Jam 4 petang~
Jimmy berjalan di sekitar deretan kedai yang berada di dalam mall yang tidak jauh dari gym tempat kerjanya untuk mencarikan hadiah yang sesuai di bawa malam ini. Buntu dibuatnya. Nak beli apa? Dia sendiri tidak tahu nak beli apa. Salah beli, tak puas hati pula budak tu nanti. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia pun bukannya rapat dengan keluarganya sekarang, jarang bertemu. Bertemu pun jika ada majlis kenduri atau hari raya itu pun sehari sahaja dia boleh bertahan duduk bersama ahli keluarganya itu.
'Haish, apa yang aku nak beli ni? Aku pun tak tahu budak tu nak apa. Salah beli nanti tak puas hati pula dah." Kata Jimmy dalam hati.
Tiba-tiba sahaja wajah Amir terlintas di matanya. Jimmy tersenyum, lantas dia terus berlari memasuki sebuah kedai yang tidak jauh darinya.
TING!! - Bunyi loceng kedai itu berbunyi menandakan ada orang masuk dari luar. Rasa sejuk dari pendingin hawa menusuk masuk ke dalam kulit Jimmy segera.
Kedai yang berwarna ungu muda itu tidak asing lagi baginya. Kedai hadiah yang sama dia pernah belikan anak beruang putih untuk Amir suatu ketika dahulu.
"Hey Muzaimi. Lama tak nampak!" Tegur suatu suara dari belakang Jimmy secara tiba-tiba.
Jimmy mengalihkan tubuhnya untuk memandang ke arah suara itu.
"Eh Rara, kau kerja sini pula ke?" Balas Jimmy sambil bibirnya tersenyum senang memandang gadis kurus, pendek, bergigi jonggang dan berkulit gelap berusia 25 tahun itu.
"Ya, dah lama semenjak aku jadi janda muda ni kan. Aku kenalah cari duit sendiri balik. Adumak pusing woo.." Balas Rara dengan gaya tomboynya.
"Eh, kau dah bercerai?" Tanya Jimmy dengan nada terkejut. Dia langsung tidak tahu tentang hal ini. Dah lama rasanya dia tak jumpa dengan kawan-kawannya sebab semenjak tiga tahun ini, Jimmy lebih suka duduk bersendirian.
"Yalah, tahun lepas dah cerai. Member apa kau ni, pasal aku yang letop langit ke tujuh ni pun kau boleh tak tahu, hek'eleh." Terang Rara dengan nada bersahaja.
"Tapi kenapa? Bukan kau baru kahwin dua tahun lepas ke? Lajunya kau kena cerai?" Balas Jimmy dengan nada bergurau di hujung ayatnya.
"Brader mulut jaga sikit eh brader. Hek'eleh... Dah takde jodoh nak buat macam mana? Alah kau ni pun satulah." Balas Rara dengan nada nyaring itik seratinya. Sekali imbas tak tumpah macam muka Jihan Muse masa masuk Raja Lawak dahulu.
"Ish, tapi kenapa pula? Bukan orang tua tu sayang gila ke kat kau dulu?" Tanya Jimmy masih lagi tidak berpuas hati.
"Haih, bini tua dia suruh ceraikan aku nak buat macam mana lagi? Cerai jelah, aku pun tak kisah sangat jadi janda muda." Balas Rara dengan nada yang ceria langsung tidak nampak riak sedih di wajahnya.
Jimmy hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Bukan dia tidak kenal si Rara ini, memang sifatnya begitu, tidak suka besarkan masalah pribadi dan jenis ceria 24 jam. Kawan satu sekolahnya dahulu masih tetap orang yang sama.
"Eh, kau dengan Amir macam mana?" Tanya Rara. Rara antara orang terawal yang tahu tentang hubungan Jimmy dengan Amir.
Jimmy hanya mampu tersenyum kelat lantas dia menggelengkan kepala. Tiada jawapan yang dapat diberikan olehnya.
"Jangan bersedih brader... Aaaaaa... Aaaaa... Eh, terfeeling pulak. Sorry-sorry. Hehe." Kata Rara dengan nada bergurau.
