia tu sebagai seorang abang yang sentiasa jaga aku dengan seikhlas hati. Tapi aku selalu buat dia marah, selalu buat dia risau. Aku ni bodoh. Aku ni tak reti nak fikir. Aku.. Aku sekarang dah cacat." Kata Amir perlahan di hujung ayat. Dia tidak suka perkataan 'cacat' kerana dia bukan seorang yang cacat, dia cuma hilang ingatan dan perlakuannya agak tiga suku.

"Ish, janganlah cakap diri kau tu macam tu. Hmm, aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi pasal hal ini. Mungkin ini yang terbaik? Mungkin ada hikmah? Aku pun tak tahu tapi apa yang aku nak tahu, aku tak nak tengok kau sedih lagi Amir. Cukuplah, cuba untuk cari kebahagian untuk diri sendiri pula lepas ni."

Amir terdiam setelah mendengar apa yang keluar dari mulut Haikal sebentar tadi. Mereka berdua terdiam beberapa saat sambil memandang ke arah bulan lagi.

"Oh, aku lupa nak bagitahu dekat kau satu perkara ni." Kata Haikal sambil menggigit hujung bibirnya. Dia berasa agak takut untuk memberitahu perkara ini.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now