Selesai sahaja mereka bersarapan mereka meneruskan perjalanan menuju ke tempat seterusnya. Jimmy mengerling sebentar ke arah Amir yang tidak berhenti bercakap dari mula masuk ke kereta sampailah dah nak sampai ke mall yang ingin mereka pergi itu pun mulutnya masih tidak henti bercakap, tadi bukan main letih sangat, sekarang bising kalah burung murai pula. Jimmy layankan sahaja asalkan Amir kelihatan gembira.
"Amir kita dah sampai dah pun dari tadi Amir cakap tak henti, tak penat ke?" Kata Jimmy sambil menjeling ke arah Amir disebelah.
"Eh.. kita sampai dah ke? Sekejapnya?" Kata Amir dalam kehairanan sambil membuka tingkap kereta lalu dia mengeluarkan kepalanya sambil melambaikan tangannya kepada orang yang sedang lalu lalang, semua mata melihat ke arahnya yang pelik semacam itu.
"Hai! Nama saya Amiriz Ahmad. Hai, anjing. Hai, kucing." Laung Amir di dalam kereta sambil melambai-lambaikan tangan kepada orang ramai termasuklah haiwan-haiwan yang ada di situ.
"Eh Amir bahayalah! Masuk balik!" Terbeliak biji mata Jimmy melihat kelakuan tidak tahu malu Amir itu.
Segera dia masukkan balik kepalanya ke dalam kereta dan terus terduduk diam apabila kena marah.
"Amir minta maaf." Balas Amir seraya kembali duduk diam dia lupa yang dia dah berjanji nak jadi budak baik. Kedua belah tangan diletakkan ke atas pahanya.
"Amir jangan buat macam tu lagi tahu. Orang langgar Amir ke, terhantuk kepala dekat tiang ke, apa ke, abang yang susah. Nak?" Tegas sahaja ayat-ayat yang keluar dari mulut Jimmy.
"I'm so sorry.. please abang. Amir minta maaf. Amir janji tak buat lagi." Amir mencebikkan bibirnya sambil memandang ke arah Jimmy, lantas kedua belah tangannya disatukan sambil memandang ke arah Jimmy dengan muka minta simpati.
"Haish. Lain kali kalau buat lagi abang tinggal Amir dekat sini. Nak? Biar orang gila ambil dia."
"Alah, maaflah. Janganlah tinggal Amir dekat sini sorang-sorang." Balas Amir separuh gagap sambil mengoncangkan paha Jimmy seperti anak kecil meminta maaf.
'Hmm, susahnya nak jaga awak sekarang. Macam budak kecillah sekarang ni. Sabar Jimmy, kau sayangkan Amirkan? Kau yang buat dia jadi macam ni, jadi ini semua salah kau. Cara ni je kau dapat tebuskan balik apa salah kau kat dia selama ni. Mungkin ada hikmah Allah uji aku macam ni.' Kata Jimmy dalam hati sambil matanya mencari tempat untuk memakirkan kereta honda putihnya.
"Abang kenapa diam? Marah Amir betul betul-betul ke? Amir minta maaf abang." Suara Amir memecahkan kesunyian.
"Taklah. Abang suka sangat. Lain kali buatlah lagi ya?" Balas Jimmy dengan dingin.
"Okay fine. Sekarang, abang pun dah tak sayangkan Amir." Bentak Amir sambil menyilangkan tangannya. Bibirnya sudah ditarik muncung seperti biasa.
"Bukan Abang Jimmy tak sayangkan Amir, tapi Amir please be nice okay? Be a good boy?" Pinta Jimmy.
"Yalah, Amir ni nakal sebab tu orang tak suka Amirkan?" Balas Amir yang masih merajuk.
"Hmm, okay abang minta maaf okay? Maaf abang termarahkan Amir tadi." Kata Jimmy setelah memakirkan keretanya di tempat pakir itu. Terbalik pula jadinya. Dia pula yang kena meminta maaf kepada Amiriz Ahmad ini.
Tiba-tiba Amir tersenyum dengan tangannya masih disilangkan. Matanya menjeling ke arah Jimmy dan tiba-tiba dia tersenyum sendiri.
"Haha! gotcha!" Kata Amir sambil ketawa kuat.
"W.. what?" Bulat mata Jimmy memandang ke arah Amir sambil terpinga-pinga. Kenapa Amir ketawa?
"Amir tak merajuk punlah. Amir saja je nak test abang. Haha. Such a loser!" Ucap Amir sambil keluar dari perut kereta.
"What the.. Aku tengah serius, boleh pulak dia gelak." Kata Jimmy serorang diri sambil membuat muka pelik. Tidak dapat dia proses apa yang ingin disampaikan oleh Amir, mungkin Amir hanya cuba untuk bergurau dengannya?
"Haish, Amir.. Amir.." Kata Jimmy lagi seraya keluar dari perut kereta.
"Amir, dah jom jangan nak banyak main lagi. Satu lagi, jangan nak merayau ke mana-mana sorang-sorang tau. Jalan dengan abang je." Pesan Jimmy sambil memegang bahu Amir.
"Ya, Amir dengar cakap Abang Jimmy." Balas Amir dengan senyuman hambar.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah yang berada di atas mereka itu.
Amir pula tidak henti-henti tersenyum seorang diri kerana terlalu suka. Bahagia Jimmy melihat Amir kembali ceria. Hanya ini yang mampu dia lakukan untuk Amir, memberikan sedikit kebahagiaan dan senyuman.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...