"Tak nak.. Amir kata tak nak balik.." Amir sudah meronta-ronta seperti anak kecil di atas sofa panjang. Wajah mamanya direnung meminta simpati.
Jimmy hanya mampu mendiamkan diri sambil duduk di sebelah Amir. Dia tidak mahu masuk campur dalam hal mereka sekeluarga. Dia bukan siapa-siapa.
Maria yang berada di hadapan Amir juga buntu dibuatnya. Tidak tahu bagaimana nak pujuk Amir yang tak faham bahasa ini.
"Sayang mama.. Jomlah kita balik. Ini bukan rumaj kita, janganlah susahkan orang lain Amir." Pujuk Maria lagi.
"Amir tak nakk.. Papa dah tak sayangkan Amir. Amir tak nak balik. Biarlah Amir tinggal dekat sini." Rayu Amir lagi.
"Kita bukan nak balik rumah kita tu sayang. Kita balik rumah opah. Kita tak payah duduk situ lagi. Abang Jimmy dah cerita semuanya dekat mama. Maafkan mama sayang kalau Amir marahkan kat mama juga, mama tak tahu."
Tajam sahaja mata Amir menikam Jimmy. Giginya diketap serapat yang boleh menahan rasa geram yang membuak-buak.
"Kenapa abang bagitahu mama! Kenapa Abang Jimmy kejam!" Perlahan-lahan air matanya mula mengalir membasahi pipi. Amir mengesat air matanya.
"Maafkan abang, Amir." Perlahan suara Jimmy sambil menuju ke arah Amir lantas dia mengusap belakang Amir perlahan.
"Abang tak suka Amir tinggal kat sinikan?" Balas Amir sambil menolak tubuh sasa Jimmy.
"Bukan macam tu Amir, janganlah kata macam tu. Bukan abang tak suka, abang suka je Amir duduk dengan abang, abang tak sunyi kalau ada Amir tapi ini kan mama Amir.. Mama Amir sayangkan Amir. Amir kenalah dengar cakap mama okay?" Jimmy cuba memujuk.
"Tapi.." Amir hilang kata-katanya.
"Maafkan mama sayang kalau Amir marahkan mama. Mama sayangkan Amir sebab tu mama tak nak kita duduk kat situ lagi. Kita balik rumah opah ya?"
"Ermm.. auntie, tumpang tanya, tapi dekat mana tu?" Jimmy mencelah.
"Dekat Taiping." Balas Maria dengan lembut lantas dia menuju ke arah Amir sambil mengusap lembut paha anaknya.
Jimmy tergamam dalam hati. Nampaknya, dia tidak akan berjumpa Amir lagi selepas ni? dari Shah Alam ke Taiping bukannya dekat.
"Kita balik rumah opah ya, sayang?" Pujuk Maria lagi.
"Boleh, tapi Abang Jimmy kena ikut!" Sebaik sahaja dia habiskan kata-katanya terus dia berlari menaiki anak tangga, lalu meluru masuk ke bilik Jimmy.
Jimmy dan Maria hanya mampu melihat sahaja tubuh itu pergi. Mereka berdua saling berpandang antara satu sama lain dengan wajah yang tidak ceria.
"Hmm, entahlah Jimmy, auntie pun tak tahu nak kata apa lagi." Maria memicit-micit kepalanya terasa sangat serabut sekarang ini. Dia melabuhkan tubuhnya di atas sofa.
"Maaflah auntie, kalau ini salah saya." Jimmy kembali duduk di atas sofa juga.
"No, bukan salah you pun Jimmy please jangan pernah salahkan diri you." Balas Maria sambil tersenyum.
"Takpelah auntie, saya cuba pujuk Amir, auntie rehatlah dulu, minum dulu air teh ni, maaflah bujangkan. Saya pergi pujuk Amir dulu." Kata Jimmy dengan senyuman.
Maria hanya mengangguk dan di bibirnya ada sedikit senyuman yang terukir. Lalu, Jimmy pun menaiki anak tangga satu per satu dengan langkah yang lemah. Dia harus kuatkan juga walaupun hatinya tidak rela. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik. Terlihat Amir sedang menangis tersedu-sedan sambil berdiri di atas balkoni di biliknya itu. Jelas angin sejuk malam dapat dirasakannya.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...