10

1.2K 43 0
                                    

Jimmy duduk di ruang menunggu sambil memegang secawan kopi segera. Dia termenung jauh seorang diri. Kata-kata doktor perempuan tadi itu teriang-giang kembali di telinganya.

Keadaan Amir sudah mulai membaik cuma luka di dalam perutnya agak teruk. Dia di tahan dalam wad selama sehari, esok malam dia sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Ya, tidak teruk sangat. Cuma, fikirannya kusut memikirkan soal Amir. Nampaknya Amir seperti tidak dapat menjaga dirinya sendiri seperti dahulu lagi. Orang senang-senang lakukan apa-apa sahaja terhadap Amir. Macam mana nak buat? Amir pula jenis suka keluar bersendirian tanpa memberitahu kepada sesiapa.

Jimmy tidak mahu terjadi apa-apa lagi kepada Amir. Jika terjadi lagi, sumpah dia takkan maafkan dirinya sampai bila-bila sebab dialah Amir jadi seperti ini sekarang.

Tap.. tap.. tap..

Bunyi tapak kasut tumit tinggi semakin mengampiri ke arah Jimmy. Bunyinya semakin dekat. Jimmy yang sedang tertunduk memandang lantai sejuk pantas, terus mengangkat wajahnya.

Wajah Maria, mama kepada Amir tepat memandang ke wajah Jimmy dengan pandangan kosong. Hampir sahaja secawan kopi segera itu mahu terlepas dari tangan Jimmy. Kini, mereka saling berpandangan. Terasa cuak melihat wajah yang dia sudah bertahun-tahun tidak mampu dipandang kini berdiri di hadapannya.

"Aun.. auntie..."

•••

"Auntie, please listen to me. Auntie Maria wait." Jimmy cuba mengejar wanita awal 40-an tetapi kelihatan seperti awal 30-an itu supaya dia dapat menerangkan sesuatu kepada Maria yang tidak mahu mendengar pendapat jejaka bertubuh sasa itu.

Langkah kaki Maria tiba-tiba terhenti. Hatinya terlalu lembut untuk membenci Muzaimi atau dikenali sebagai Jimmy itu. Walau apapun, selama ini jejaka inilah yang menjaga anaknya yang liar itu.

Suasana sepi sahaja di kafeteria itu kerana hari terlalu lewat pagi. Entah pukul berapa sekarang sama ada pukul satu pagi atau dua pagi. Keadaan juga gelap hanya ada samar-samar cahaya menerangi tempat itu.

Maria sudah tahu hubungan Jimmy dengan Amir sejak sebelum Amir jadi seperti ini lagi. Jadi, mereka sudah lama saling mengenali antara satu sama lain walaupun sudah tidak bersua muka dalam jangka masa yang agak lama.

Maria masih terdiam sambil menggigit bibir.

"Auntie, saya tahu auntie marahkan saya. tapi..."

"Dah cukup." Balas Maria senada.

Jimmy terdiam. Dia rela jika mama Amir mahu menampar mukanya sekarang ini. Langsung tidak kisah, dia lagi suka jika itu dapat memuaskan hati keluarga tersebut.

"I.. I just wanna say thank you." Ucap Maria lantas, dia mengembus nafasnya keluar dari perut.

Jimmy tergamam sambil matanya bulat memandang ke arah wanita yang sedang mengenakan gaun labuh berwarna merah hati itu. Jimmy jadi tidak faham kenapa dia di terima kasihkan? Sedangkan, selama ini dosanya banyak terhadap keluarga tersebut.

"Because, k.. kalau you takde tadi kat situ.. entah-entah keadaan Amir jadi lagi teruk. Siapa tahu, right?" Ucap Maria dengan wajah risau memandang ke arah Jimmy.

Jimmy terkaku sekali lagi dengan mulutnya separuh terbuka. Dia masih tidak percaya apa yang terpacul keluar dari mulut wanita itu.

"W... you're welcome. but,." Jimmy sudah hilang kata-kata. Masih mencernakan apa yang sedang berlaku ketika ini.

"Auntie tak pernah marah kamu." Ucap Maria senafas.

Suasana sepi sejenak lagi sekali. Hanya kedengaran bunyi kipas sedang berpusing-pusing di atas siling. Jimmy tertunduk ke bawah. Adakah benar apa yang dia dengar ketika ini?

