34

747 30 1
                                    

"Ada apa awak nak jumpa dengan saya?" Tanya Mira setelah lama dia duduk di kafe milik kakaknya itu bersama lelaki yang sudah tidak asing lagi baginya. Seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya kelak.

Jimmy memandang tepat ke arah perempuan yang bertudung ungu muda itu dengan sedikit senyuman tawar di bibir. Wajah gadis itu persis seperti penyanyi dan pelakon bernama Waheeda Wassini.

"Esok dah cukup seminggu. Jadi..." Jimmy sudah hilang kata-katanya.

"Ya, esok dah cukup seminggu jadi?" Tanya Mira kembali sambil mengerutkan keningnya.

"Esok dah cukup seminggu jadi saya kena bagi kata putus dekat Abi awak." Ucap Jimmy selancar yang boleh.

Mira terdiam. Dia hanya menelan liur. Tiada kata-kata yang dapat keluar dari mulutnya. Matanya tertunduk sahaja ke bawah.

"Mira. Saya setuju! Awak setuju tak jadi isteri saya?" Tanya Jimmy dengan tenang dan lembut.

Mira terkedu. Sesungguhnya Mira tidak tahu perkara yang sebenar apa yang telah berlaku di antara Jimmy dan Wahab.

"Mira?" Jimmy bersuara lagi setelah melihat Mira terdiam terlalu lama.

Mira mengigit bawah bibirnya lantas, dia mengangguk setuju. Ada sedikit senyuman di bibirnya.

"Ya, saya setuju Muzaimi."

Kini, giliran Jimmy pula yang terkedu.

"Aik, Senangnya. Serius ni? Tak menyesal dapat suami macam saya?" Tanya Jimmy lagi dengan dahi berkerut.

Mira tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.

"Tak. Sebab saya memang dah lama suka dekat awak." Balas Mira dengan tenang.

Mata Jimmy membutang. Terkejut dengan kata-kata Mira sebentar tadi. Biar betul? Mira dah lama suka dekat dia yang bengkok ini?

"Maaflah, kalau awak dengar saya ni bunyi macam perempuan gatal tapi saya suka cara awak jaga Amir. Awak baik sangat. Saya boleh lihat keikhlasan di wajah awak tu masa jaga dia. Lelaki macam awak susah nak cari sekarang ni. Awak lelaki yang sangat bertanggungjawab."

"Peliklah awak ni." Kata Jimmy sambil ketawa kecil kemudian dia menyedut air minumannya yang mula tawar itu sekadar membasah tekak yang kering. Otaknya masih lagi tidak dapat proses dengan kata-kata Mira tadi.

"Ya, saya serius. Saya sudi jadi isteri awak." Mira mengiyakan lagi kata-katanya.

"Tapi saya ni tak normal macam lelaki lain... Err, baiklah saya ni bisexual." Kata Jimmy separuh berbisik takut-takut ada orang lain pula yang dengar.

"Takpe, tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Kita sama-sama baiki kelemahan diri kita nanti okay?"

"Okay." Balas Jimmy seringkas mungkin.

"Nanti kita jaga Amir sama-sama ya. Saya dah anggap Amir tu macam adik saya dah." Kata Mira dengan senang hati.

Jimmy tersentak. Tidak tahu apa yang ingin dibalas olehnya. Dia hanya mampu terdiam. Dia harus menjauhkan diri dari Amir untuk selamanya supaya Amir selamat. Dia tidak mahu Wahab apa-apakan Amir lagi.

Tapi tidakkah ini umpama dia curang dengan Amir? Yalah, walaupun Amir tidak seperti dahulu lagi tetapi dia masih lagi cintakan Amir. Amira pula, tidakkah dia rasa seperti merampas hak milik Amir? Tetapi niatnya ikhlas mencintai Muzaimi langsung tidak terniat dalam hatinya untuk merampas hak sesiapa.

Tiba-tiba Mira tertancap di luar tingkap kafe. Wajahnya bertukar aneh seolah-olah anak matanya mengikuti gerak-geri seseorang.

"Eh, Muzaimi. Itu bukan Amir ke?" Ujar Mira perlahan.

"Hah?! Mana?" Balas Jimmy terkejut. Sepantas mungkin dia menoleh ke luar tingkap kafe.

"Eh, betullah itu Amir." Terus Mira keluar dari kafe itu dengan senyuman lebar untuk menyapa Amir.

"Eh Mira! Tunggu." Kata Jimmy sambil mengikuti Mira dari belakang.

"Amir!" Kata Mira dari jauh.

