Amir berdiri tepat di hadapan cermin sambil memasukkan baju ke dalam seluarnya seraya, dia melihat wajahnya di cermin.
Jimmy pula duduk di atas katil sambil tersenyum melihat kecomelan Amir yang berdiri di hadapan cermin bersusah payah cuma memasukkan baju ke dalam seluar macam budak kecil.
"Abang, Amir dah siap." Kata Amir sambil tersenyum ke arah Jimmy.
"Eh, siap? Mana ada siap lagi tu." Balas Jimmy dengan senyuman mengoda. Jimmy memang memiliki senyuman yang menarik.
"Tak siap lagi? Apa yang tak siap?" Amir mengerutkan dahinya sambil mencebikkan bibir. Dia memandang ke arah tubuhnya dari depan hingga ke belakang.
"Tu rambut tu, tak sikat lagi. Meh sini abang sikatkan." Ucap Jimmy, lantas dia bangun dan pergi ke arah meja soleknya lalu mengambil sikat dan baby oil yang selalu dia sapukan ke badannya ketika bersenam.
Dia menarik tangan Amir untuk duduk di sebelahnya. Mereka berdua kini, duduk di birai katil. Amir sudah duduk bersila sambil tersenyum lebar.
Jimmy meletakkan sedikit baby oil ke tapak tangannya lalu dia gosok-gosok untuk meratakan minyak tersebut. Setelah rata, dia pun menyapu ke atas rambut Amir dengan berhati-hati dan lembut. Dia tidak suka mengosok kasar-kasar di bahagian rambut kerana rambut boleh rosak jika terlalu kasar.
"Kita sapu oil dulu... lepastu, baru sikat. Barulah handsome macam abang nanti bila rambut dah rapi." Kata Jimmy dengan nada bergurau.
"Perasannya abang ni. Suka puji diri sendirikan?" Balas Amir sambil menunggu rambutnya itu selesai diratakan dengan baby oil.
"Hahaha, abang bergurau jelah tapi memang betul pun kan? Abang ni handsome." Jimmy tersenyum nakal dihujungnya terselit ketawa kecil.
"Hmm kalau abang handsome kenapa abang masih single?" Tanya Amir secara spontan.
Terkedu Jimmy dibuatnya. Dia diam sahaja tidak tahu ingin membalas apa.
"Amir nak pakai pomade macam Abang Jimmy. Tak nak baby oil." Amir sudah menarik muncung secara tiba-tiba.
"Amir pakai baby oil sudahlah. Rambut Amir lembut. Pomade orang macam abang je boleh pakai haa.."
"Eleh, abang tu yang kedekut. huh!" Kata Amir dengan tangan sudah disilangkan.
Jimmy ketawa kecil melihat telatah Amir itu. Lembut sekali Jimmy menyisir rambut Amir. Sungguh rapi dan teliti orangnya.
Jimmy ini orangnya agak teliti dan perfectionist! Ya lihat sahajalah penampilannya. Berbadan tegap dan sasa. Tingginya pula 178cm. Berwajah kacak dan suka bergaya. Warna kulitnya sederhana cerah. Bibirnya pula berona merah lembut dan memiliki senyuman yang sangat mengoda. Hidungnya juga terletak elok.
Senyumannya itu boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya, ke mana sahaja cermin mata hitam mesti dipakainya kecuali waktu malam. Tambahan bonus, dia tidak merokok.
"Ok dah siap! pergi tengok dekat cermin." Arah Jimmy.
Amir pun pergi ke arah cermin sambil melompat-lompat keriangan macam budak-budak. Kini, dia sudah berdiri tepat di hadapan cermin.
"Waaa... kemasnya. Mama pun tak pernah sikat rambut Amir kemas macam ni. Macam pergi dekat barber lah! Thanks abang!" Balas Amir dengan senyuman manis. Wajah comelnya itu juga dapat melembutkan hati sesiapa yang melihatnya.
"Okay, dah siapkan? Apa lagi jom kita pergi sarapan." Pelawa Jimmy sambil menyimpan kembali sikat rambut dan baby oil tersebut di tempat asal.
"Yeah, okay jom!" Sorak Amir gembira sambil berlari memusing ruangan berkali-kali.
Mereka berdua pun melangkah keluar dari bilik itu tetapi langkah Amir terjeda seketika. Jimmy menoleh ke arah belakang untuk melihat Amir. Amir mengangkat anak patung beruang putihnya itu lalu di renung sesaat.
"Teddy, awak tunggu kejap okay. Saya keluar sekejap je! Nanti saya balik kita main lagi okay!" Kata Amir kepada anak patung beruang itu. Amir mencium patung itu lantas diletakkan kembali di atas kerusi.
"Okay abang jom! Weee!!!!" Amir berlari sambil membuat gaya tangan seperti sayap kapal terbang.
Jimmy tersenyum senang melihat keadaan Amir sekarang. Ceria. Benar, hanya Amir yang dapat memenuhi rasa kosong dalam hatinya itu tanpa kehadiran Amir jiwanya kosong, gelap dan tidak bermakna kerana itulah dia sayangkan sangat kepada insan yang bernama Amir.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...