"AWAK, bawa bertenang ya!" Qhaiyra sendiri terkedu apabila cawan kaca yang dipegang Jeny tiba-tiba terlepas dan jatuh ke atas lantai.
Berderai bunyi kaca itu menghempas lantai. Jenyna terkedu. Sungguh tangan kirinya terasa lemah dan menggigil. Hendak bergerak sedikit pun tidak boleh. Jenyna memegang tangannya sendiri. Menggigil.
Qhaiyra memegang bahu Jeny yang bagai terleka di dalam dunianya sendiri. Mata Jenyna berkaca memandang tangannya.
Tangan aku...
"Qhaiyra!" Tunku Niel muncul. Terus dia menarik nafas lega apabila melihat Qhaiyra yang berada dalam kondisi yang baik. Jeny langsung tidak cuba mencederakan isterinya itu.
Ya Allah. Nasib baik...
"Jeny?" Qhaiyra menggosok lembut belakang tubuh Jenyna apabila ada air mata jatuh ke pipinya. Sedaya upaya dia cuba menenangkan Jeny.
Tunku Niel mengeluh. Telefon bimbitnya terus dikeluarkan dari poket.
Mahu menelefon seseorang.
"JENY! I'm searching you everywhere like hell. Where are you going? Puas aku cari kau!" Jaiden muncul. Tajam matanya mencerlung ke arah Jenyna yang duduk diam di sebelah Qhaiyra.
"Watch your words, mister Jaiden. You'll hurt her!" Tegur Qhaiyra. Tegas nada suaranya.
Tak prihatin langsung!
Jaiden mendengus kasar. Namun amarahnya semakin surut apabila terpandangkan wajah suram Jeny.
"Jeny. Come. Let me take you back to the hospital okay? You need some rest and you're healing. Come on Jeny." Jaiden menyentuh lengan Jenyna. Lembut suaranya. Bagai mahu memujuk wanita itu.
Jenyna tidak banyak songeh. Terus dia angkat punggung dan mendekati Jaiden.
Jaiden berdehem apabila terpandangkan pandangan tajam Qhaiyra Aralyn dan Tunku Niel ke arahnya.
"Thanks. I owe you."
"Of course. You owe me very big one." Bidas Qhaiyra. Macam berdendam sahaja nada suaranya.
Jenyna yang berdiri di sebelah Jaiden hampir rebah ke lantai. Jaiden pantas menyambut tubuh lemah Jenyna. Memanglah wanita itu lemah. Kejadian itu berlalu tidak sampai dua puluh empat jam lagi. Masih baru.
Qhaiyra merasa risau melihat Jenyna.
"Cepatlah bawa dia pergi balik hospital. She need some proper rest."
Jaiden mengangguk. Terus dia mencempung tubuh Jenyna.
"And again. Thanks." Jaiden menundukkan sedikit kepala sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu.
Qhaiyra memandang sahaja kereta yang dinaiki Jaiden dan Jenyna sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan mata.
"Abang, Ray dengan Arie macam mana? Okey?" Tanya Qhaiyra. Risau dia apabila Tunku Niel memberitahunya yang dua orang itu terbaring tidak sedarkan diri di pondok keselamatan. Entah apa yang Faris buat dengan mereka pun dia tak tahu.
"Mereka okey. Dah sedar dah pun." Tunku Niel mendekati Qhaiyra dan menggosok lembut kepala isterinya.
"Tangan abang tak apa-apa?" Qhaiyra mencapai tangan suaminya yang memberi sedekah tumbukan padu ke tulang pipi Faris tadi. Mesti sakit.
"Tak. Tangan abang tak apa-apa, sayang. Tak sakit pun." Tunku Niel senyum melihat wajah Qhaiyra yang sudah termuncung bibirnya.
"Yela tu tak sakit." Qhaiyra tunduk meniup lembut tangan Tunku Niel. Tak cukup dengan itu, tangannya menggosok-gosok pula tangan Tunku Niel. Tipulah kalau tak sakit.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Random# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...