8

1.3K 46 3
                                    

Jam tepat pada pukul 5 petang.

Mata Jimmy berpusing ke kiri dan ke kanan seperti jarum jam melihat suasana di taman riadah kegemarannya ini. Sudah agak lama dia tidak datang ke sini, baru hari ini ada peluang untuk melepaskan rindu pada tempat ini.

Jimmy menyarungkan kasut sukannya, lalu dia berjogging sambil mengirup udara segar di taman ini. Petang ini dia mengenakan baju singlet berwarna hijau neon dan seluar tight berwarna hitam paras lutut. Sambil dia berjoging, matanya tertumpu ke arah orang yang turut bersuka-ria di sini. Matanya memandang ke arah kanak-kanak yang sedang seronok bermain belon.

Kakinya terhenti melangkah seraya masih melihat ke arah budak-budak yang bermain belon tadi. Dia mula rasa hairan.

"Eh, belon? Kenapa banyak budak-budak main belon ni? Ada orang jual ke? Sebelum ni takde pun." Ucap Jimmy seorang diri dengan dahi berkerut.

Jimmy mencari-cari di manakah mereka dapatkan belon itu. Benda itu biasa sahaja, iyalah budak main belon? Normal lah kan? Tapi nalurinya kuat ingin tahu tanpa sebab.

Dia nampak seorang budak lelaki dalam lingkungan usia 6 tahun, berbaju kemeja kotak-kotak berwarna biru biru berlari-lari bersama belon berwarna merah.

"Adik, adik dapat kat mana eh belon ni?" Tanya Jimmy kepada budak tersebut.

"Situ... ada abang tu bagi free." Tunjuk budak itu ke arah seseorang.

Jimmy terpandang seseorang, dia terkaku. Budak itu berlalu pergi dengan riang bersama belonnya.

-

"Nah, sorang satu je tau. Eh, kau budak gemok tadi dah ambik kan, satu je mana boleh dua!" Ucap seorang remaja lelaki berbaju t-shirt berkolar warna oren dari jauh sambil menyerahkan belon kepada kanak-kanak yang berada di taman itu.

Jimmy mendekati remaja lelaki itu sambil tersenyum gembira. Perlahan-lahan langkahnya mendekati lelaki yang sedang menyerahkan belon kepada kanak-kanak.

"Amir?" Sapa Jimmy sambil tersenyum, jelas kelihatan baris giginya yang tersusun rapi itu.

Amir memandang suara yang menyebut namanya itu sepantas kilat dengan berwajah polos.

"Ehh, Abang Jimmy?!" Sambutnya dengan senyuman riang. Mata bulatnya itu tertumpu ke arah Jimmy sepenuhnya.

•••

"Ouh, Amirlah yang bagi belon kat budak-budak ni eh?" Kata Jimmy seraya menyerahkan air tin bergas berperisa anggur kepada Amir. Amir menyambutnya sambil diikuti ucapan terima kasih.

"A'ah.. Amir bosanlah abang. Amir takda kawan. Amir buat lah benda ni. Bestlah jugak." Katanya sambil mengoncang air tin itu laju-laju.

"Baiknya Amir ni kan? Buat kerja amal macam ni." Puji Jimmy lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang bersebelahan dengan Amir.

"Takdelah abang. Amir cuma sunyi, itu je. Lagi pun, apa salahnya kita buat orang gembira, kita berikan sesuatu untuk orang walaupun benda tu kecil. Benda kecil bagi kita tapi besar bagi orang. Mamalah yang cakap macam tu, tapi Amir tak faham pun.. hehe.." Balas Amir sambil mengocangkan air tin tanpa henti.

Jimmy tersenyum sambil merenung mata Amir. Banyak betul yang sudah berubah. Amir yang dulu liar, kini menjadi lebih ceria dan sudah tidak pentingkan diri lagi macam dulu. Dahulu, mulut Amir itu penuh carutan, kata cacian. kini, Amir berubah. Senyuman tak lekang di bibir merah delimanya. Telinga dan lidah Amir juga dahulu bertindik subang. Semua orang kenali Amir sebagai remaja bermasalah. Kini, tiada lagi semua benda itu. Amir total bersih.

