"Okay! Kita dah sampai." Jimmy mengembus nafas lega lantas enjin kereta dimatikan. Dia mengalihkan pandangannya ke sebelah. Terlopong mulut Jimmy dibuatnya apabila melihat Amir sudah tertidur. Patutlah senyap tiba-tiba.
"Hai, tidur lagi budak ni? Mesti dia penat sangat ni jalan jauh malam tadi. Mau 5 km jugak dia jalan semalam. Haish, Amir. Kesian awak." Bisik Jimmy perlahan. Wajah Jimmy bertukar sedih melihat insan yang berada di sebelahnya itu tertidur dengan wajah polosnya itu.
Jimmy berfikir sejenak. Perlu ke kejutkan Amir yang sedang nyenyak tidur itu?
"Hmm, kejutkan aje lah..." Kata Jimmy setelah berfikir panjang. Perlahan-lahan dia mencuit pipi Amir yang putih bersih itu dengan jari telunjuknya.
"Hey Amir, Amir.. Kita sarapan dulu? Kita dah sampai ni. Sarapan dulu ya? Tak eloklah tidur masa macam sekarang ni."
Amir membuka matanya perlahan-lahan.
"Hmm, sampai dah ke?" Kata Amir dengan mata separuh terbuka.
"Haah, sampai dah. Dah turun Amir pergi basuh muka okay? Lepastu kita makan."
"Okay." Balas Amir biasa tidak melawan seperti selalu.
Mereka berdua pun keluar dari perut kereta, lalu masuk ke dalam kedai mamak. Jam tepat 10 pagi, masih ramai orang yang berada di dalam kedai itu. Amir pergi ke singki lalu, membasuh muka biar segar kembali.
Jimmy mencari tempat duduk tidak jauh dari Amir lalu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sejuk. Amir perlahan-lahan menuju ke arah Jimmy, lantas dia duduk bersebelahan. Kepalanya dilentokkan ke bahu Jimmy dan matanya dipejamkan kembali.
"Amir, bangun. Hai, apa tidur ni? Kalau tidur macam ni macam mana nak pergi tengok wayang? Malulah ornag tengok buat perangai macam ni." Ucap Jimmy dengan nada sedikit tegas.
"Iyalah." Amir melenting kembali. Dia kembali duduk seperti biasa. Dagu ditongkatkan dengan tapak tangan kanannya. Matanya yang jelas kelihat tidak bermaya kerana kurang tidur.
Datang salah seorang pekerjanya ingin meminta pesanan. Jimmy sudah siap sedia memikirkan untuk memesan makanan apa.
"Mau makan apa?"
"Kasi roti canai dengan teh panas satu. Amir nak makan apa?" Tanya Jimmy sambil memandang ke arah Amir.
"Milk shake satu." Pesan Amir selamba.
"Yish, sini mana ada." Balas Jimmy sambil mengerutkan dahinya.
"Oh takde eh? Sorry, sorry. Amir nak teh tarik je lah macam tu."
"Tak nak makan ke Amir?"
Amir menggelengkan kepala, bibirnya dicebikkan sambil menggosok matanya dengan lengan baju panjang berwarna putih berbelang merah yang sedang dipakainya itu.
"Nanti Amir lapar macam mana?"
"Nanti Amir lapar, Amir bagitahulah dekat abang." Balas Amir dengan nada serak.
"Nanti bagitahu tau. Haa, itu je."
"Okay thank you." Pekerja itu pergi setelah mereka berdua membuat pesanan.
Jimmy mengembus nafas sambil menggelengkan kepalanya seraya memandang ke arah Amir.
"Amir mengantuk sangat ke? Kalau nak tidur sangat jomlah kita balik rumah tidur. Tak payah pergi mall." Kata Jimmy dengan bernada serius.
"Eh, taklah mana ada mengantuk. Jomlah kita pergi jalan-jalan." kata Amir sambil cuba tersenyum walaupun kepalanya terasa berat sangat.
"Kalau mengantuk takpe, kita balik. Kita keluar lain kali je. Dah macam orang mabuk abang tengok Amir ni."
"Hish, mana ada mabuklah!" Marah Amir sambil menjeling ke arah Jimmy.
Tidak lama selepas itu makanan mereka pun sampai, lalu Jimmy menjamah dengan penuh selera. Amir pula menyedut air minumannya perlahan-lahan.
"Abang, Amir nak pergi toilet kejap. Nak kencing. Boleh tak?" Pinta Amir.
"A'ah, pergilah. Hati-hati tau, kalau ada orang kacau Amir panggil abang. Biar abang tumbuk dia." Balas Jimmy.
"Yishh, Amir tahulah jaga diri sendiri." Ucap Amir seraya kakinya sudah melangkah pergi.
Jimmy menggelengkan kepala melihat telatah Amir itu. Telefonnya diambil lalu di dail satu nombor kemudian telefon itu ditekupkan ke telinganya.
"Hello Auntie Maria, Jimmy ni... Ye, saya tahu... Amir memang ada dengan saya tapi jangan risau dia okay... Ehh, taklah, takkan saya nak culik dia pulak. Saya pun tak tahu dia nak datang, dia datang sendiri semalam.. Yaa datang sendiri... Auntie jangan risau, saya jaga dia buat masa sekarang biar dia tenangkan fikiran dulu untuk hari ni. Esok kalau auntie nak ambil dia, silakan saya tak halang. Haah.. Yaaa.. Assalamualaikum..." Jimmy menamatkan panggilan telefon itu.
Hatinya berasa lega sedikit setelah dapat memberitahu kepada Maria bahawa Amir selamat. Dia tahu mesti mamanya itu risau dengan keadaan Amir yang tiba-tiba sahaja menghilangkan diri.
-
"Abang cakap dengan siapa tadi tu?" Sampuk satu suara yang mengejutkan Jimmy dari arah tepi.
"Eh, takde sapa lah. Kawan abang je. Dah minum nanti kita pergi tengok wayang. Amir sukakan?" Kata Jimmy sambil meletakkan telefon pintar berharga lima ribu itu di tepinya.
"Mestilah nak, Amir dah lama tak tengok wayang. Last Amir ingat pun, masa tahun 2008."
Tergamam Jimmy dibuatnya. Terlalu lama tahun 2008 itu. Kira-kira sepuluh tahun yang lepas. Memang benar Amir tak ingat tentang memori selepas tahun 2008. Dia hanya ingat memori tentang kenangan sebelum tahun 2009. Pening juga Jimmy dibuatnya apabila memikirkan perkara ini. 10 tahun kenangan Amir telah hilang.
Jimmy mengabaikan sahaja semua itu dan kembali memandang ke arah Amir.
"Baik, janji dengan abang Amir akan dengar cakap abang ya? Jangan nakal-nakal Janji?"
"Yup! Amir janji! haha." Balas Amir dengan kembali ceria dan aktif seperti selalu.
Jimmy tersenyum lega setelah melihat Amir kembali ceria. Itu sahaja buat ketika ini, dia ingin melihat Amir ceria dan bahagia.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomantikKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...