Jimmy duduk seorang diri di kafe sambil ditemani secawan kopi dan sebuah buku inggeris. Muzik klasik inggeris juga jelas berkumandang di dalam kafe itu bernada tenang.
Telefon jenama Iphone X Plus di keluarkan dari poket seluarnya. Kata kunci dibuka lalu dia membuka album gambar untuk melihat foto-foto dia bersama Amir tempoh hari semasa di taman.
Terbantut niatnya nak berjogging kerana terjumpa Amir. Kenangan lucu itu masih tergiang-giang di fikirannya. Dia tersenyum sendiri cuba menahan ketawa. Tak pasal-pasal orang ingat dia gila pula ketawa sorang-sorang di situ.
Dia memandang ke arah jam yang berada di notifikasi handphonenya. Jam sudah tepat pukul 10.30 malam. segera dia habiskan kopi di dalam cawan itu lantas, dia keluar dari kafe itu dengan segera. Eloklah lagi 30 minit kafe ini akan tutup.
Dia berjalan menuju ke keretanya. Telefon pintar yang dari tadi di pegang itu di masukkan ke dalam poket seluar pendek berwarna hitam pekat itu bertukar ganti pula dengan kunci kereta kini ada pada tangan kanannya.
Tiba-tiba, dia terdengar suara seseorang meraung dari jauh. Jimmy tersentak daripada melangkah untuk masuk ke dalam perut kereta. Wajahnya mula berkerut cuba untuk fokus pada suara tersebut yang kedengaran sayup-sayup itu dari jauh.
'Siapa menangis tengah malam ni?' Getus hatinya.
Jimmy mencari bunyi tangisan itu di sebelah lorong gelap ditepinya. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Matanya meliar tercari-cari jika ada orang dalam kesusahan. Telingannya pula makin kuat terdengar suara teriakkan itu.
-
"Jangan.. jangan kacau aku. Kau nak apa hah?" Merayu seseorang sambil terduduk di atas lantai jalan bersama air mata yang lebat jatuh mencurah ke pipi.
"Tolong.. Aku tak buat salah apa pun. Tolonglah." Rayu mangsa itu lagi mohon agar dia di lepaskan. Kedua belah tapak tangganya di satukan lalu di goncang berkali-kali sebagai tanda syarat supaya berhenti dari terus menerus menyiksa dirinya yang lemah ini.
"Ehh, kau ingat aku tak kenal kau ke? Kau pakai macam budak baik, baju masuk dalam seluar, rambut sikat tepi macam ni, kau ingat aku nak maafkan kau ke? Kau lupa ke dulu! kau punca abang aku masuk penjara. Tak guna! Bodoh!" Tengking lelaki seraya mula terajang perut mangsa yang duduk di lantai jalan itu sekuat hatinya.
BUKKK!!
"Arghhh!!! sakit. tolong... ahhh... ahh..." Mangsa mengelupur di atas lantai sejuk kerana tak tahan di pukul, terlalu sakit. Mengelupur seperti terkena air panas ke seluruh badan.
"Bodoh! Malam ni kau mati!"
"Amir!" Jerit Jimmy.
Lelaki yang terajang perut Amir itu pergi meninggalkan tempat itu setelah melihat lelaki yang dia tidak kenali yang berbadan sasa itu datang ke arahnya.
"Huh nasib kau selamat kalau tidak, kau mati!" Ucap lelaki itu sambil meludah ke arah Amir seraya lelaki itu terus lari meninggalkan tempat kejadian sebelum dia tertangkap.
Amir menangis sampai meleleh air liurnya kerana terlalu sakit. Perutnya yang terasa kejang itu di pegang kuat.
"Amir! kenapa ada kat sini?! Budak tu buat apa kat Amir!" Tanya Jimmy seraya cuba untuk membangunkan Amir dari lantai kotor itu.
Amir tidak memberikan jawapan. Dia masih lagi meraung kesakitan. Jimmy menyelak baju Amir untuk melihat kesan luka tersebut. Perutnya sudah kebiruan lebam.
"Ya Allah, sampai lebam." Ucap Jimmy dengan rasa terkejut.
Amir mengengam tangan Jimmy sekuat yang mampu sambil memandang wajah itu.
"Abang. Amir sakit..." Teriak Amir semahu-mahunya seperti anak kecil.
"Dah, abang bawak Amir ke hospital okay." Ucap Jimmy, lalu dia terus mengangkat tubuh Amir dengan kedua belah tanggannya lantas, digendong hingga ke tempat parkir keretanya.
"Abang sakit abang... Sakit..." Teriak Amir lagi tanpa henti.
"Ya abang tahu. Sabar okay. Abang ada." Jawab Jimmy cuba untuk menenangkan Amir yang sudah tidak tentu arah itu.
Segera dia hidupkan enjin keretanya, lalu deras kereta itu meninggalkan tempat itu untuk menuju ke hospital. Rasa cemas dalam hati cuba di kawal agar tetap tenang sedangkan dalam hatinya sudah bergelora pelbagai rasa.
"Amir... kalau sakit Amir pejamkan mata, tidur okay?" Ucap Jimmy dengan nada cemas yang cuba di kawal.
Amir yang berada di kerusi belakang terus memegang perutnya yang kesakitan itu tanpa mampu memikirkan apa-apa lagi.
"Abang.. sakit." Teriak Amir masih sama.
"Ya, abang tahu. sabar sikit okay." Ucap Jimmy, lalu dia memecutkan keretanya selaju mungkin membelah jalan sunyi.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...