12

1K 41 2
                                    

Amir berdiri tepat di hadapan halaman rumah. Dia memandang rumah besarnya itu dengan pandangan yang kosong. Sunyi. Rumah sahaja besar, perabot juga mewah-mewah tapi rumahnya kosong tiada penghuni.

Dia juga mahukan adik-beradik yang ramai tapi sayangnya, dia anak tunggal kerana adik beradiknya yang lain sudah meninggal dunia kerana terlibat dengan satu kemalangan tujuh tahun yang lalu. Kini, tinggal dia sendirian.

"Amir nak makan apa-apa tak, mama nak masak ataupun nak fastfood? Mama order kan." Suara Maria memecah kesunyian entah datang dari mana.

Amir menggelengkan kepalanya sambil bibir dicebikkan. Dari tadi dia mendiamkan sahaja diri tanpa sebab.

"Tak nak makan? Are you sure?" Tanya Maria lagi, mahukan kepastian. Risau juga Amir hanya minum sekotak air milo pagi tadi. Seleranya entah hilang ke mana.

"Yes ma." Balas Amir dengan suara serak dan wajah yang sunggul.

"Okay kalau tak nak. Amir masuk bilik ya sayang, rehat." Arah Maria dengan lembut namun dalam hatinya amat risau.

"Okay ma." Balasnya perlahan.

Amir mula rasa kosong. Mahu saja air matanya itu gugur satu per satu. Kenapa dia selalu rasa kosong dan sunyi?

Dia rasa seakan-akan dahulu pernah wujud seseorang yang selalu ada untuknya tapi dia sudah lupa akan siapakah orang itu. Cuma bayangan hitam yang akan muncul setiap kali bayangan itu terimbas kembali di mata.

Jika boleh, dia mahu ingat kembali kenangan lamanya tapi otaknya tidak mampu mengingati kembali memori tersebut. Semuanya menjadi kabur.

Amir melemparkan tubuhnya di atas sofa empuk. Badannya masih rasa letih dan bisa-bisa. Matanya di pejamkan rapat cuba lupakan dunia ini untuk seketika. Perlahan-lahan matanya tertutup. Meminta sedikit ketenangan...

PISHHH!

Ada seseorang mencurahkan air tepat pada wajahnya. Cepat-cepat amir membukakan matanya. Lemas Amir dibuatnya apabila air itu masuk ke dalam rongga hidung.

"Ish, apa ni?" Marah Amir sambil mengelap mukanya dengan lengan bajunya.

"Oii gila! Siapa suruh kau tidur kat sini hah?!" Jerkah satu suara kepada Amir.

Terus tercengang Amir mendengar suara itu.

Auntie Nana Farhana. Ibu tiri muda kepada Amir. Mereka berbeza umur hanya tujuh tahun. Amir 20 tahun, Nana Farhana pula 27 tahun.

Amir terus memeluk tubuh dan menikus di tepi bucu sofa. Dia pantang kena marah walaupun jerkahan kecil. Serta-merta dia akan menggigil ketakutan. Wajah bengis Nana dipandang dengan penuh rasa cuak.

Cuping telinga Amir ditarik kuat oleh Nana Farhana. Sekuat-kuat hatinya dia menarik cuping telinga Amir tanpa belas kasihan. Muka Amir ditampar perlahan berkali-kali tanpa henti.

"Ah!" Amir terjerit menahan sakit.

"Mama!" Amir cuba untuk memanggil mamanya tapi Maria tidak dengar kerana mulut Amir sudah dicekup dengan tapak tangan Nana Farhana.

"Woi gila! Kau jangan ingat kau dah tak betul macam ni aku nak lupa apa kau dah buat kat aku. Hah?!" Ucap Nana Farhana sambil mengetap gigi dengan rapat.

"Auntie Nana, Amir minta maaf. Sakit.. lepaskanlah." Teriak Amir perlahan sambil air mata jatuh berjurai-jurai ke pipi.

"Hah? lepas? Haha.." Nana mencekkik pula leher Amir sekuat yang boleh! Ikutkan hatinya mahu sahaja dia melihat budak tiga suku di hadapannya ini mati sekarang juga.

"Dulu kau bolehlah nak melawan aku, hah?! tengok sekarang?! Hah! Kau dah tak mampu gilaa, kau dah tak mampu! Sekarang aku yang berkuasa! Bukan kau yang berkuasa lagi! Woi! Ikutkan hati aku nak je aku bunuh kau ni tahu tak?!" Sambungnya lagi lantas ditolaknya kepala Amir.

Amir jatuh tersungkur dari sofa sampai terbatuk-batuk meminta nafas, air matanya jatuh berjurai-jurai ke lantai menahan sakit. Terasa sangat terhina diperlakukan sebegitu rupa.

Dahulu, Amir suka buat masalah di rumah dan ada sahaja yang dia tidak puas hati dengan Nana Farhana. Tiap kali bertentangan mata, Nana Farhana memang akan jadi mangsa sepak terajangnya. Dia dahulu cukup menyusahkan orang di dalam rumah ini sehingga sekarang dia menjadi beban untuk semua orang. Sekarang dia sudah tidak berdaya, mudahlah orang membulinya pula.

Ibu tiri katakan, siapa saja yang sayang dengan ibu tiri mereka lagi-lagi lebih kurang sebayanya sahaja. Sedangkan ibu kandungnya masih ada. Sekarang sudah terbalik, Amir pula yang jadi mangsa keadaan.

Sekarang, setiap kali berjumpa dia akan dipukul oleh Nana Farhana tanpa belas kesian tapi dia tidak berani memberitahukan perkara ini kepada orang lain termasuklah mamanya.

"Woi cacat! Kalau kau cakap kat mama dengan papa kau pasal hal ni, siap kau! Lagi teruk dari ni aku buat dekat kau!" Ucap Nana Farhana memberi amaran. Di tunjal lagi kepala Amir sebelum dia berlalu pergi dari ruang tamu.

Amir terus menangis dan menangis tanpa henti di situ. Terasa amat takut. Tidak berani untuk melawan dan menyelamatkan diri sendiri seperti dahulu lagi.

"Abang Jimmy. Tolong Amir. Amir takut, Amir dah tak kuat dah. Kenapa orang tak suka Amir? Kenapa ramai sangat orang benci dengan Amir? Apa.. apa salah Amir? Apa salah Amir dulu. Amir tak minta jadi macam ni. Kenapa Amir tak mati je senang? Amir tak nak hidup lagi dah." Bisiknya perlahan dengan ditemani air mata jernih yang mengalir ke pipi.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now