Muzaimi tersenyum indah sambil memandang wajah bayi yang berada di tangannya itu. Baru sahaja selesai dia mengazankan bayi lelaki itu tadi. Dahi bayi yang sedang nyenyak tidur itu diciumnya lama dengan penuh rasa kasih sayang dan bertanggungjawab.
Sinar suria mula menerangi bumi sedikit demi sedikit. Rasa dingin pagi jelas dapat dirasakan. Tambahan pula, hari ini hari terakhir puasa. Maka, bertambahlah kesyukuran dan kenikmatan berlimpah ruah bagi semua umat islam di bumi ini. SubhanaAllah, Maha Suci Allah. Sungguh besar kuasa Allah!
"Awak..."
Jimmy tersentak lantas dia memandang wajah isterinya pula. Satu senyuman indah dihadiahkan kepada Sharifah Amira.
"Sayang, ini anak kita." Kata Muzaimi dengan suara tenang.
Sharifah Amira yang keletihan baru sahaja melahirkan anak itu hanya mampu tersenyum sambil tubuhnya terbaring di atas katil hospital.
"Ya, saya tahu itu anak saya dengan awak. Anak kita." Kata Sharifah Amira perlahan.
Muzaimi mendekatkan menghampiri isterinya sambil membawa anaknya lalu dia duduk di birai katil.
"Sayang rasa dia ikut muka siapa?" Usik Muzaimi.
"Ermm, awak tengok mulut dia. Muncung macam mulut siapa?" Sharifah Amira tersenyum perlahan.
Muzaimi merenung mulut anaknya itu dengan teliti. Dahinya di kerutkan.
"Eh, macam mulut Amir lah!" Kata Muzaimi dengan nada terkejut.
Sharifah Amira hanya mampu ketawa perlahan.
Muzaimi turut ketawa setelah perasan anak sulungnya itu tidur dengan mulut dimuncung ke hadapan.
"Yalah, macam mulut pakcik dia, Amir. Amir kan kalau merajuk suka muncungkan mulut dia. Jadi, anak papa tengah merajuk ke ni? Hah? Haha." Kata Muzaimi lagi dengan sisa ketawanya.
"Kalau Amir masih hidup mesti dia sukakan?" Kata Sharifah Amira perlahan menjedakan suasana.
Muzaimi mengembuskan nafasnya lantas dia tersenyum kecil.
"Sayang, biarkan Amir tenang di sana okay?" Kata Muzaimi perlahan.
"Saya bukan apa, cuma teringat dekat Amir itu je." Balas Sharifah Amira.
Suasana sepi sejenak. Mereka berdua terdiam melihat bayi lelaki mereka berdua itu.
"Sekarang nak pilih nama pulak. Kita tak bincang pun kan nak letak nama apakan?" Kata Sharifah Amira memecahkan suasana sepi.
"Awak rasa kita nak letak nama apa?" Kata Muzaimi sambil tersenyum ke arah isterinya.
Isterinya juga tersenyum ada makna. Seakan-akan memberikan satu pertanda kepada suaminya.
"Saya tahu, sayang nak letak nama apa. Betul tak?" Kata Muzaimi sambil tersenyum.
Sharifah Amira hanya mengangguk dan tersenyum rapi.
"Kita namakan nama anak sulung lelaki kita ini..."
"Amiriz." Mereka berdua menyebut nama itu serentak lantas mereka saling berpandangan.
"Haha, dah agak." Kata Muzaimi memandang ke arah isterinya.
"Saya pun tahu awak nak namakan nama anak kita sama macam saya jugak." Kata Sharifah Amira.
"Amiriz Ahmad bin Muzaimi." Ucap Muzaimi.
"Hmm, sedap nama tu." Kata Sharifah Amira sambil tersenyum.
Mereka berdua namakan nama itu sempena mengingati Amir yang sudah dua tahun pergi dari hidup mereka semua. Sehingga ke hari ini bayangan ceria Amir bermain di minda semua kenalannya. Semua orang merindui insan ceria yang bernama Amiriz Ahmad itu. Wajah Amir tetap tersemat di jiwa mereka. In Shaa Allah.
"Sayang, esok raya. Kita raya dekat sini ke?" Usik Muzaimi.
"Taknak. Saya nak balik rumah beraya dengan family." Kata Sharifa Amira sambil ketawa.
