14

1K 41 0
                                    

Amir duduk di penjuru dinding sambil memeluk lututnya. Tidak henti-henti air mata jernihnya jatuh berjurai-jurai ke pipi. Wajahnya yang putih seperti salji itu bertukar merah kemerahan kerana menangis terlalu lama.

"Apa salah Amir? Sampai papa bencikan Amir? Sampai papa tak mengaku Amir ni anak papa lagi? Kenapa, Ya Allah? Kenapa hidup Amir tersiksa sangat? Apa salah Amir selama ni? Amir sumpah tak ingat, jahat sangat ke Amir selama ni?" Amir bertanya sendiri. Apa salahnya sampai dia ditimpa dugaan sebesar ini.

"Ya Allah, Amir nak mati je senang. Amir tak nak hidup lagi dah." Tambah Amir lagi sambil termenung jauh dengan pandangan yang kabur.

Tiba-tiba sahaja pintu biliknya dibuka oleh seseorang secara mengejut. Amir mengabaikan sahaja tanpa ingin tahu siapa yang membuka pintu biliknya itu.

Nana Farhana masuk ke biliknya dengan senyuman sinis. Tangannya di silang paras dada. Dia tersenyum sinis sambil memandang ke arah Amir yang sedang duduk di lantai dalam keadaan yang sangat lemah. Dia berasa sangat puas hati bila dapat lihat orang yang dia bencikan sangat itu jadi seperti ini.

"Auntie Nana nak apa masuk bilik Amir?" Tanya Amir dengan suara yang serak, tekaknya benar-benar sakit
ketika ini.

"Kau dengarkan tadi apa yang PAPA kau cakapkan?" Kata Nana Farhana dengan nada megah dan riak seolah-olah dia sudah menang besar.

Amir terdiam, dia memalingkan wajah ke arah lain namun, Nana Farhana datang menghampiri Amir lalu serta merta mulutnya di rapatkan ke telinga Amir untuk membisikkan sesuatu.

"Papa kau sendiri dah benci kau! Dah tak suka dekat kau! Dah tak sayangkan kau! Dia dah tak mengaku kau ni anak dia. Haa, kau tunggu apa lagi?! Blahlah! Kalau aku jadi kau, aku dah blah dari rumah ni!" Kata Nana Farhana dengan penuh perasaan cuba untuk mengumpan dan menghasut anak tunggal suaminya ini untuk pergi dari rumah ini. Puas lihat keadaan Amir yang lemah tidak bermaya.

"Kau nak aku bungkus baju kau ke cacat? Aku tak kisah, aku boleh je sekarang pun boleh tolong bungkuskan kain baju kau. Janji kau berambus. Sekali mayat kau pun aku boleh bungkus kalau kau nak?" Hasut Nana Farhana sambil tersenyum puas melihat wajah Amir yang dalam keadaan trauma itu.

Amir merenung wajah ibu tirinya itu tanpa kata. Tertanya-tanya sendirian. Tidak faham kenapa dia sangat di benci. Tiada siapa yang sudi ceritakan tentang kisah silamnya selama ini.

"Kenapa auntie benci sangat dengan Amir? Apa salah Amir?!" Tanya Amir perlahan dengan tangisan sedu sedan.

"Haha!!" Nana ketawa sinis sambil mengusap hujung rambut karatnya. Terasa lucu dengan pertanyaan Amir itu.

"Mudah je jawapan dia. Aku... tak... suka... kau!" Balas Nana Farhama dengan jerkahan kuat di hujung ayat lalu dia menendang kepala Amir sekuat hatinya kerana terlalu geram dan ingin mengambarkan perasaan bencinya terhadap Amir.

Gedebuk!

"Arghhh!" Kepala Amir terhantuk kuat ke dinding dengan sangat kuat. Kepalanya rasa seperti berpusing-pusing. Dia rasakan seperti bumi berpusing dengan sangat laju.

"Aku nak kau berambus malam ni jugak, faham?! Esok pagi aku nak tengok kau dah tak ada dalam rumah aku ni." Kata Nana Farhana sambil menunjal-nunjal kepala Amir berkali-kali lantas dia mengatur langkah untuk pergi dari situ dengan hati yang penuh rasa puas.

Amir merebahkan tubuhnya ke lantai, tiada lagi air mata yang boleh dikeluarkan, benar-benar kering. Matanya kosong. Tiada rasa yang dapat digambarkan olehnya lagi.

Jiwanya rasa kosong seperti tiada tempat untuk dia bergantung harapan lagi. Kenapa dia diberi dugaan sebegini besar. Apa salahnya? Apa dosanya? Dia bertanya sendiri pada hati kecilnya.

Amir memejamkan kelopak matanya perlahan-lahan cuba untuk mencari ketenangan. Tiba-tiba dia terpandang almari baju yang berada tepat di hadapannya itu. Hanya ini sahaja cara yang ada untuknya teruskan hidup.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now