"K.. Kotak apa tu?" Tanya Amir separuh gagap. Matanya tidak henti dari melihat kotak itu.
Haikal tersengih ke arah Amir.
"Meh sini. Aku tunjukkan dekat kau." Balas Haikal sambil sudah duduk bersila di atas karpet merah bulat di sebelahnya itu.
Perlahan-lahan Amir turut duduk bersila dalam bulatan karpet merah itu.
"Amir, ini harta kau." Kata Haikal sambil menggocangkan kotak itu seraya kotak itu berbunyi apabila ia digoncangkan.
"Hah?! Harta aku?" Amir jadi terkejut setelah dengar apa yang keluar dari mulut Haikal tadi. Dia langsung tidak ingat masa bila dia ada bagi kotak putih itu kepada Haikal malah Haikal pun dia tidak ingat siapa.
"Haih, meh sini aku cerita dari A sampai Z yang mana kau tak faham kau tanya je aku." Kata Haikal sambil memperbetulkan cermin mata rabun jauhnya itu.
"Okay, bukalah. Aku nak tengok apa isi dalam tu. Aku nak tahu sangat kisah silam aku." Kata Amir perlahan dengan wajah bertukar seperti ingin tahu.
"Okay aku buka ya. Bismillah..." Kata Haikal sambil membuka kotak itu.
"Tadaaa..." Kata Haikal lagi dengan nada gembira sambil menunjukkan isi kotak itu kepada Amir.
"Gambar?" Kata Amir dengan nada keliru. Wajahnya berkerut seribu lagi dan bibirnya dimuncungkan ke hadapan.
"Ya, inilah harta kau. Kau dulu suka ambil gambar. Lepastu, suka bawa pergi kedai untuk di cuci banyak-banyak." Kata Haikal sambil mengumpul gambar itu supaya kemas.
"Ha nah, ambil sekeping gambar ni dulu. Kau perhatikan gambar tu." Haikal menyerahkan sekeping gambar dahulu kepada Amir. Selebihnya masih ada ditangannya.
Amir menyambutnya perlahan.
"Hah? Ini aku ke?" Amir terkejut melihat wajahnya ada dalam gambar itu.
"Yalah, masa ni ada persembahan sekolah untuk majlis persaraan cikgu. Ini gambar kita buat persembahan. Kau jadi penyanyinya sebab suara kau sedap."
Amir tersenyum dia mula suka melihat gambar itu.
"Haa ini aku yang tengah pegang kayu drum tu. Ni Coco pegang marakas, ni pulak Yazid pegang gitar bass tu. Yang pegang piano macam gitar tu pulak nama dia Joe. Yang pegang gitar kapok tu Rahim. Kau dengan Coco penyanyi tapi Coco tu backup kau je. Kau penyanyi utama." Kata Haikal sambil menunjukkan satu persatu wajah kawan-kawannya.
Amir terasa agak pelik melihat gambarnya tengah buat lambang lucah. Dalam gambar itu dia tengah mengangkat jari tengah sambil menjelirkan lidah. Dia duduk di tengah-tengah diantara mereka semua. Amir mengalihkan gambar itu untuk melihat belakang gambar itu. Ada tertera tarikh bila ia diambil.
"23/4/2015? xoxo Coconek Band? Eww?" Kata Amir sambil membaca tulisan dibelakang.
Haikal ketawa setelah melihat Amir buat muka jijik ketika menyebut nama kumpulan mereka itu.
"Tu nama kumpulan kita. Macam lucahkan? Kita saja nak letak nama tu sebab dalam kumpulan kita Coco sorang je perempuan. Dia sorang je takde bebird so kita letaklah nama Coconek Band." Kata Haikal sambil sambung ketawanya.
Amir turut ketawa walaupun tiada lagi memori itu dalam ingatannya. Agak lucu apabila Haikal menceritakan hal itu kepadanya.
"Aku dulu memang nakal macam dalam gambar ni ke?" Tanya Amir lagi.
"Yalah, kau bukan nakal apa. Kau tu kuat carut dekat sekolah. Depan cikgu pun kau carut." Terang Haikal dengan jawapan jujur.
Amir hanya tersenyum tawar.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...