5

1.5K 48 0
                                    

GRUMMMM!!!!

Bunyi guruh yang sangat kuat berdentum-dentam serta-merta kilat terpancar ke langit dengan banyak sekali.

"Mama!!" Jerit Amir sekuat hati.

Amir terkejut dalam beberapa saat terus dia berlari untuk mendapatkan tubuh Jimmy. Lengan Jimmy yang berotot itu dipeluk erat oleh Amir tanpa lepas. Dia yang berada dalam ketakutan, terus menutup wajahnya di bawah lengan Jimmy. Tubuhnya mengigil ketakutan matanya dipejamkan serapat mungkin sambil tubuhnya terketar-ketar menahan rasa takut.

Jimmy dengan spontan memeluk Amir cuba untuk menenangkan Amir yang dalam ketakutan itu. Rambut Amir diusapnya perlahan-lahan.

"Shh.. Amir, abang ada jangan takut sayang." Pujuknya dengan separuh berbisik, lembut serta menenangkan sahaja suaranya menyapa gegendang telinga Amir. Dia agak terkejut apabila Amir tiba-tiba datang menerpa ke arahnya, dahulu tak macam ini.

Amir masih lagi mengigil ketakutan, matanya di pejamkan serapat-rapatnya. Dahulu dia tidak takut dengan kilat, selepas kemalangan dan ingatannya hilang terus dia jadi takut dengan bunyi kuat.

"Amir, jangan takut. Kilat je kalau amir takut, Amir peluk abang okay tak pun kita pindah tempat lain nak?" Pujuk Jimmy.

Amir hanya mengangguk namun matanya masih terpejam, lalu Jimmy cuba bangkit dari tempat itu cuma Amir sahaja tidak mahu berganjak. Dia masih lagi dalam ketakutan dan matanya masih dipejam rapat.

"Amir, bangunlah kita ubah tempat kalau tak bangun macam mana kita nak bergerak?" Kata Jimmy sambil mengusap tubuh Amir.

"Amir takut.." Balas Amir perlahan.

Jimmy mengembus nafas panjang lantas dia mencempung tubuh Amir dengan mudah sekali. Semua mata di dalam cafe itu memandang ke arah mereka berdua. Jimmy hiraukan sahaja mata-mata yang memerhatikan mereka berdua. Langsung tidak malu.

'Ya Allah, rindunya aku dekat dia.' Kata Jimmy dalam hati semasa dia mengendong tubuh Amir itu, lantas mereka berdua duduk di tempat yang agak tersorok.

"Okay tak Amir tempat ni? bukalah mata tu, tengok kejap, dah tak ada kilat dah." Kata Jimmy dengan seraut senyuman manis.

Perlahan-lahan Amir membuka matanya, ketika itu dia masih lagi dalam pelukkan Jimmy.

"Hah macam mana? Okay dah kan? Takde kilat dah. Yeahh.." Pujuk Jimmy sambil berbisik manja di telinga Jimmy seperti memujuk anak kecil.

Amir hanya mampu menganggukkan kepalanya. Masih dalam keadaan trauma namun lebih baik dari sebelumnya. Dia tertunduk sahaja ke bawah sambil mendiamkan diri.

'Mungkin, lepas dia makan ais krim dia okay kot?' Soal Jimmy sendirian dalam hati. Agak risau melihat keadaan Amir yang tidak tentu arah ini. Dia menyesal, apa yang dia dah lakukan selama ini sehinggakan Amir rosak sebegini rupa.

•••

Selesai makan, mereka masuk kembali ke dalam perut kereta. Hari makin gelap. Hujan juga sudah berhenti sepenuhnya. Malam ini cuaca sangat sejuk tambahan lagi apabila sesudah hujan.

Amir melihat jam di tangannya. Seluar Jimmy ditariknya seperti anak kecil anak kecil cuba untuk memberitahu sesuatu.

"Kenapa?" Tanya Jimmy.

"Dah lewat malam ni. Cepat laa... cepat laa hantar balik. Nanti mama marah Amir." Katanya sambil kakinya di hentak-hentak seperti budak kecil.

"Haha, iyalah. Nak hantar baliklah ni." Jimmy ketawa kecil sambil memandang cermin di hadapannya. Dia mengundurkan sedikit keretanya ke belakang lalu, pantas kereta meninggalkan tempat itu.

Suasana sepi sahaja ketika itu, hanya kendegaran bunyi radio sahaja. Jam pula tepat pukul 9 malam.

