4

1.6K 48 0
                                    

Jimmy berhenti di sebuah kafe setelah 20 minit memandu. Dia terpaksa berpatah balik untuk ke kafe kegemarannya ini. Sudah lama rasanya tidak datang ke sini setelah beberapa tahun.

Amir perhatikan sahaja kafe di hadapannya ini tanpa sebarang reaksi. Jimmy tersenyum seraya memandang muka Amir di sebelahnya.

"Okay, kita dah sampai." Kata Jimmy sambil membuka tali pinggang keledar.

Amir masih terdiam dengan dahinya berkerut. Dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Kenapa?" Soal Jimmy yang mula kehairanan setelah melihat Amir seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya.

"Amir macam..." Amir diam seketika.

"Macam pernah datang sini." Sambungnya kembali perlahan sambil bebola matanya memandang kafe itu dari atas sehingga ke bawah.

Jimmy hanya tersenyum sepi. Tiada jawapan yang mampu diberikan olehnya. Apa lagi yang mampu dikatakan? Memang benar dia selalu datang ke sini dahulu bersama Amir.

Ini adalah kafe kegemaran mereka berdua. "Cupid De Cafe" adalah nama kafe kegemaran mereka berdua. Di sini jugalah mereka selalu berjumpa bila masing-masing merindu.

"Kenapa Amir macam selalu datang sini? Kenapa eh?" Amir seakan tidak berpuas hati lagi. Dia mahukan kepastian.

"Dah jom Amir kita masuk. Abang pun laparlah." Pintas Jimmy dengan segera cuba untuk mengubah topik dan suasana.

"Hmm, alright." Sahut Amir masih keliru.

Mereka keluar dari perut kereta honda putih itu perlahan-lahan. Jimmy memperbetulkan sedikit kedudukan bajunya. Jimmy memang seorang yang mementingkan penampilan diri. Amir pula kelihatan agak kekok dengan tempat itu kerana dalam hatinya penuh dengan tanda tanya.

Hujan sudah mula berhenti dan hanya tinggal langit yang bertemakan mendung segera mereka melangkah masuk ke dalam kafe itu tanpa banyak bunyi lagi.

Mereka duduk di bahagian dua kerusi bersebelahan dengan cermin kaca bagi memudahkan mereka untuk melihat pemandangan di luar dari dalam kafe itu. Tidak lama kemudian, seorang pelayan pun datang, lalu menyerahkan menu makanan.

Setelah beberapa minit mereka siap membuat pesanan lantas pelayan itu pergi dengan senyuman. Jimmy memesan pasta dan sewacan teh pudina, manakala Amir memesan ais krim sundae, spaghetti carbonara beserta jus oren. Jimmy tersenyum sahaja melihat apa yang Amir pesan. Seleranya masih tidak berubah. Bertubuh kecil molek tapi selera makan bukan main. Masih sama macam dulu.

Amir kelihatan senang dengan lagu klassik yang dipasang kafe ini. dia ber-humming mengikut rentak lagu itu walaupun tidak tahu liriknya.

Jimmy merenung insan di hadapannya ini dengan senyuman mekar. Amir ini seorang budak yang berwajah comel, rambutnya pula hitam pekat hingga menutup bahagian dahi. Dahulu rambut Amir berwarna ash blonde dengan gaya badboy-nya. Betul-betul kelihatan seperti budak bermasalah. Carutan tidak pernah lekang dari mulutnya. Namun, Jimmy tetap sayang.

Keningnya pula lebat serta bermata bundar, bulu matanya juga lentik. Bibirnya merah delima asli dan hidungnya pula mancung tetapi kecil. Sangat comel penampilannya. Pakaiannya pula berbaju t-shirt kuning berbelang putih dikenakan pula dengan jeans biru. Walaupun sekarang kelihatan seperti budak terencat akal namun wajahnya masih tetap kacak dan comel seperti dahulu.

"Amir?" Sapa Jimmy setelah melihat Amir termenung jauh sambil menongkatkan dagu dan bibirnya dimuncungkan seperti selalu.

Amir seakan-akan khayal tidak sedar sedangkan Jimmy sedang memanggil namanya.

"Amir, Amir okay ke tidak ni?" Jimmy bersuara lagi dengan lembut.

"Hah?" Amir tersentak dari lamunan panjang setelah Jimmy memegang lembut tangannya.

GRUMMMMM!!!!

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now