13

1K 36 1
                                    

Jam di dinding tepat jam 8 malam.

Semua orang duduk di makan meja sambil menjamah makanan yang terhidang. Makanan yang dimasak oleh Maria memang sedap lagi-lagi ayam goreng berempahnya. Makanan kegemaran Amir sejak kecil lagi.

Amir yang dari tadi hanya duduk diam di meja makan sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dengan sudu secara perlahan-lahan.

Nana yang berada di hadapannya itu dari tadi asyik merenung tajam ke arah Amir. Apa yang dia marahkan lagi pun entahlah, masih tak puas hati lagikah dia memukul Amir tadi?

Maria lihat sahaja tingkah laku Nana tanpa kata. Malas mahu bergaduh dengan madu mudanya itu. Bercakap pun jarang apakan lagi nak ajak bersembang. Minta tolong masak? Jauh sekali.

Rosyam, ayah Amir tidak sudah-sudah dengan telefon pintarnya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Patutnya dia bertanyakan tentang keadaan Amir macam mana sekarang ini tetapi, haram. Langsung tidak di tanyanya. Bukan dia tidak tahu yang anaknya ini baru keluar dari hospital. Ada dia ambil kisah? Maaf, jangan harap.

"Abang, badan Amir panas sikit sejak balik dari hospital tadi, kesian dia bang." Maria bersuara memecahkan kesunyian cuba untuk menarik perhatian suaminya agar dapat bersembang.

"Hm, so?" Rosyam bersuara seperti orang tiada perasaan. Langsung tidak kisah dengan keadaan Amir sekarang ini. Dia buat seolah-olah Amir tidak wujud lagi dalam hidupnya.

"Ya Allah abang, ni anak awak tahu? Awak tak ambil kisah langsung ke? Ayah jenis apa awak ni? Awak ada sorang anak ni je lagi tahu? Tolonglah!" Maria mula tidak puas hati dengan sikap dingin suaminya itu.

Masa kecil, dia sayang sangat dengan Amir ni bagai menatang minyak yang penuh tapi sekarang apa sudah jadi? Apa salah Amir yang sampai Rosyam tak boleh maafkan sangat itu? Sebab anaknya sudah cacat? Kerana Amir liar tiga tahun lepas? Atau... sebab anaknya seorang gay? Amir rosak pun kerana dia.

Rosyam berhenti daripada bermain telefon seraya dia mendengus kasar. Wajahnya kosong langsung tiada reaksi yang terpancar di wajah. Setelah beberapa saat, dia merenung wajah Maria dengan pandangan yang tajam.

"Saya takda anak cacat macam dia ni!" Kata Rosyam sambil menghentakkan tangan ke atas meja makan.

Maria tergamam selepas mendengar apa yang keluar dari mulut suaminya itu hatinya rasa seperti di tikam dengan pisau tajam, betapa sakitnya rasa! Adakah ini penghujung kisah perkahwinan mereka? Berakhir dengan tragis? Maria beristighfar menahan rasa marah. Tidak mahu burukkan lagi keadaan.

Apakan lagi Amir? Terus Amir berhenti daripada menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Matanya sudah bergenang dengan air mata menahan rasa sebak yang sudah tidak dapat dipikul olehnya lagi.

"Amir tak cacat papa!" Sekilas Amir memandang ke arah ayahnya dengan air mata mula menitis keluar dari tubir mata. Amir terus bangkit dan lari ke biliknya sepantas mungkin. Hatinya benar-benar remuk ketika ini.

Nana yang hanya memerhatikan keadaan yang terjadi sekarang ini. Bibirnya sudah pun tersenyum sinis. Hatinya puas! Puas keluarga ini sudah mula berpecah belah.

"Abang! Walaupun dia sakit sekarang ni, dia tu tetap anak abang tahu tak?! Anak yang saya kandungkan selama sembilan bulan! 20 tahun yang lalu! Anak yang awak sayangkan sangat dulu! Anak yang awak manjakan setiap hari tu! Anak awak! Amir!"

"Hah?!" Rosyam tersenyum sinis.

"Anak apa dia tu? Susahkan saya je sejak dah besar ni. Tak berguna langsung. Baik saya takda anak je kalau macam tu. Dah lah cacat, songsang pulak tu. Eh malu tahu tak saya tak pernah lagi dalam keturunan saya ada keturunan gay macam dia ni! Ni semua salah awaklah lahirkan anak gay macam dia! Ikut keturunan awaklah tu!" Balas Rosyam mula naik angin.

Maria mengigit bibirnya menahan geram. Sampai hati suaminya katakan seperti itu kepada anaknya sendiri. Bukan anak orang lain. Anak dia sendiri!

"Abang dah keterlaluan!" Marah Maria, lantas dia bangkit dari kerusi makan. Sudah tidak mampu melihat suaminya itu lagi. Sejak berkahwin lagi satu perangai suaminya makin menjadi-jadi sudah tiada sinar bahagia lagi rasanya. Hatinya benar-benar terluka di saat ini. Ini semua mesti hasutan bini mudanya yang dari awal lagi sudah nampak ingin mengawal segalanya.

"Dah abang jangan layan dia orang tu. Kita makan dua je okay? Nah, tambah lagi lauk ni haa." Sampuk Nana Farhana selepas madunya berlalu pergi. Senyuman dia bibirnya juga tidak lekang dari tadi kerana suka lihat madunya bergaduh dengan madu tuanya.

Rosyam menganggukkan sahaja kehendak bini mudanya. Sayang benar dia dengan Nana Farhana sampai dia lupa betapa bahagiannya dia dahulu ketika bersama dengan Maria dan anak-anaknya yang lain. Sejak anak-anaknya yang lain meninggal dunia, terus perangainya berubah secara perlahan-lahan. Malah makin menjadi setelah dia mengenali Nana Farhana. Dasar perempuan penghasut!

Terselit senyuman sinis di bibir Nana Farhana ketika ini. Hatinya rasa sangat puas seolah-olah dia sudah menang secara total!

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now