"Aku rasa kau ni dah lama tak makan selipar suraukan? Nak try rasa ke Rara?" Kata Jimmy dengan nada bergurau juga.
"Hak'alah brader, rilek. Aku nak ceriakan kau je gila. Janganlah sensetif sangat kau ni pun." Balas Rara sambil memeluk tubuh.
"Eh Rara, aku nak beli teddy bear ni, so yang mana okay untuk budak umur sembilan tahun?" Tanya Jimmy untuk menukar suasana.
"Budak sembilan tahun? Aku masa sembilan tahun aku tak main benda-benda tu. Aku main mercun bola je baling dalam masjid. Hummm kejap aku cari kau tunggu je sini." Balas Rara seraya terus berlalu pergi dari kawasan situ.
"Haha, lahanat perangai kau dari kecikkan?" Ucap Jimmy dari jauh dengan sisa ketawa.
"Biasalah budak-budakkan. Kau tunggu kejap okay." Balas Rara di hujung penjuru kedai.
"Haah okay, yang murah-murah tau! Bawah harga lima puluh ringgit kalau boleh." Pesan Jimmy dari jauh.
"Okay bos. Kau tunggu kejap." Rara berlalu pergi untuk mencarikan anak patung beruang yang sesuai dengan kehendak Jimmy di bahagian lain pula.
Sementara menunggu, Jimmy melihat dahulu isi kedai ini dengan senyuman. Fikirannya teringat tentang Amir. Seketika, fikirannya berangankan sesuatu sambil melihat anak-anak patung yang tergantung di dinding kedai tersebut. Dia tersenyum sendiri.
'Kalau Amir masuk kedai ni mesti dia nak beli satu kan? Tak pun memori dia akan teringat balik kenangan aku dengan dia masa malam dia nakkan patung beruang putih tu.' Kata Jimmy sendirian dalam hati. Dia tahu itu hanyalah angan-angan kosongnya.
"Muzaimi, ni okay kot?" Rara datang dari belakang sambil memegang anak patung beruang berwarna merah jambu.
Jimmy tersentak seketika.
"Berapa ni?" Tanya Jimmy kembali setelah kembali ke alam nyata.
"Tiga puluh lima ringgit."
"Hm, bolehlah." Balas Jimmy malas basa-basi lagi.
"Okay.."
Jimmy mengikuti belakang Rara untuk membayar harga anak patung beruang tersebut. Malas nak fikir panjang, janji dia ada sesuatu untuk di bawa olehnya malam ini. Sekarang, semua selesai!
•••
Amir duduk termenung di luar rumah sambil memandang ke arah jalan raya besar di hadapan rumah opahnya. Rasa bosan semakin menebal. Cuaca pula sejuk sahaja kerana baru lepas hujan. Secawan milo suam di sebelahnya langsung tidak terusik.
"Cucu opah buat apa tu, bosan ke?" Sampuk satu suara dari jauh datang bersama tongkat.
Amir tersentak selepas terdengar suara itu yang semakin hampir ke arahnya. Matanya tepat memandang ke arah opahnya yang sudah berusia itu. Secebis senyuman dihadiahkan oleh Amir.
"Hm, taklah." Balas Amir bersahaja.
Opah terus duduk di sebelah Amir untuk menemani cucu kesayangannya. Opah tahu bahawa cucunya itu sedang bosan.
"Amir cakaplah dengan opah. Ada nak cerita apa-apa tak?" Pancing opah untuk berbual.
Amir menggelengkan kepalanya sahaja.
"Tak ada pun Opah. Amir cuma teringat dekat kawan Amir je." Amir termenung jauh sebaik sahaja wajah Jimmy singgah di mindanya. Dia rasa sangat dilindungi jika bersama Jimmy dan rasa seperti sudah kenal lama selama ini. Namun, dia tidak pasti sama ada itu betul atau tidak.
"Siapa kawan Amir tu? Cuba cerita dekat opah sikit?" Tanya opah lagi ingin tahu dengan lebih mendalam.
Pantas Amir menggelengkan kepala mahu berhsia tidak mahu memberitahu apa-apa kepada opah.
"Takde siapa pun opah." Seraut senyuman singgah di bibirnya.
"Hm, baiklah." Balas opah sambil tersenyum ke arah cucunya.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...