25

811 32 0
                                    

Amir duduk bersila di atas katil sambil membaca komik milik Jimmy dengan kusyuknya. Suasana sepi sahaja pada jam sembilan malam itu. Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa sahaja yang berbunyi mengeluarkan angin sejuk.

Jimmy yang berada di sebelah katil sedang menunaikan solat Isyak kini berada sudah pada rakaat terakhir. Khusyuk sahaja dia solat sambil mengingat Tuhan yang Maha Esa.

Amir menutup komik itu lalu dia berbaring di atas tilam dan menongkatkan dagunya sambil memandang ke arah Jimmy yang sedang berada di tahyat terakhir itu.

Selepas beberapa saat jimmy pun memberikan salam. Dia menutup solatnya dengan membaca doa. Sebaik sahaja Amir melihat Jimmy menadah tangan memohon doa, Amir pun lakukan perkara yang sama. Dia menadah tangannya memohon doa juga sama seperti Jimmy. Selepas beberapa minit, Jimmy selesai membaca doa. Kedua belah tapak tangannya ditekapkan ke mukanya.

"Amin..."

"Amin..." Amir pun mengikut mengaminkan doa.

Jimmy tersenyum melihat telatah Amir.

"Amir nak belajar solat ke?" Tanya Jimmy seraya melipatkan sejadahnya lalu diletakkan di atas kerusi, kopiahnya pula di letakkan di atas sejadah yang sudah dilipat rapi itu.

"Amir pandai je solat.. Cuma, Amir malu sebab Amir dah lama tak solat. Allah nak terima lagi ke solat Amir ni?" Soal Amir dengan lurus.

Jimmy tersenyum nipis, lalu duduk di sebelah Amir sambil mengusap rambut Amir perlahan-lahan.

"Amir, abang pun dah lama tinggalkan solat sebenarnya. Baru tahun ni abang belajar solat balik bagi cukup lima waktu. Bila free, abang cuba solat sunat pula. Allah tak pernah tak terima taubat hamba-Nya Amir. Abang pun tak tahu amalan abang di terima oleh Allah ke tidak tapi sekurangnya abang cuba untuk berubah. Abang cuba jadi orang yang lebih baik sebab Allah sayang orang baik. Faham tak apa yang abang cakap panjang lebar ni?" Kata Jimmy dengan bibir yang penuh senyuman.

"Ya ke? Kalau macam tu, nanti kita pergi solat berjemaah dekat masjid boleh tak abang? Amir tak pernah pergi masjid, teringin nak masuk masjid." Kata Amir dengan matanya bersinar-sinar.

"Boleh, kenapa tak boleh pula." Balas Jimmy dengan dengan mata dibesarkan dan bibirnya terus rersenyum tanpa henti.

"Amir lapar tak? Abang laparlah. Jom makan." Ujar Jimmy cuba untuk mengubah topik.

"Abang ni asyik makan je tak takut gemuk ke?" Balas Amir dengan dahi berkerut.

"Habis? Amir tak lapar ke?" Kini Jimmy pula berkerut dahi.

"Kalau abang ada isterikan best, tak payah makan luar hari-hari, makan kat rumah je. Lagi sedap." Ujar Amir sambil memeluk tubuh sasa Jimmy.

Jimmy hanya mampu terdiam sambil membalas kembali pelukkan Amir itu. Lidahnya kelu. Tidak tahu mahu membalas apa.

"Kak Mirakan ada.. Lagipun dia cantik sangat. Abang kahwinlah dengan dia please.." Rayu Amir dengan nada suara yang manja.

"Haha, Amir ni tak eloklah nak jodoh-jodohkan orang macam tu.." Jimmy cuba untuk mencari alasan.

"Alahh.. Orang cakap je. Kak Mira tu dahla cantik, baik pulak tu." Amir masih tidak mahu berhenti.

Jimmy terdiam lagi sekali. Tiada kata-kata mampu diungkapkan olehnya sekarang ini. Sedikit hatinya tersentak dengan apa yang dikatakan oleh Amir tadi. Andai dia tahu dahulu ada kisah silam antara mereka bertiga pernah berlaku tiga tahun yang lalu.

PIN! PIN! - Bunyi hon kerana mengejutkan mereka berdua dari dalam rumah.

"Siapa yang datang tu abang?" Tanya Amir kehairanan.

"Entah. Tiba-tiba je malam macam ni ada orang datang. Tak pernah pulak orang datang rumah abang malam-malam macam ni." Balas Jimmy seraya mula berdiri dari birai katil.

"Orang minyak kot?" Ujar Amir sambil memeluk bantal panjang dengan erat.

"Ish, kat kampung adalah orang minyak tu, sini mana ada. Jom tengok siapa datang." Balas Jimmy seraya mula menggorak langkah untuk membuka pintu.

"Tunggu, Amir!" Jerit Amir sambil berlari di belakang Jimmy.

Mereka berdua bergegas menuruni anak tangga lalu membuka pintu rumah dengan segera. Wajah Maria, mama kepada Amir jelas kelihatan dalam samar-samar cahaya lampu jalan menyuluh mukanya dari atas. Maria tersenyum sebaik sahaja melihat wajah anaknya itu.

"Amir, mama datang ni. Jom sayang, kita balik." Lembut sahaja suara Maria mengejutkan mereka berdua.

"Hah.. Mama?!" Ucap Amir dengan riak wajah terkejut.

Jimmy memandang wajah Maria sekilas, lantas dia mengerling ke arah Amir sesaat. Dia tersenyum tawar dan hatinya sudah bertukar sebak.

'Maaf Amir. Saya terpaksa melepaskan awak pergi.'

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now