24

869 31 0
                                    

Jimmy dan gadis bertudung biru muda itu duduk sebelah-menyebelah seraya mata mereka melihat Amir seronok bermain seorang diri di taman permainan.

Suka benar Amir apabila boleh bergerak bebas seperti burung. Selama ini, dia hanya merasakan dirinya seperti burung di dalam sangkar, terkurung selamanya.

Jimmy dari tadi hanya mendiamkan diri sambil tunduk memandang ke bawah. Tidak mampu kudratnya mengangkat walaupun sedikit kepala untuk memandang wajah gadis nertudung labuh itu. Dia hanya bermain-main dengan sepuluh jarinya sahaja.

Gadis itu mengerling ke arah Jimmy dengan senyuman nipis. Dia menarik nafas panjang lantas, mengembuskannya keluar. Matanya kembali tertumpu ke arah Amir yang tidak jauh dari mereka berdua, lalu gadis itu bersuara memecahkan rasa canggung di antara mereka berdua.

"Amir langsung tak ingat apa-apa pasal saya kan?" Lembut sahaja suara Mira menyentuh telinga Jimmy dengan tenang. Perlahan-lahan dia memandang gadis bertudung biru muda itu dengan wajah sayu. Tidak kuat hatinya ingin memandang wajah gadis disebelahnya ini namun digagahkan juga.

Suasana sepi sejenak di antara mereka berdua. Mata mereka saling bertentangan antara satu sama lain. Mira hanya mampu tersenyum dengan ikhlas.

"Mira awak marahkan saya lagi ke pasal kita tak jadi bertunang dulu tu?" Soalan maut itu tiba-tiba sahaja terpacul keluar dari mulut Jimmy. Soalan yang disimpan olehnya seorang diri selama bertahun-tahun, akhirnya dilepaskan juga.

Mira hanya tersenyum. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Amir kembali. Senyuman manisnya itu langsung tidak lekang dari bibir.

"Awak marahkan saya lagi ke masa hari tu saya larikan diri? Mira tolong jawab. Saya rasa tak tenang walaupun dah bertahun berlalu." Ucap Jimmy dengan jantung mula berdetak-detik dengan kencang.

"Marah? Taklah, saya tak pernah marahkan awak pun sebab semua tu saya rasa takdir dan pengalaman hidup untuk kita berdua. Benda dah jadi kan? Jadi apa yang saya nak marahkan lagi? Kalau saya marah, apa yang saya dapat? Dapat sakit hati je tau. Saya bukan jenis suka marah atau salahkan orang, saya lebih suka memaafkan. Lagipun saya faham, awak masih sayangkan Amir tu kan? Saya harap jawapan saya ni dah dapat buat awak rasa tenang sekarang. Yang mana lepas tu, biarlah. Biarkan lepas. Jangan diingatkan lagi." Balas Mira dengan jawapan yang panjang lebar namun bibirnya masih melekat senyuman.

"Mira, saya minta maaf. Saya ni bodoh sangat, semua ini salah saya tapi orang lain yang kena. Sebab saya jugalah Amir jadi macam ni." Ucap Jimmy dengan wajah kembali sayu.

"Saya tahu awak masih sayangkan Amir. Saya pun dah anggap Amir tu macam adik saya walaupun pernah jumpa sekali dan dia tak suka saya sebab dia anggap saya rampas awak dari dia, bukan niat saya nak rampas awak. Saya pun tak tahu yang awak ada sesuatu dengan dia." Balas Mira dengan panjang lagi.

"Mesti awak jijik dengan saya kan?" Perlahan suara Jimmy menyentuh gegendang telinga Mira.

"Maksud awak? Saya tak faham." Mira mengerutkan dahinya sungguh dia tak faham. Matanya fokus tepat memanah muka Muzaimi atau dikenali sebagai Jimmy.

"Iyalah, mana ada perempuan nak buat suami lelaki macam saya ni. Lelaki yang suka sama sejenis macam saya ni. Yalah, perempuankan nakkan suami yang sempurna. Kalau ada berita atau cerita pasal LGBT comfirm-comfirm kena hinalah orang macam kami ni. Orang Malaysia ni macam belum terbuka minda lagi pasal benda ini. Seoalah-olah kaum kami yang buat dosa dekat muka bumi ni. Asal datang bala je salahkan pelacur, maknyah, gay, orang yang warnakan rambut hahaha and so on... Ish, macamlah yang menghina tu baik sangat. Sorry, saya tak marahkan awak. Ini cuma luahan hati saya je. Lagi-lagi orang yang kononnya pandai agama. Lagilah hina kami seolah-olah kami ni bukan setaraf mereka padahal semua manusia sama je di mata Allah yang membezakan itu Iman." Jimmy tersenyum sinis setelah meluahkan rasa hatinya terhadap masyarakat yang tidak diuji apabila datangnya perasaan seperti ini.

HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)Where stories live. Discover now