Segera Amir menoleh memandang ke arah suara yang memanggil namanya tadi. Wajah Amir sedikit terkejut setelah melihat wajah orang menyapanya tadi.

"Kak Mira!" Sambut Amir dengan senyuman manis.

Terus Amir memeluk tubuh Mira seolah-olah Mira itu kakak kandungnya walaupun mereka itu bukan mahram.

"Amir, macam mana boleh ada dekat sini? Bukan Amir ada dekat Taiping ke, dengan beg galas besar bagai ni?" Tanya Mira dengan dahi yang berkerut tapi hatinya senang dapat berjumpa Amir lagi.

"Err.." Amir sudah hilang kata-kata sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Tiba-tiba sahaja Jimmy muncul dari belakang Mira dengan wajah kosong. Tiada reaksi gembira yang terlukis di wajahnya. Dia merenung wajah Amir dengan tajam.

"Abang Jimmy!" Sapa Amir dengan senang lantas dia terus memeluk tubuh Jimmy dengan erat sekali tetapi pelukkannya itu langsung tidak dibalas oleh Jimmy kembali.

"Kenapa lepas hari tu, abang dah tak call Amir dah? Amir rindu abang." Ucap Amir lagi dengan pelukkan yang belum dilepaskan.

Jimmy hanya terdiam tanpa ada kata-kata yang keluar dari mulutnya. Dia hanya merenung tajam ke muka Amir yang polos seperti anak kecil itu.

"Amir, mesti Amir laparkan? Jom kita pergi makan dekat kafe kakak?" Pelawa Mira kepada Amir dengan mesra.

"Hah? Betul ke Kak Mira?" Kata Amir sambil tersenyum senang.

"Ya betul. Takkan nak tipu pulak. Amir order je apa yang Amir nak makan. Free." Mira mengiyakan lagi kata-katanya. Hatinya sangat senang ketika ini apabila dapat bertemu dengan Amir lagi.

"Yeah!" Sorak Amir sambil mengikuti langkah Mira dari belakang.

Mereka duduk di tempat tadi setelah masuk kembali ke dalam kafe. Amir pula bukan main riang bila dapat makan, dia memang tengah lapar pun sekarang ni. Sudah dua hari dia tak makan nasi hanya makan roti kosong. Keadaan Amir ketika ini kelihatan agak daif tidak sekemas dahulu lagi.

"Amir nak makan apa? Amir tulis je kat kertas ni. Kakak nak pergi toilet kejap okay." Kata Mira kepada Amir.

Amir mengangguk sambil tangannya sudah memegang pensil untuk menulis makanan apa yang dia nak pesan.

Mira pula sudah hilang dari pandangan menuju ke bilik air buat seketika.

"Urm, nak makan apa eh?" Kata Amir seperti budak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Jimmy hanya menjeling tajam ke arah Amir. Amir tersedar yang Jimmy dari tadi hanya terdiam lantas, dia cuba untuk senyum ke arah Jimmy. Senyumannya itu tidak dibalas.

"Amir. Ikut abang kejap." Kata Jimmy dengan nada dingin.

"Hah?" Balas Amir dengan terpingga-pingga.

"Ikutlah kejap!" Kata Jimmy dengan nada suara mula meninggi seakan-akan menahan rasa marah. Tangan Amir direntap kasar sampai pensil di tangan Amir itu jatuh ke bawah meja.

"Ahh, sakitlah." Balas Amir perlahan dengan nada suara meminta simpati.

Jimmy terus merentap tangan Amir sekuat hati tanpa ada perasaan kasihan terhadap Amir, lantas mereka berdua berdiri di luar kafe jauh dari orang ramai.

Tangan Amir dilepaskan secara kasar. Pipi Amir pula di tampar perlahan oleh Jimmy yang mula tidak dapat mengawal emosinya. Segalanya seakan-akan dejavu, semuanya seakan-akan terulang kembali persis kenangan tiga tahun lepas. Jimmy menyakiti Amir tanpa sedikit pun rasa belas kasihan.

"Apa yang Amir buat ni?" Tanya Jimmy dengan nada dingin. Rasa marahnya cuba ditahan semampu boleh walaupun dia sudah tidak boleh bersabar dengan perangai Amir ini lagi.

Amir mula takut dengan kelakuan Jimmy yang semacam itu. Nafasnya mula tidak keruan seakan-akan mahu menangis. Matanya juga mula berkaca-kaca. Pipinya yang kebas tadi dipegang olehnya perlahan.

"Jawab!" Jerkah Jimmy lagi setelah melihat Amir terdiam lama seperti anak anjing.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now