33

736 25 1
                                    

"Along, aku dah buat keputusan, aku taknak kahwin!" Kata Jimmy dengan tegas. Sekarang dia hanya ber-kau dan ber-aku sahaja dengan Wahab kerana rasa hormatnya sudah hilang!

Wahab memandang wajah Jimmy dengan reaksi kosong. Curut di tangannya disedut lalu asap dihembus keluar. Jimmy setia berdiri di hadapan Wahab yang sedang duduk di atas kerusi di dalam ruangan biliknya itu.

"Apa kau cakap, tak nak kahwin?" Kata Wahab dengan nada suara yang mendatar.

"Muktamad! Kau buatlah apa kau nak buat kat aku along! Aku tak kisah. Maaf, aku tak boleh nak teruskan plan kau ni."

"Haha!" Wahab ketawa sinis.

"Okay kalau kau dah cakap macam itu. Kau tunggu jelah nanti aku nak buat apa. Kau tunggu. Kau tak kenal lagi abang kau ni siapa. Kau nak main-main dengan aku sangatkan? Okay, sekarang kau sila keluar dari ofis aku!" Arah Wahab sambil tangannya menepuk meja dengan kuat sehingga terjatuh sebekas pen.

"Aku tak takut dengan kau! Aku langsung tak percaya dengan cakap kau! Iblis!" Kata Jimmy dengan muka geram. Jimmy mengembus nafasnya beberapa kali. Dia mengangguk senang lalu dia keluar dengan langkah senang hati. Segala bebannya seolah-olah sudah pergi dari dirinya.

Wahab pula mengetap giginya menahan rasa geram. Gelas kaca yang berada di atas meja diambilnya lalu dibaling kena tepat pada pintu.

•••

"Ya Allah bosannya duduk dekat sini humm. Nak buat apa lagi? Duit pulak tak banyak." Kata Amir sambil menghentak-hentakkan kakinya. Bosan tidak tahu nak ke mana lagi. Sekarang dia berada di kawasan pekan seorang diri.

Dengan hanya berbekalkan duit tiga puluh ringgit di dalam dompetnya. Duitnya tidak banyak, jadi dia harus berjimat-cermat supaya tidak dibazirkan sewenang-wenangnya.

Amir melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong sambil menggaru-garu kaki. Amir mengenakan t-shirt putih kosong dan seluar pendek berwarna coklat cerah.
Rambutnya pula tidak disikat rapi. Sangatlah tidak terurus penampilannya sekarang.

Maria, mamanya pula sibuk bekerja, tidak lagi seperti dahulu. Yalah, Maria sudah tidak sebumbung dengan suaminya lagi, walaupun masih lagi berstatus sebagai seorang isteri kepada Rosyam. Sudah nama pun tidak lagi tinggal sebumbung, jadi dia harus mencari pendapatan sendiri.

"Bosan!" Kata Amir seorang diri lagi sambil mendecitkan bibirnya.

"Hai, ini Amirkan?" Tanya satu suara sambil memegang bahunya dari belakang.

Amir mengalihkan pandangannya untuk memandang orang yang memegang bahunya sebentar tadi.

"Abang ni, siapa?" Tanya Amir dengan dahi berkerut.

"Abang ni, kawan Jimmy."

Terus terukir senyuman sebaik sahaja Amir mendengar nama itu disebut.

"Ya ke?"

"Ya, dia suruh abang jemput Amir. Jom ikut abang?" Pelawa lelaki itu.

"Kita nak pergi mana?" Tanya Amir.

"Kita pergi jalan-jalan."

"Nak! Nak!" Amir terus menerima pelawaan lelaki itu dengan mudah sekali tanpa menolak. Dia langsung tidak berfikir panjang. Apa yang dia fikirkan hanyalah nak berseronok. Lalu, Amir mengikuti lelaki itu dari belakang melangkah pergi dari tempat itu. Amir tersenyum riang tanpa memikirkan apa-apa. Apa yang dia tahu, dia tidak bosan seorang diri di sini.

•••

Jimmy mengempaskan tubuhnya di atas sofa sebaik sahaja dia selesai mandi. Matanya mengerling ke arah jam yang terlekat di dinding. Sudah jam empat petang.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now