🎭 •BAB 4•

50.8K 3.7K 637
                                    

     TUNKU NIEL memandang kawasan rumah kecil itu. Nampak kemas. Dan sunyi.

"Betulke rumah ni?" Mark mengangguk kepala. Berkali-kali dia melihat alamat di telefon bimbitnya. Betullah ini rumahnya.

Tunku Niel mendengus. Berdebar-debar pun ya. Dia menjeling beberapa anak buahnya yang lain. Isyarat mata terus di berikan. Mereka mengangguk sebelum bergerak perlahan mengelilingi rumah kecil itu.

Tunku Niel mendekati pintu utama. Mark di belakang Tunku Niel melangkah sama. Berjaga-jaga. Pistol yang tersisip kemas di pinggangnya di pegang.

Tunku Niel terus menendang pintu itu. Kuat. Sehingga tertanggal tombol pintu. Kaki melangkah masuk ke dalam rumah itu. Serentak dengan itu, pintu belakang juga dirempuh anak buahnya.

Mark terus capai pistol di pinggangnya.

Tunku Niel terus mencekak pinggang melihat isi rumah itu. Kosong. Tiada tanda-tanda wujudnya manusia di dalam. Tunku Niel tarik nafas dalam-dalam. Ya Allah!

Mark terdiam. Pasti Tunku Niel rasa marah. Rasa kecewa.

"Go." anak-anak buahnya berpandangan sesama sendiri. Mereka membongkokkan tubuh sebelum mereka keluar dari rumah itu.

"Boss." langkah Jeff terhenti apabila terpandangkan sesuatu.

Tunku Niel angkat muka. Kaki terus di atur mendekati Jeff.

Automatik Tunku Niel melangkah masuk ke bilik itu apabila ada satu lilin masih bernyala.

Tunku Niel tergamam. Perlahan tangannya mencapai lilin di bekas kaca itu. Lilin aromaterapi. Bau wangi. Pembetulan, bau Lavender!

Semasa kecil, bonda selalu nyalakan lilin kecil yang mengeluarkan aroma yang sama. Bau lavender. Bau kegemaran bonda.

Dia yakin. Bonda pasti pernah ada di sini. Pasti!

"Dia pernah ada kat sini."

perlahan tetapi dapat didengari Mark.

"Who?"

"Bonda. Dia pernah ada kat sini."

Mark menarik nafas dalam-dalam. Matanya meliar di segenap ruang bilik. Tangannya laju membuka pintu-pintu almari di tepi katil itu. Kosong. Namun pergerakannya terhenti apabila terpandangkan objek yang terletak di bahagian bawah almari.

"Tunku."

Berkerut dahi Tunku Niel melihat objek di tangan Mark. Rantai besi. Agak besar.

"What is this shit doing here? Apa yang diorang buat dengan benda ni?" Mark campak rantai besi itu ke atas lantai. Gigi bawah di gigit apabila kuat bunyi besi berlaga dengan besi. Ngilu.

"Kau tau kan biasanya orang buat apa dengan benda tu?"

Mark diam. Buat ikat oranglah kan?

Tunku Niel geleng kepala apabila terfikir akan rantai besi itu dengan bondanya. Ya Allah. Janganlah mereka apa-apakan bonda ya Allah...

Edven.

Wajah Tunku Niel tegang. Dia tak suka dengan andaiannya sendiri. Tak guna. Dasar pengkhianat!

"Kita balik sekarang."








"MISS? Come follow me." seorang wanita yang berbaju kot perempuan dan skirt paras lutut mendekat. Menunjukkan arah.

Qhaiyra Aralyn senyum sahaja sebelum mengikut langkah wanita itu. Qhaiyra Aralyn buat muka sesaat apabila terpandangkan Dr. Jacob Frank. Pensyarah di universitinya yang berasal dari Amerika Syarikat. Sibuk sangat nak ajak dia makan. Dahlah gagalkan aku. Pastu ugut-ugut. Hishh! Sumpah dia rasa menyampah. Nasib baik lelaki itu pensyarahnya. Kalau tidak, memang tak lah aku nak teman dia makan malam ni. Tak hingin!

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now