11

1.1K 47 1
                                    

Amir membuka mata dengan perlahan-lahan namun, pandangannya kabur. Dia hanya melihat cahaya putih tajam menusuk ke dalam matanya. Tiba-tiba sahaja matanya terasa sakit teramat sangat, bola mata berputar ke kiri dan ke kanan. Dia kebinggungan. Di manakah dia sekarang?

Perutnya masih lagi terasa kebas-kebas.

"Amir..."

Suara seseorang memanggil namanya.

Dia cuba mencari siapa yang menyebut namanya itu suara itu sudah tidak asing baginya dalam keadaan lemah dia gagahkan juga.

"Amir.. ni Abang Jimmy. Ingat lagi tak?" Lembut sahaja suara itu menyentuh ke gegendang telinganya.

Setelah dia dapat menangkap bayang-bayang Jimmy, dalam seminit dua terus pandangannya cerah seperti biasa. Sudah tidak kabur lagi seperti tadi.

Perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya bermaksud dia masih ingat siapa orang yang duduk di hadapannya ini.

"Abang, Amir kat mana ni? Amir takutlah." Kata Amir dengan nada suara perlahan seperti berbisik. Tenaganya masih lemah.

Jimmy dengan segera mengengam tangan Amir, lantas di usap perlahan-lahan. Amir membiarkan sahaja Jimmy mengusap tangannya.

"Amir dekat hospital, ingat tak abang yang bawa Amir?"

Tiada reaksi yang diberikan oleh Amir, keras sahaja seperti patung. Dia masih lagi kebinggungan. Dia seakan-akan terlupa apa yang telah berlaku pada malam kelmarin.

"Amir, mama pun ada ni sayang. Amir jangan takut okay?" Maria pula datang mengusap rambut anaknya dengan lembut, segera mata Amir memandang ke arah mamanya

"Mama.."

•••

Setelah beberapa jam keadaan Amir mula stabil, dia duduk bersila di atas katil sambil disuapkan bubur nasi oleh mamanya. Tangannya sentiasa memegang patung Ultraman yang baru dibeli oleh Jimmy sebentar tadi.

Jimmy tersenyum senang melihat keadaan Amir yang mula ceria kembali. Selera sungguh dia makan.

"Makan sayang, bagi cepat baik nanti boleh balik. Nak balik tak?" Pujuk Maria seperti memujuk budak umur tujuh tahun.

"Nak! Nak!" Kata Amir sambil mengangguk dengan mulutnya penuh dengan bubur nasi.

"Amir, lain kali Amir jangan keluar sorang-sorang macam semalam tahu?" Pesan Jimmy dengan lembut.

Amir hanya diam dan terus mengunyah bubur nasi tanpa ambil peduli. Fikirannya tidak fokus malah melayang ke tempat lain pula.

"Abang Jimmy dah letak nombor telefon abang dalam handphone Amir kalau nak ke mana-mana Amir telefon je abang okay? Nanti abang free, abang dah balik kerja, abang pergi ke rumah Amir okay?"

"Ya ke? Bestnya. Okaylah kalau macam tu!" Balas Amir sambil membuat simbol 'OK' di matanya. Comel!

"Okay, good."

"Nanti kalau hari weekend kita keluar jalan-jalan tapi Amir kena janji dengar kata mama, jangan nakal okay?" Pesan Jimmy lagi.

"Okay, Abang Jimmy.. Janji!" Amir setuju dan membuat pinky promise.

"A'ah Janji." Pinky promise itu dibalas oleh Jimmy sambil ketawa kecil.

"Amir curi-curi keluar pun sebab.. Amir bosan. Takde kawan.." Wajahnya bertukar suram.

"Takpe, abang kan ada. Abang kan kawan Amir?"

"Humm.. yalah.." Balas Amir memuncungkan bibirnya.

"Aik tak suka ke?" Jimmy mengerutkan dahinya.

"Suka.. tapi abang janganlah balik.. duduklah dengan Amir sampai bila-bila. Duduk je dekat rumah Amir. Bolehkan mama?"

Jimmy dan Maria saling berpandangan. Lidah Jimmy sudah kelu.

"Err... tak bolehlah Amir. Abang Jimmy pun ada rumah sendiri." Balas Maria tergagap-gagap.

"Alaa.." Amir sambung bersuram lagi.

"Haha." Jimmy hanya mampu ketawa melihat telatah Amir tadi.

"Nanti kita balik rumah kita dulu ya sayang. Kesian Abang Jimmy, dia tak rehat lagi dari semalam tu." Tambah Maria lagi.

"Ya ke?" Amir terbeliakkan kelopak matanya. Tak sangka Jimmy menjaganya dari malam semalam sampailah ke petang.

Jimmy hanya ketawa kecil.

"Sorry abang. Amir susahkan abang je." Wajah Amir bertukar sedih lagi.

"Takdelah. Abang okay je. Abangkan kuat." Balas Jimmy sambil menunjukkan otot-ototnya.

"Haha.. abang ni kuat perasanlah!" Balas Amir sambil ketawa comel.

Jimmy dan Maria layankan sahaja telatah Amir yang macam budak kecil itu tanpa rasa jemu. Mereka berdua bersyukur Amir selamat.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now