38

833 22 1
                                    

Jimmy sudah siap mengenakan baju kemeja putih dan seluar slack slim fit berwarna hitam ke tubuhnya. Terserlah otot-otot badannya yang pejal itu.

Dia berpakaian formal pada malam ini kerana malam inilah malam terakhir baginya untuk melepaskan rasa cintanya terhadap Amir.

Selepas ini, semuanya akan berubah. Dia harus menjauhkan dirinya daripada semua kisah silam dan mulakan hidup baru. Dia terpaksa tanamkan rasa bencinya terhadap Amir. Ya terpaksa!

Jimmy memejamkan matanya lalu dia menyemburkan minyak wangi kegemaranya ke serata tubuh. Usai sahaja dia menyembur keseluruh tubuhnya dia kembali membuka mata. Wajahnya di hadapan cermin ditenung lama. Rasa bersalah terhadap apa yang dia lakukan terhadap Amir tempoh hari kembali terimbas di mindanya.

"Amir, maafkan saya. Saya dah tak boleh sayang awak macam dulu lagi. Saya kena mulakan hidup baru demi kebaikkan kita semua. Saya harap awak maafkan saya. Saya tak mintak takdir hidup saya jadi macam ini. Saya tak minta dapat kenal dengan awak kalau saya tahu akhirnya jadi begini. Maafkan saya Amir saya dah rosakkan usia muda awak. Maafkan saya, kalau saya boleh balik ke masa silam, saya akan ubah supaya saya tak kenal awak dan awak pun takkan kenal saya." Kata Jimmy seorang diri di hadapan cermin. Matanya sudah mula merah. Rasa sebak cuba ditahan. Dia harus kuat untuk semua ini.

"Muzaimi, kau boleh buat. Lupakan kisah dulu. Jangan panggil diri kau Jimmy lagi. Jimmy dah mati! Mulai sekarang, hanya ada Muzaimi!" Katanya perlahan.

Tanpa membuang masa lagi dia terus keluar dari kamarnya. Suis lampu ditutup lalu dia terus meluru keluar dari rumah. Sebaik sahaja enjin kereta sudah panas dia terus memecut laju membelah jalan.

Fikirannya yang serabut cuba ditenangkan tetapi wajah Amir masih lagi terbayang-bayang di hadapannya. Susah untuk dia lupakan insan yang telah menceriakan hidupnya selama ini. Mungkin dengan cara dia menjauhi diri dari Amir, hidup Amir akan lebih baik kerana dia fikir dirinyalah yang memberi bala terhadap Amir selama ini.

Cermin tingkap dibuka oleh Jimmy serta merta angin malam masuk ke dalam keretanya. Dia menjerit sekuat hati di tengah-tengah lebuh raya sepi itu.

"Arghh!!!"

Selepas dia menjerit beberapa kali dia menutup kembali cermin tingkap. Hatinya mula rasa sedikit puas, segala marahnya reda seketika.

"Ahh!" Jimmy mengentak stereng kereta pula sekuat hati. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan sekarang ini. Segala dia lakukan jadi serba tidak kena.

•••

Jimmy meluru masuk ke dalam satu ruangan yang berada di dalam rumah Tuan Haji Syeikh Yaakub itu. Suasana mula riuh-rendah. Wajahnya kelihatan kosong seperti tiada perasaan. Dia rasa seakan-akan hidup dalam tubuh yang kosong tanpa jiwa. Jelas kelihatan wajah Wahab yang datang lebih awal darinya sedang ketawa bersama bakal bapa mertuanya itu.

"Menantu Abi dah sampai." Sorak Tuan Haji Syeikh Yaakub dengan hati yang senang. Tubuh Jimmy dipeluk mesra. Jimmy tidak membalas kembali pelukkan itu. Biasalah orang kuturunan arab memang suka berpeluk-pelukkan.

Wahab hanya tersenyum dari jauh melihat adiknya itu dari datang juga akhirnya, ingatkan sudah lari. Dia hanya menganggap Jimmy sebagai boneka. Segala rancangannya untuk memperbesarkan bisnes keluargannya ini nampaknya hampir berjaya.

"Maaf, saya lambat Tuan Haji. Ada masalah sedikit." Kata Jimmy sambil tersenyum tawar.

"Tak apa jemput duduk." Pelawa bakal bapa mertuanya.

Jimmy turutkan sahaja sambil duduk di sebelah bakal bapa mertua mertuanya.

Mira tiba-tiba sahaja datang sambil membawa sedulang teh pudina dan kurma, lantas dia meletakkan di atas meja tanpa memandang wajah tetamu. Jimmy hanya mampu menjeling sekilas ke arah Mira. Dia perasan kalau ada abinya Mira akan berubah perwatakkannya menjadi seorang pendiam dan jika tidak berada bersama abinya dia menjadi sangat peramah tapi masih lagi kawal adabnya sebagai perempuan muslim. Tidak lama selepas itu Mira terus berlalu pergi.