"Sorry auntie bukan nak lari dari you, cuma permintaan kamu  itu terlalu berat buat auntie. For your information, Auntie tak pernah salahkan kamu Amir jadi sakit macam ni. Ini semua takdir. Cuma.. yalah cuma hubungan kamu dengan Amir.." Maria mula hilang kata-kata.

Jimmy mengangguk faham lantas dia tunduk memandang lantai di bawah. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh wanita bergaun labuh berwarna merah hati itu.

"So, sekarang apa kita nak buat?" Jimmy bersuara setelah beberapa saat mendiamkan diri.

"Buat? Buat apa?" Maria mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"Soal Amir. Saya risau keadaan Amir auntie. Amir keluar tanpa pengetahuan auntie kan? nasib Amir ada bawa telefon, boleh juga saya call auntie tadi. Tapi.. bila saya takde siapa yang nak jagakan Amir?" Ucap Jimmy cuba membuatkan Maria berfikir banyak kali tentang tawaran yang di tawar oleh Jimmy tadi sebab itulah dia cuba untuk melarikan diri.

Maria perlukan masa yang panjang untuk memikirkan tentang perkara tersebut. Maria masih lagi terdiam. Terdiam setelah mendengarkan kata-kata Jimmy. Dia mati akal.

"Auntie, please.. Biar saya jaga Amir? Biar saya selalu ada dengan Amir?" Rayu Jimmy dengan wajah penuh harapan. Dia sanggup melututkan kakinya asalkan Maria mengizinkan dirinya untuk menjaga Amir. Jimmy tekad.

Maria berfikir sejenak sambil mundar-mandir, gelisah mahu terima atau tidak tawaran Jimmy itu. Wajah Jimmy di tenung kembali olehnya.

"Tapi... Ya, dulu auntie tak kisah kalau kamu bercinta dengan Amir tapi sekarang tak lagi Jimmy, lagi-lagi keadaan Amir dah jadi macam tu. Maaf auntie bukan berdendam tapi..." Maria hilang kata-katanya.

"Saya janji auntie, saya takkan bercinta dengan Amir lagi! sumpah! Saya janji! Niat saya sekarang ni cuma nak jaga Amir. Itu je!"  Balas Jimmy masih cuba untuk meyakinkan Maria.

Maria tergamam.

Jimmy juga tergamam. Tidak sangka kata-kata itu boleh keluar dari mulutnya tapi sekarang ini yang penting keselamatan Amir. Dia harus ketepikan rasa dan perasaannya dahulu.

Maria memejamkan matanya, nafasnya ditarik sedalam dalamnya lalu dihembuskan perlahan. Lantas, dia mengangguk perlahan tanda setuju.

"Ya, setuju. Demi Amir." Kata Maria perlahan dengan segaris senyuman tawar.

Tiada senyuman di raut wajah Jimmy. Dia sendiri tidak tahu jika dapat pegang kata-kata dan janjinya itu, tapi inilah yang terbaik untuk Amir. Dia tak kisah, janji Amir selalu dekat dengan dirinya.

"I tak pernah marah you berkawan dengan Amir. Cuma yalah, benda ni salah di sisi agama tapi I cuma boleh cakap benda yang lepas, biarlah lepas tapi kalau takda kamu, entah apa akan jadi pada Amir sekarang ni, entah keadaan dia lagi parah. Auntie pun tak pernah marah kat you Jimmy sebab auntie yang salah didik anak auntie sendiri. Kita manusia, masing-masing ada khilaf sendiri..."

"Auntie pun tak... yalah ikut suruhan Allah dengan sempurna sangat kan." Sambung Maria sambil tersenyum tawar, umurnya sudah 42 tahun tapi masih lagi cantik seperti anak dara. Masih tidak bertudung, anak matanya juga berwarna coklat cerah. Kulitnya juga putih berseri. Bulu mata lentik dan tinggi lampai orangnya. Perfect, iyalah. Maria ini dulu bekas model majalah dan pentas peragaan di New York, Paris, Tokyo dan sebagainya ketika muda dahulu. Tidak hairanlah Amir pun seorang jejaka yang sangat comel dan kacak, ikut genetik mamanya kerana mamanya ada darah kacukan Inggeris.

Jimmy terdiam. Malam ini malam paling pelik baginya.  'Mind blowing!'. Dia cuba kuatkan dirinya demi Amir. Dia sendiri tidak tahu mampu atau tidak menjaga sebaik mungkin namun, demi keselamatan Amir ya, demi Amir... bukan untuk demi kepentingan dirinya lagi. Apa yang penting, Amir selamat!

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now