"Apa yang Amir buat ni?" Tanya Jimmy dengan nada dingin sambil melepaskan tangan Amir kembali.
Amir mula takut dengan kelakuan Jimmy itu. Nafasnya mula tidak keruan.
"Jawab!"
Jimmy membutangkan matanya sambil tangannya memegang kedua belah bahu Amir dengan kuat lalu dihentakkan tubuh Amir pada dinding.
Amir jadi takut untuk memandang wajah Jimmy kerana dia tidak tahu apa salahnya. Tiba-tiba sahaja Jimmy marah kepadanya. Amir hanya mampu memejamkan matanya sambil kepalanya terarah ke arah lain.
"Abang tanya sekali je lagi okay?" Nada suara Jimmy cuba dikawal biar lembut.
"Amir... buat apa dekat sini? Abang tanya baik-baik ni jawab?" Kata Jimmy dengan nada suara lembut yang dibuat-buat.
Amir masih lagi membatu. Air matanya setitis jatuh gugur ke pipi. Nafasnya juga sudah tidak keruan.
"Jawab!" Nada suara Jimmy meninggi kembali.
Amir masih lagi terdiam.
"Heish!" Jimmy melepaskan bahu Amir lalu kepala Amir ditolak kuat.
Amir terjatuh tersungkur ke tanah.
Fikiran Jimmy jadi serabut. Tiba-tiba perangainya yang dulu kembali. Perangai yang suka sakitkan Amir tanpa sebab.
"Amir mesti datang sorangkan? Lari rumah?! Hah? Lari rumah kan?!" Tanya Jimmy dengan suara lantang.
Amir masih lagi duduk di lantai sambil menangis teresak-esak. Tidak lama selepas itu dia mengangguk tanda mengiyakan sahaja kata-kata Jimmy sebentar tadi.
"Berapa kali abang cakap! Jangan buat benda bodoh macam ni! Tapi Amir buat lagi dan buat lagi! Tak serik ke? Lain kali pakailah otak sikit! Tahulah Amir tu cacat! Tapi takkan tak boleh fikir yang mana buruk yang mana baik?!" Jerkah Jimmy sekuat hatinya.
"A.. Amir bukan cacat.." Kata Amir perlahan sambil air matanya deras jatuh ke pipi. Hatinya benar-benar terguris ketika ini apabila orang yang selalu lindunginya ketika susah berkata seperti itu.
"Heish! Apa-apa jelah!" Fikiran Jimmy sudah mula serabut.
"Sampai hati abang kata dekat Amir macam tu? Apa salah Amir? Kenapa Abang Jimmy jadi jahat? Apa salah Amir? Apa dosa Amir dekat abang?" Banyak persoalan yang timbul dari mulut Amir.
Jimmy hanya mendecit. Tiba-tiba Jimmy keluarkan lima puluh ringgit lalu dicampakkan tepat ke muka Amir.
"Nah, Amir ambik duit ni! Pergi berambus! Pergilah ke mana Amir nak pergi pun! Abang dah tak kisah! Jangan muncul depan abang lagi! Faham!" Kata Jimmy lantas dia berlalu pergi masuk ke dalam kafe kembali.
"Abang! Abang! jangan buat Amir macam ni Abang Jimmy! Amir takut! Abang! Jangan tinggalkan Amir dekat sini!" Amir meraung seorang diri.
Jimmy duduk kembali di kerusinya. Nafasnya cuba dikawal supaya kelihatan tenang.
Tiba-tiba sahaja Sharifah Amira atau dikenali sebagai Mira datang tepat ke arah Jimmy. Wajahnya berkerut sambil matanya mencari kelibat Amir.
"Eh, mana Amir?" Tanya Mira kehairanan.
"Err... Dia dah balik. Mama dia datang tadi." Tipu Jimmy dengan wajah yang suram.
"Eh, tapi beg dia ada dekat sini lagi? Takkan dia balik tpai tinggal beg dekat sini kot?" Soal Mira lagi masih curgia.
"Ouh, takpe. Itu, nanti saya hantar sendiri dekat rumah dia nanti." Lancar sahaja mulut Jimmy menipu. Penipuannya berjaya ditutup dengan senyuman manisnya itu.
"Oh, ya ke? Saya baru nak belanja makan. Hmm, tak apalah. Nanti ada rezeki boleh jumpa lagi." Kta Mira sambil duduk kembali di atas kerusinya.
Jimmy pula hanya mampu terdiam. Tiba-tiba dia rasa berdosa lakukan Amir seperti itu. Entahlah sekarang Amir di mana. Fikirannya kusut.
"Jadi esok saya akan bagitahu dekat abi dan umi saya." Kata Mira memecahkan lamunan Jimmy.
"Err... Ha. Okay." Balas Jimmy selamba.
"Awak macam ada masalah je? Kenapa ni?" Tanya Mira dengan dahi berkerut. Tiba-tiba sahaja perwatakkan Jimmy berubah sebaik sahaja dia balik dari tandas.
"Tak adalah. Saya okay je." Balas Jimmy perlahan sambil tersenyum tawar.
Mira hanya mengangguk.
•••
Amir tidak tahu ingin tuju ke mana. Dia seolah-olah tiada arah tuju hendak pergi. Dia duduk seketika di bawah pokok sambil meneguk air mineral yang setia berada di tangannya.
"Ya Allah, aku nak pergi mana ni?" Tanya Amir sendiri. Dia sendiri tidak tahu hendak ke mana lagi. Hari pula makin gelap.
"Ya Allah, tolong Amir." Katanya perlahan lagi.
"Eh, Amir?" Sapa satu suara yang tak jauh berdiri dari Amir.
Amir menoleh memandang lelaki itu. Dia merunung sedalam-dalamnya. Dia langsung tidak mengenali siapa lelaki sebayanya itu.
"Amir kau tak kenal aku lagi ke?" Tanya lelaki itu lagi.
Amir hanya menggelengkan kepalanya.
"Ini akulah, Haikal." Kata Haikal dengan senyuman.
"Sorry, tak ingat. Saya hilang ingatan." Kata Amir perlahan.
Haikal tersentak. Dia ingatkan selepas tiga tahun memori Amir kembali pulih. Rupanya masih belum.
"Oh, sorry tapi aku kawan kau dari zaman sekolah lagi." Kata Haikal sambil mengulurkan tangannya untuk bersalaman.
Salamannya itu dibalas oleh Amir perlahan. Amir cuba untuk mengingati wajah itu tetapi tidak berjaya malah kepalanya semakin sakit dibuatnya.
"Kau dengan beg bagai ni nak ke mana?" Tanya Haikal lagi.
Amir hanya terdiam.
Haikal memandang wajah Amir dengan penuh rasa simpati. Dia mengembuskan nafasnya lantas tersenyum.
"Takpelah, kau ikut aku balik." Kata Haikal sambil sudah memegang bahu Amir.
Amir memandang wajah Haikal dengan pandangan kosong.
"Aku tahu kau lari rumah. Kau dari dulu lagi suka buat kerja gila. Haha." Kata Haikal sambil diselit ketawa.
"Boleh ke? Tak menyusahkan kau ke?" Tanya Amir lagi.
"Tak." Balas Haikal seraya menggelengkan kepalanya dengan diselitkan sedikit senyuman.
Amir tersenyum senang. Selepas beberapa saat mereka berdua berjalan pulang menuju ke rumah Haikal dengan menaiki kereta Toyota milik Haikal.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomansKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...