Akhirnya, selesai juga mereka menonton Goosebump 2. Amir kelihatan senang sekali, dapat juga dia menonton cerita kegemarannya itu.
"Macam mana Amir, puas?" Tanya Jimmy kepada Amir sambil menjeling ke arah Amir yang berada di sebelahnya sambil mereka berdua berjalan keluar. Bahang cahaya panas terus menusuk ke kulit mereka.
"Best! Amir suka sangat. Abang suka tak?" Tanya Amir kembali sambil kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala.
"Hummm... Not bad ahh.." Jawab Jimmy dengan wajah berkerut.
"Not bad? Ish bestlah cerita tadi tu." Bangkang Amir sambil memuncungkan bibir.
"Abang tak kata pun cerita tu tak best okay, cuma not bad je."
Amir terdiam.
"Jom kita makan pula. Amir mesti laparkan." Sambung Jimmy sambil matanya memandang ke skrin telefon.
"Okay, walaupun Amir tak lapar sangat."
"Asyik tak lapar je, padahal bukan makan apa sangat pun kan tadi?" Kata Jimmy sambil mengerutkan dahinya.
"Amir takut gemuk." Balas Amir sambil memegang perutnya.
"Allah, badan dah macam papan. Gemuk apa lagi?" Balas Jimmy sambil memusingkan bebola matanya lalu dia memandang kembali skrin telefon.
"Mana ada macam papanlah! Abang tu macam tayar lori!" Balas Amir sambil menjelirkan lidahnya.
"Abang sikit punya sado, Amir kata macam tayar lori?" Terlopong mulut Jimmy sambil matanya memandang ke arah Amir.
"Haahlah, badan abang tu keras macam tayar lori!" Kata Amir dengan wajah berkerut.
"Hmm, macam tayar lori pun tayar lorilah, abang nak masuk toilet kejap. Amir taknak pergi toilet ke?" Soal Jimmy lalu dia menyimpan kembali telefon di dalam poket seluar jeans ketatnya.
"Tak nak lah, Amir tunggu abang kat luar je." Balas Amir ringkas.
"Betul ni tak nak ikut?" Tanya Jimmy lagi inginkan kepastian.
"Haah, betullah. Pergi jelah. Amir tunggu abang dekat sini."
"Okay, tunggu kat sini kejap okay? jangan pergi mana-mana tau!" Pesan Jimmy lagi.
"Baiklah, Abang Jimmy. Amir tunggu kat sini je." Balas Amir acuh tak acuh.
"Sure ke ni? Abang rasa macam tak sedap hati je ni nak tinggal Amir sorang-sorang dekat sini." Jimmy berfikir sejenak. Yalah, Amir ni cepat leka.
"Alah abang ni. Betullah. Pergilah." Balas Amir mula letih dengan Jimmy.
"Okay, tunggu abang. Abang pergi kejap je." Jimmy terus melangkah masuk ke dalam tandas yang tidak jauh daripada mereka berdua. Sebaik sahaja Jimmy melangkah masuk ke dalam tandas.
"Hell..." Ucap Jimmy perlahan sambil matanya memerhati keadaan dalam tandas itu.
Bukan masalah baunya atau kotor tapi ramai orang yang ada dalam tandas sempit itu menunggu giliran untuk masuk.
"Haish, alamak." Jimmy mula gelisah takut Amir sorang-sorang di luar. Minta-minta tidak ada apa-apalah yang berlaku pada Amir nanti. Amir ini tidak boleh dibiarkan seorang diri nanti mesti ada perkara yang tak elok akan berlaku. Jimmy gelisah.
Setelah lima belas minit berlalu...
Jimmy pun keluar dari tandas.
Matanya mencari kelibat Amir.
"Hell no again.."
Amir sudah tidak ada di tempat itu lagi. Laju bola matanya ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Amir.
"Aduh Amir. Kenapa awak selalu buat saya rasa cuak?!" Jimmy mula mengorak langkah mencari Amir di merata-rata tempat namun gagal. Sudah sepuluh minit dia mencari Amir tetapi tidak jumpa.
"Amir mana awak?!" Suara Jimmy kedengaran gelisah dan takut. Apa yang harus dia katakan pada Maria nanti sekiranya Amir gagal dijumpai olehnya nanti?
"Mampus aku. Amir.." Jimmy memejamkan matanya sambil mengurut perlahan kepalanya. Dia cuba tenangkan diri agar tidak terlalu gelabah.
"ABANG JIMMY!"
Sahut satu suara dari jauh.
Sepantas kilat Jimmy mengerling ke arah suara yang tidak asing baginya itu dengan perasaan yang berdebar-debar.
"AMIR!" Sahut Jimmy kembali dengan senyuman dan wajah terkejut. Terbeliak biji matanya kerana gembira Amir sudah kembali.
Lantas, Amir berlari ke arah Jimmy sambil memegang ais krim, sebaik sahaja sampai ke arah Jimmy, terus Jimmy memeluk Amir sambil mengusap lembut rambut budak bernama Amir itu.
"Amir pergi mana? Risau abang tahu tak?" Kata Jimmy sambil merenggangkan sedikit pelukkannya.
"Alah, Amir pergi beli ais krim je abang ni. Janganlah risau sangat." Jawab Amir sambil menjilat ais krim vanilla.
"Lain kali jangan buat macam ni tau! abang takut Amir buat macam ni. Abang risau sangat tahu tak?" Balas Jimmy dengan hanya mampu menahan geram.
Amir hanya mengangguk sambil terus menerus menjilat ais krimnya dengan wajah polos.
Tiba-tiba datang seorang gadis berusia 23 tahun bertudung labuh berwarna biru muda menghampiri mereka berdua dengan senyuman indah. Jimmy tergamam sebaik sahaja melihat wajah gadis itu. Patutlah dari jauh tadi dia nampak Amir memegang tangan seseorang, tetapi dia tidak sedar bahawa orang itu gadis yang pernah dia kenali dahulu.
"Haa.. Amir pergi dengan kakak inilah tadi Abang Jimmy. Baik tau kakak ni, dia yang bayarkan ais krim Amir tadi." Kata Amir dengan nada ceria sambil memandang ke arah gadis itu.
Jimmy mula menelan liur dengan mukanya sudah bertukar pucat.
"Assalamualaikum, Muzaimi." Sapa gadis itu dengan segaris senyuman.
Jimmy terkedu tiada suara yang dapat dilontarkan. Bergetar-getar bibir dibuatnya. Rasa cuaknya yang hilang seketika tadi. Kini, ia datang kembali lagi...
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...