"Jadi tak payah buang masa lagilah Tuan Haji sebab kita pun tahu tujuan kita datang sini sebab apa bukan? Hari pun sudah malam jadi kita elok cakap terus terang sahaja apa yang patut." Kata Wahab sambil ketawa.

Jimmy hanya minum air teh pudina yang dituang oleh Mira tadi sambil senyap.

"Ya, ya. baiklah. Haha." Kata Tuan Haji Syeikh Yaakub sambil ketawa juga.

"Jadi macam mana Muzaimi?" Tanya Wahab dengan wajah serius. Seolah-olah memberitahu tentang syarat perjanjian mereka berdua dengan bahasa riak mukanya.

Jimmy hanya memandang sekilas ke arah wajah Wahab lantas dia memandang muka Tuan Haji Syeikh Yaakub pula.

"Saya tak janji dapat jadi suami yang baik untuk anak Tuan Haji, saya tak janji dapat bimbing dia ke jalan Allah, sebab saya pun manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan dalam hidup tapi sekurangnya saya cuba yang terbaik dalam memperbaiki hidup saya jadi.." Kata Jimmy dengan panjang lebar.

"Jadi?" Tuan Haji Syeikh Yaakub jadi teruja mendengar jawapan dari mulut bakal menantunya itu termasuklah Wahab.

"Saya setuju!" Kata Jimmy dengan lantang.

"Syukur Alhamdulillah." Tuan Haji Syeikh Yaakub mengucapkan kalimah Allah sebagai tanda syukurnya.

Wahab sudah menarik nafas lega nampaknya plannya kali ini untuk memperbesarkan bisnesnya berjaya. Dia mula tersenyum puas.

Jimmy pula hanya mampu tersenyum nipis senipis kulit bawang lantas tertunduk ke bawah. Dia harap kali ini perbuatannya itu tepat.

"Tiga hari lagi kamu bernikah!" Kata Tuan Haji Syeik Yaakub dengan nada gembira.

"Hah? Apa?" Jimmy terkejut.

PRANGG!!! Bunyi sesuatu benda terjatuh.

Semua mata mengalih pandangan ke arah bunyi pecah itu. Sharifah Amira yang bersembunyi di belakang langsir pintu terus berlari menyembunyikan diri. Pasu yang pecah tadi itu dibiarkan sahaja.

"Apa tu?" Tanya Wahab.

"Kucing mungkin." Balas Tuan Haji Syeikh Yaakub.

"Tuan Haji? Tak tipu saya kan?" Tanya Jimmy inginkan kepastian kerana tidak berpuas hati.

"Ya, betul lagi tiga hari. Benda baik elok dipercepatkan." Kata Tuan Haji itu sambil ketawa.

"Tapi.."

"Bagus, lagi cepat lagi bagus!" Potong Wahab sambil ketawa sengaja dia pintas percakapan adiknya itu.

Jimmy hanya mampu terdiam. Dia sendiri berasa takut dan gelisah. Takut belum sedia menjadi suami orang. Belum bersedia menjadi suami kepada Sharifah Amira gadis yang baik dan suci itu. Sharifah Amira terlalu baik dan mulia untuknya. Dia jadi takut untuk membimbing gadis itu ke jalan Allah, takut dia sendiri tidak mampu.

•••

"Kau dengar kan apa Tuan Haji tadi tu cakap?" Kata Wahab sambil laju kakinya menuju ke keretanya.

Jimmy hanya mengikut di belakang. Mereka berdua baru sahaja keluar dari rumah besar itu.

"Ya dengar, lagi tiga hari." Kata Jimmy perlahan.

"Kau jangan buat gila macam dulu lagi. Faham tak?!" Kata Wahab sambil berdiri tepat pada pintu keretanya.

"Aku tahulah." Balas Jimmy acuh tak acuh dia sudah masuk ke dalam perut kereta Hondanya tapi pintu masih terbuka.

"Kita tak payah sediakan apa, semua Tuan Haji tu sediakan. Jimat duit aku. Kahwin free. Kau cuma sediakan mas kahwin sahaja. Cincin apa semua dia orang sediakan. Kau pun dengar tadikan?" Kata Wahab lagi.

"Ya, dengar." Balas Jimmy dengan nada malas. Dia ikutkan sahaja kehendak mereka semua seakan-akan seorang hamba.

"Satu lagi. Lepas ni aku dah tak nak kau dekat-dekat dengan budak nama Amir tu lagi! Faham! Kalau kau dekatkan diri kau lagi dengan budak tu lagi, siap! Silap-silap budak tu aku bunuh!" Kata Wahab sambil mengetap giginya.

"Hish! Aku tahulah kerja aku. Kau jangan sibuk, yang nak kahwin tu aku, kau tu duduk diam-diam dengan harta kau tu!" Kata Jimmy dengan perlian pedasnya.

BUMM!!!

Jimmy menutup pintu keretanya dengan kuat. Tidak lama selepas itu dia berlalu pergi meninggalkan abangnya yang masih berdiri keras di situ.

VROMMM!!!

"Iblis!" Ucap Jimmy sepatah seraya kakinya menekan minyak dengan sekuat hati membelah jalan raya.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now