"Abang buat apa kat sini? Dahlah pakai seksi-seksi pula tu. Nak tunjuk dekat siapa?" Tanya Amir kembali.

"Hah?" Jimmy tersentak kerana tidak fokus.

"Abang Jimmy buat apa kat sini? Alah, slow ah." Marah Amir dengan manja.

"Abang.. abang saja jogging kat sini petang-petang. Ini tempat kesukaan abang dengan kawan abang dulu kalau abang ada masalah, abang suka duduk kat sini sambil tengok tasik depan ni haa.." Pandangan Jimmy dilemparkan ke tasik di hadapannya itu.

"Siapa kawan abang tu?" Tanya Amir sambil tidak henti mengoncangkan air tin di tanggannya.

"Hmm, takde siapa pun." Balas Jimmy sayu.

"Abang tolong buka jap air tin ni. Ketat ah." Kata Amir seraya menyuakan air tin itu.

"Buka? Bagi abang." Jimmy menyambut air tin itu dia menarik pembuka tin itu.

PIUSHH!!!

"Hahaha!" Amir ketawa kuat apabila melihat buih air tin itu terpancut terkena tepat pada muka Jimmy. Habis muka jimmy dipenuhi air gas itu sampai bajunya turut basah.

"Amir!"

"Hahaha! Padan muka abang Jimmy!" Kata Amir seraya sudah bangun dari tempat itu cuba lari menyelamatkan diri sendiri.

"Ish, nak kena budak ni. Jaga!" Balas Jimmy sambil ketawa kuat.

"LARI!!.." Kata Amir sambil mulakan langkah seribu.

Jimmy mengejar Amir yang sudah jauh melarikan diri.

"Oh.. nak kenakan abang eh, patutlah tak minum air tin abang beli tu."

"Hahaha... jangan kejar Amir. Sorry! Sorry!" Pinta Amir sambil ketawa.

"Takde, abang dapat Amir siap." Kata Jimmy juga disambut tawa.

"Hahaha.." Amir pula tidak henti-henti ketawa kerana terlalu gembira.

Akhirnya Jimmy dapat menangkap Amir, lalu dicempungnya Amir dengan pantas.

"HAH! Dah dapat dia!" Ucap Jimmy sambil ketawa riang seolah-olah sekarang ini dia tengah bermain dengan adik kecil.

"Ah, Sorry!.." Ucap Amir dengan nafas separuh semput.

Jimmy terus geletek Amir di bahagian pinggang tanpa memberi amaran kerana dia tahu Amir ini pantang digeletek.

"Nah, rasakan. Nakal sangatkan?!"

"Haha! Abang gelilah! Stop it!" Balas Amir sambil menahan rasa geli.

"Nak buat lagi tak?" Ugut Jimmy.

"Tak.. Taknak dah. Haaa... Sorry."

Akhirnya jimmy berhenti..

"Haha, nakallah Amir ni." Kata Jimmy seraya terbaring disebelah Amir beralaskan rumput lembut.

Mereka berdua terdiam sejenak.

"Abang." Tiba-tiba Amir bersuars memecahkan kesunyian.

"Ya?" Balas Jimmy segera sambil menjeling memandang Amir di sebelah.

"Terima kasih." Sambung Amir lagi.

"Terima kasih untuk apa?" Soal Jimmy sambil mengerutkan dahinya.

"Sebab sudi berkawan dengan Amir. Orang tak nak kawan dengan Amir, sebab orang kata Amir cacat."

Jimmy terdiam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Amir sebentar tadi. Wajah Amir juga mula bertukar sayu.

"Abang.. kita kawan kan?" Tanya Amir sambil memandang muka Jimmy dengan penuh harapan.

"Ya, kita kawan." Balas Jimmy diselit senyuman.

Amir hanya mampu tersenyum lantas, dia kembali memandang ke arah langit biru dengan perasaan yang bergelora dan sayu. Begitu juga Jimmy, perlahan-lahan memalingkan wajah memandang ke arah langit biru dengan perasaan kecewa dan keliru.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now