Amir tersenyum riang sambil menyanyi kecil mengikut rentak lagu Pematah Hati nanyian Nabila Razali. 

"Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Walau benar berbeza
Langit dan udara!!!"

Jimmy memandang ke arah Amir sambil ketawa kecil lantas dia turut bernyanyi juga di rangkap seterusnya tanpa dipelawa. 

"Jujurnya aku suka
Masih pada dirinya
Pasti kau tak tahu
Aku tahu...."

Amir memandang ke arah Jimmy lantas di rangkap ini mereka berdua sebut bersama sambil memandang antara satu sama.

"Tentang perangaimu!!!"

"Hahaha!" mereka berdua ketawa bersama kelihatan mereka makin mesra berdua ini.

"Abang, thanks belanja Amir makan harini." Kata Amir diselitkan ketawa yang masih tersisa.

"Takda apalah. Anggap je rezeki Amir harini. Lagipun tadi abang jatuhkan ais krim Amir dekat mall kan, abang ganti balik." Balas Jimmy bersahaja. Lagu tadi persis seperti kisah mereka berdua bagi Jimmy. Jimmy tersenyum sendiri.

"Nama abang apa eh? Amir lupa nak tanya.." Tanya Amir sambil mengigit kukunya. Matanya terarah ke arah sisi jalan.

"Jimmy." Balas lelaki itu dengan ringkas.

"Jimmy? muka melayu, kenapa nama Jimmy?"

Jimmy ketawa kecil lagi.

"Haha, tu nama panggilan abang, nama betul abang Muzaimi."

"Ouhh.. patut tukar Jimmy, nama original tak sedap. Hahaha.." Balas Amir dengan ketawa manjanya.

"Amboi, tak sedap eh?"

Jimmy cuit pinggang Amir di sebelah.

Amir menjerit kegelian.

"Abang stop lah, geli.. haha.." Kata Amir cuba menahan rasa geli. Dia cuba menepis tangan Jimmy yang sedang mencuit pinggangnya itu berkali-kali.

Mereka berdua ketawa, sudah lama Jimmy tak merasakan saat bahagia seperti ini. Rindu, sangat rindu.

Nama Jimmy itu diberi oleh Amir sebenarnya, Amir lupa nama itu dia yang berikan pasa suatu masa dulu. Bilakah mereka dapat bahagia seperti dulu lagi? Ayat ini selalu sahaja bermain dalam minda Jimmy.

•••

"Ini rumah Amir kan?" jimmy memberhentikan keretanya perlahan-lahan di tepi pagar batu.

"Haah, tapi macam mana abang tahu." Amir meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Hairan.

"Erm, kan Amir yang bagitahu tadi." Balas Jimmy dengan nada gugup.

"Ya ke? Amir rasa..." Amir cuba berfikir senjenak, rasa dia tak cakap pun dekat mana sebab terlalu leka bergurau senda di dalam perut kereta.

"Dahla, Amir dah selamat sampai pun kan?" Jimmy cuba menukar topik.

"Iyalah.. Thank you abang."

"Welcome." Balas Jimmy dengan senyuman.

Amir membuka pintu kereta.. Baru sahaja setapak kakinya menjejak tanah.. Tiba-tiba langkahnya terjeda seketika dan dia memusingkan balik tubuhnya lalu, dengan pantas dia memeluk tubuh Jimmy yang masih berada disebelahnya. Tiada kata yang keluar dari mulut Amir hanyalah pelukkan yang sangat erat.

Jimmy tergamam. Matanya sayu, fikirannya keliru. Nafasnya seakan-akan ingin berhenti dan jantungnya juga seperti ingin berenti daripada berdegup. Pelukkan dilepas oleh Amir. Amir tersenyum riang menampakkan baris giginya yang putih itu.

"Thanks Abang Muzaimi!" Kata Amir dengan nada ceria. Terus Amir keluar dari kereta, dan mula melangkah masuk ke rumah banglo tiga tingkat itu dengan riang sekali.

Perasaan Jimmy bercampur baur. Kenapa perasaan aneh ini datang? tidak tahu apa yang dirasakan olehnya, sedih? gembira? rindu? sayu? Dia bertanya sendiri pada dirinya walaupun dia sudah tahu dia sendiri pun tiada jawapan itu. Pasti semua orang pernah merasakan perasaan seperti ini kan? perasaan yang bercampur-baur yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apakan lagi dengan reaksi tubuh.

"Ya Allah... Mengucap Muzaimi."

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now