19

980 33 0
                                    

"Abang kita nak sarapan dekat mana ni?" Tanya Amir di dalam kereta sambil matanya melihat ke arah jalan yang sesak dengan orang ramai menuju ke destinasi masing-masing.

"Humm, tak tahulah lagi. Amir rasa nak breakfast dekat mana?" Tanya Jimmy kembali sambil matanya fokus memandang ke arah jalan di hadapan.

"Amir dekat mana-mana pun takpe.." Katanya perlahan sambil melihat ke arah cermin tingkap disebelahnya. Kedua belah tangannya ditekapkan pada cermin tingkap itu lalu matanya memerhatikan suasana di luar tanpa henti.

Jimmy pun memandang kembali ke arah Amir sesaat dengan sedikit senyuman. Nafasnya dihembuskan keluar sekali.

"Amir sedih, Amir sedih papa dah tak sayangkan Amir. Auntie Nana pula halau Amir dari rumah tu." Moodnya berubah 100%. Wajah bertukar suram dan bibirnya dicebikkan. Kedua belah tangan diletakkan di pahanya. Tiba-tiba sahaja Amir yang ceria hilang dalam sekelip mata.

"Hish.. Kenapa cakap macam tu. Amirkan ada mama. Mamakan sayang Amir." Pujuk Jimmy kembali secara lembah-lembut agar Amir dapat ditenangkan.

Amir terdiam.

"Ni, mama tahu tak Amir datang?" Tanya Jimmy dengan lembut lagi. Tidak boleh tanya secara tegas, harus bijak mengambil hati Si Amir ini.

Amir menggeleng-gelengkan kepala laju.

"Tak." Balas Amir dengan ringkas sekali.

"Hmm. okay." Balas Jimmy dengan tenang sebab dia dah tahu Amir ini pantang dengar bunyi kuat atau kena marah. Dai haru bijak mengawal situasi perasaan terkejut harus dikawal olehnya.

"Kita makan dekat kedai mamak jelah. Abang dah lama tak makan dekat kedai mamak. Amir okay tak?" Kata Jimmy sambil matanya memandang ke arah jalan.

Amir diam.

"Hello? Abang cakap dengan Amir ni? Dengar tak? Telinga ada tak ni?" Kata Jimmy dengan nada bergurau. sambil mencuit telinga Amir.

Amir diam lagi.

'Haish..  macam mana saya nak pujuk awak eh? Saya tak suka tengok awak sedih macam ni.' Kata Jimmy dalam hati.

"Amir janganlah sedih-sedih. Abangkan ada untuk jaga Amir? Amir janganlah buat muka monyok je. Tak comellah."

"Mana ada kita sedihlah. Kita mengantuk je." Balas Amir dengan nada manja.

"Alah, mengantuk lagi ke? Nanti lepas kita breakfast, abang bawak Amir jalan-jalan. Nak ke tak nak?"

"Jalan-jalan? Nak pergi mana?" Amir sudah dapat dipancing.

"Ada lah... Rahsia." Kata Jimmy diselit ketawa kecil.

"Alaaaa....... bagitahu laaaa...." Amir merenggek seperti anak kecil. Kakinya dihentak-hentak dengan kuat.

"Senyum dulu?" Pinta Jimmy. 

"Okay Amir senyum.. Hmm.. Macam mana? Comel tak?" Amir tersenyum seperti kerang busuk sambil memandang ke arah Jimmy.

"Okay tapi abang tetap tak nak bagitahu. hahaha..." Usik Jimmy lagi.

"Ishh, abang Jimmy ni.." Balas Amir dengan kening berkerut. Comel saja telatahnya itu. Dahlah bulu mata lentik, mata bulat dan berkening lebat pula tu. Bahu Jimmy dipukul-pukul manja oleh Amir.

"Ish, jahat. Jahat!"

"Aduh, sakitlah Amir.." Kata Jimmy apabila tubuh sasanya dipukul-pukul manja. 

"Huh!" Amir berhenti dari memukul bahu Jimmy lalu dia hanya memeluk tubuh.

"Yelah, yelah nanti kita pergi mall tengok wayang okay?"  Jimmy kalah dengan rajuk Amir.

"Serius? Nak! Nak!" Balas Amir dengan pantas.

"Okay kalau nak,jadi budak baik, jangan nakal-nakal. Dengar cakap abang." Pesan Jimmy.

"Okay!" Balas Amir sambil tersenyum gembira.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now