"Yalah, kalau misi tak bagi balik saya culik awak dengan anak kita."
"Eleh, sejak jadi papa ni lagi suka mengada kan? Haha."
"Haha, saya sayang awak dengan anak kita ni lebih dari nyawa saya sendiri." Kata Muzaimi sambil tersenyum. Matanya dikenyitkan sebelah sengaja nak hiburkan hati isterinya.
"Terima kasih awak. Terima kasih."
"Sama-sama." Muzaimi sambung bermain dengan anaknya kembali.
•••
5 tahun kemudian...
"Papa. Ini kubur siapa?" Tanya seorang budak berusia 5 tahun dengan petahnya.
Pejam celik, pejam celik sudah 7 tahun Amir pergi meninggalkan mereka semua di dunia ini.
"Ini kubur Uncle Amir, nama dia Amir jugak tau. Sama macam nama Amir anak papa ni." Kata Muzaimi dengan ceria sambil memeluk tubuh anaknya itu. Buku Yaasin diletakkan di tepinya.
"Ha? Nama uncle ni pun Amir? Sama macam nama Amir? Ish, Amir peninglah." Amir kecil itu memuncungkan bibirnya.
"Tengok tu tengok. Suka muncungkan bibir dia tu tau. Samalah macam uncle dia ni." Kata Sharifah Amira sambil mencuit pipi anaknya.
Muzaimi di sebelah hanya ketawa kecil. Terasa sayu di tapak perkuburan ini walaupun hari ini hari raya dan ramai melawat kubur sanak saudara masing-masing.
'Amir ini anak saya. Alhamdulillah saya ikut pesan awak. Saya cuba untuk cari kebahagiaan saya sendiri. Alhamdulillah saya bahagia. Hati saya tak pernah berhenti berharap daripada dapat berjumpa awak lagi. Saya doakan awak tenang di sana. Maafkan saya Amir. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.' Kata Muzaimi dalam hati sambil tangannya menggosok batu nisan itu.
"Papa, Amir nak balik. Amir nak rayalah. Amir nak makan ketupat, rendang, lemang." Suara anak kecil itu sudah mula merenggek.
Muzaimi tersentak dari lamunan panjang. Dia mula tersenyum kembali ke arah anak kecilnya itu.
"Urm, yalah Amir. Amir nak pergi berayalah tu. Jomlah mama kita balik. Yiah!" Kata Muzaimi sambil mengangkat tubuh anaknya itu. Budak kecil bernama Amir itu ketawa suka apabila papanya mengangkat tubuhnya dengan tinggi.
Mereka bertiga melangkah pergi dari tanah perkuburan tersebut.
"Amir, jalan dengan mama lah. Kesian papa kena dukung Amir, Amir dah besar."
"Okay." Anak kecil itu turun dari atas bahu papanya kini mula jalan sambil memegang tangan mamanya pula.
Tiba-tiba Muzaimi menoleh ke belakang dalam beberapa saat. Mata Muzaimi tepat terarah memandang sesuatu susuk tubuh. Dia amat mengenali susuk tubuh itu.
"Am... Amir?"
Muzaimi terlihat Amir memakai jubah putih sambil sedang melambaikan tangannya ke arah Muzaimi di atas kuburnya. Wajah Amir itu tidak henti daripada tersenyum seperti selalu.
Muzaimi tergamam seketika. Dia memejamkan matanya lantas dibuka kembali. Bayangan Amir memakai jubah putih itu sudah hilang dari pandangannya.
"Awak, tengok apa tu?" Suara Sharifah Amira menyentakkan suaminya.
"T... tak ada apa." Muzaimi kembali berjalan ke arah anak dan isterinya.
Fikiran Muzaimi mula tenang setelah melihat Amir tersenyum tenang sebentar tadi walaupun dia tidak pasti itu cumlah bayangannya atau memang itu Amir.
'Alhamdulillah Ya Allah.' Muzaimi keluar dari tanah perkuburan itu dengan hati yang tenang. Perlahan-lahan kereta mereka meninggalkan tanah perkuburan itu. Muzaimi tersenyum dan terus tersenyum setelah hampir sepuluh tahun mengenali Amir. Maka, berlalulah kisah cintanya bersama Amir yang tersayang.
×TAMAT×
Kisah Cinta Kita ~
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...