Hari mula pagi...
Cahaya nipis menembusi dari jendela yang berada di hadapannya. Jimmy menggerakkan badan seperti kucing yang baru bangun dari tidur.
Ahh.. nikmatnya rasa. Sudah lama dia tak rasa tidur seenak begini. Tubuhnya terasa segar ya amat! Dia memandang ke arah jam yang terlekat pada dinding.
"Dah pukul lapan pagi, terlepas subuh pula haish." Katanya sendiri. Segera tangannya mengapai Iphone X yang terlekat di atas meja sebelahnya itu lantas dia mendail nombor seseorang.
"Hello Lee, aku tak masuk kerja harini tau. Aku cuti harini... sorry.... haah, esok aku masuk macam biasa. Sorry bro... ok, bye." Jimmy menamatkan panggilan telefon tersebut.
Jimmy bekerja sebagai jurulatih gym profesional dan di sebelah malamnya pula, Jimmy membuat part-time sebagai guru tuisyen tapi bukan tetap cumalah guru ganti di pusat tuisyen milik kenalannya.
Keluarga Jimmy orang senang, mereka adalah antara pemilik hotel terkaya di Malaysia, separuh daripada hasil bisnes hotel itu dia akan dapat. Setiap adik-beradiknya akan dapat komisyen kerana itulah Jimmy boleh membeli rumah taman yang agak besar dan kereta mewah secara tunai.
Wajah Amir di sebelahnya dipandang sayu. Amir masih terkulai diulik mimpi. Wajahnya kelihatan polos dan suci.
"Amir, wake up." Kejut Jimmy dengan lembut.
Tiada reaksi yang diberikan oleh Amir. Masih enak dibuai tidur. Jimmy mencuit pula hidung Amir dengan manja.
"Eh, bangunlah. pagi dah ni."
"Ergmm... janganlah kacau Amir. Amir mengantuklah." Amir mendecitkan mulutnya seletah tidurnya diganggu oleh Jimmy. Wajahnya yang polos itu bertukar menjadi berkerut masam.
"Haih, dia ni. Hmm.." Jimmy terus bangkit dari tilamnya lantas segera mencapai kain tuala untuk mandi. Dia membiarkan Amir tidur lagi untuk beberapa minit.
•••
Selepas 15 minit berlalu, Jimmy sudah siap mandi.
Dia keluar dari bilik air dengan tubuh menggigil kesejukkan. Sebaik sahaja matanya tertancap ke arah katil, dia terus menggarukan kepalanya sambil memandang ke arah Amir yang masih sedap tidur.
"Adoii, pemalasnya dia ni. Adoi mak." Kata Jimmy sambil menggelengkan kepalanya.
"Alamak.. Amir.. Wake up!! Wake up!!"
"Hummm, tak nak. Nak tidur." Balas Amir sambil menarik selimut menutup tubuhnya.
"Hey, bangunlah. Pergi mandi, nanti kita boleh pergi sarapan kat luar. Abang nak bawak Amir pergi jalan-jalan ni. Tak nak ke?" Umpan Jimmy seperti mengumpan budak kecil.
Masih tiada reaksi yang diberikan oleh Amir.
"Haish, takda pilihan lain ni." Jimmy terus melompat atas katil dengan tubuhnya hanya dibaluti kain tuala warna biru muda.
"Hah! Hah! Cepat bangun!" Sergah Jimmy lalu, Jimmy menggeletek tubuh Amir semahu-mahunya.
Amir yang pantang digeletek terus ketawa besar.
"Hahaha! Abang dahlah. Dah dah. Geli." Balas Amir dengan suara serak baru bangun tidur.
"Hah, cepat pergi mandi!" Ucap Jimmy seraya berhenti dari mengeletek Amir.
"Tapi Amir penatlah." Amir memejamkan semula matanya.
"Takde, go now!" Arah Jimmy dengan tegas.
"Okaylah! Fine!" Amir pun bangun dengan bibir muncungnya.
Jimmy yang berada di sebelah ketawa melihat telatah Amir yang seperti budak kecil itu tapi Amir dari dulu lagi suka memuncungkan bibirnya.
"Haih, Amir, Amir." Ucap Jimmy seorang diri sambil melihat Amir melangkah masuk ke dalam bilik air.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomansaKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...