36

768 24 1
                                    

"Ha Amir, masuklah. Tak ada orang pun dalam rumah ni jadi, jangan malu-malu. Buat je macam rumah sendiri." Kata Haikal sambil meletakkan kunci kereta di atas meja. Kakinya terus meluru masuk ke dapur untuk menyediakan sedikit makanan dan minuman.

"Duduklah Amir." Pelawa Haikal lagi dengan mesra setelah melihat Amir masih berdiri kaku.

Setelah dipelawa berkali-kali oleh Haikal, maka Amir duduk di atas sofa empuk dan terdiam sendiri. Dia tetap malu-malu walaupun tiada orang di dalam rumah itu.

"Kan aku dah kata, kau jangan malu-malu macam tak biasa pula. Dulu kau selalu lepak dekat rumah ni siap sila panggung lagi dekat atas sofa ni. Baju-baju kau yang dulu pun still ada dekat rumah ni." Kata Haikal lagi sambil ditangannya ada dulang yang di isi makanan ringan dan air kotak.

"K.. kau duduk dalam rumah ni sorang-sorang ke Haikal?" Tanya Amir yang dari tadi mendiamkan diri sahaja.

"Ya, dari dulu lagikan aku duduk sorang-sorang dekat sini. Kau pun selalu lepak dekat rumah aku dulu kalau ada masalah keluarga kau tu. Kau ni memang tak ingat apa-apa lagi ke?" Balas Haikal panjang lebar sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu televisyen di depan dibuka olehnya serta-merta rumah yang sunyi sepi itu jadi sedikit bising.

Amir hanya membatu. Dia langsung tidak ingat siapa Haikal mahupun rumah ini. Dia pun seakan-akan tidak percaya dahulu dia ada kawan.

"Jadi, kau lari rumah lagi ke?" Kata Haikal sambil ketawa.

"Mana kau tahu?" Tanya Amir sambil dahinya berkerut.

"Aku tahulah. Tengok kau pun aku dah tahu. Kau dari dulu yang tak pernah berubah. Itu je yang kau suka buat, suka lari rumah. Haha." Kata Haikal seraya ketawa perlahan.

Amir tertunduk malu. Nampaknya Haikal ini tahu banyak tentang dirinya. Malah dia pula, langsung tidak ingat apa-apa tentang kisah lalu dirinya sendiri.

"Err, kenapa kau duduk sorang-sorang dekat dalam rumah besar ni?" Tanya Amir lagi. Dia masih hairan kenapa Haikal ini duduk dalam rumah banglo sebesar ini seorang diri.

"Aku memang macam ni lah. Aku jenis tak rapat dengan adik-beradik sebab aku ada lima belas orang adik-beradik. Jadi dari kecil lagi kami memang tak rapat. Setengah tu nama penuh dia orang pun aku tak tahu, jadi aku selesa duduk sorang-sorang. Family aku ada banyak rumah jadi aku minta satu then, lepas tu pandai-pandailah aku hidup berdikari dalam rumah ni." Kata Haikal lagi dengan panjang lebar.

Amir hanya mengangguk faham.

"Eh aku lupa, Jimmy tu dah nak kahwinkan? Aku ada banyak soalan nak tanya kau ni." Kata Haikal seraya memandang tepat ke arah muka Amir.

"Hah?!" Amir menggerutkan dahinya sebagai tanda tidak faham.

"Jimmy, Jimmy ex-boyfriend kau tulah. Siapa lagi." Kata Haikal sambil dahinya berkerut. Takkan semua benda Amir tak ingat kot?

Amir hanya terkedu. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Haikal itu. Dia tenung sahaja wajah Haikal dengan sangat lama.

"Heish..." Haikal mendecitkan bibirnya, lantas dia memegang tangan Amir lalu ditariknya dengan pantas.

"Kau memang tak ingat apa-apa langsung ke? Jom ikut aku. Aku nak tunjukkan sesuatu dekat kau. Mungkin boleh ingatkan kau balik lepas ni?" Kata Haikal sambil sudah mulakan langkahnya.

Amir hanya mengikuti dari belakang seperti orang tidak tahu apa. Dia mula rasa pening dengan semua ini. Ada apa sebenarnya? Dia sendiri tidak tahu. Kenapa dengan kisah silamnya? Dia sendiri juga tidak tahu. Berhantu sangatkah kisah silamnya itu?

Mereka berdua terus melangkah menaiki anak tangga yang tinggi bertahtakan jubin kaca yang di import dari Turki.

Haikal membuka pintu satu bilik yang jauh terpencil di hujung sudut, lalu lampu dinyalakan. Serta-merta lampu itu menyala. Haikal sudah tersenyum seraya dia cuba mencari sesuatu dengan pantas sekali.

Amir hanya tercenggang di tepi pintu sambil memerhati tingkah laku Haikal di hadapannya itu. Dia mengerutkan lagi dahinya tidak faham apa yang dicari oleh Haikal itu.

"Haih, aku letak dekat mana eh benda tu? Hari tu aku tengok ada lagi. Err... Haa, jumpa pun!" Kata Haikal sambil tersenyum. Kotak di tangannya itu ditenung lama.

Amir menggaru-garu kepalanya. Dia memerhatikan sahaja kotak berwarna putih yang berada di tangan Haikal itu dengan wajah berkerut seribu.

Rasa pening pula kepalanya kerana cuba untuk mencerna apa yang terjadi dengan kisah silamnya. Siapakah mereka semua ini? Ada kena mengena dengan kisah silam diakah? Amir cuba mencari jawapan sendiri.

"Amir, kau cuba tengok kotak ni. Kau ingat lagi tak?" Kata Haikal sambil menunjukkan kotak berwarna putih yang sebesar kotak kasut itu kepada Amir.

Amir merenung kotak itu dengan sangat lantas dia menggelengkan kepalanya sebagai tanda tidak tahu.

"K.. Kotak apa tu?"

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now