TUNKU NIEL merenung dalam wajah pucat Qhaiyra. Sudah hampir dua hari berlalu, namun Qhaiyra masih tidak sedarkan diri. Tunku Niel semakin tidak senang duduk.
Termenung dia dengan mata memandang ke arah jemari runcing Qhaiyra. Mengharap jari-jemari itu bergerak.
"I hate violence. I hate gengsters. Mafia."
Tunku Niel memejam matanya rapat. Suara sayu itu asyik bermain di fikirannya. Menganggu kotak memorinya.
"Papa?"
Laju Tunku Niel terus berdiri tegak mendengar suara serak Qhaiyra.
"Qhaiyra. Awak dah sedar?"
Mata kuyu Qhaiyra memandangnya. Mata itu berkaca. Menunjukkan kesakitan fizikal dan mental yang telah dia alami.
Tunku Niel senyum. Airmata Qhaiyra yang mengalir dari tubir mata diseka dengan tangan kasarnya.
"Shhh don't cry. You're safe." Tunku Niel menekup pipi Qhaiyra. Terasa sejuk kulit itu bersentuhan dengan hangat tangannya.
Qhaiyra terus menarik leher Tunku Niel dan memeluknya erat. Bagai tak mahu melepaskan lelaki itu.
Tunku Niel terkedu. Namun dibiarkan sahaja. Tubuh kecil Qhaiyra ditarik erat ke dakapannya. Sama. Sungguh dia tidak mahu melepaskan Qhaiyra.
Airmata Qhaiyra mula membasahi baju kemeja Tunku Niel. Diam. Tunku Niel mengelus rambut Qhaiyra. Memujuk gadis itu agar bertenang.
"I'm so scared."
"It's okay sayang. Saya ada."
Diam. Mereka lebih selesa dalam keadaan seperti itu. Lama sehingga tiada lagi bunyi esak tangis Qhaiyra yang menyesakkan dada Tunku Niel.
Tangan Qhaiyra yang melingkar di lehernya diturunkan. Qhaiyra kembali dijemput lena. Nafasnya berombak tenang. Pasti dia masih penat dengan semuanya. Selimut ditarik menutup tubuh Qhaiyra.
Tunku Niel mengalirkan airmata setitis. Selain bonda, tidak pernah dia rasa sakit begini kerana perempuan lain.
Hanya disebabkan satu perkataan.
Perpisahan.
Tunku Niel mengeluarkan rantai emas dari poket seluarnya. Perlahan-lahan rantai itu di pakaikan dileher Qhaiyra. Berhati-hati. Agar Qhaiyra tidak tersedar dari lenanya.
Bibir merah jambu Tunku Niel menarik senyum pahit melihat rantai yang cantik tersarung di leher itu.
"Maafkan saya, sayang. Kita tak patut berjumpa. Kita tak patut berkenalan. Kita tak patut berkawan. And the most worst is... kita tak patut bercinta." Diam. Tiada balasan dari Qhaiyra yang lena di alam mimpi.
"I'm sorry starlight." Tunku Niel menggenggam lembut tangan kecil itu. Lama.
Bersama dengan perasaan yang bercampur-baur, genggaman tangannya dilepaskan.
"Saya lepaskan awak Qhaiyra. Saya bukan bahagia awak." Tunku Niel terundur dua langkah. Terlalu berat hendak mengangkat kakinya.
Tunku Niel memejam mata. Dia mengeraskan hatinya dan terus keluar dari bilik wad itu.
Tunku Niel melangkah laju ke arah Mark yang baru keluar dari lif.
Mark diam melihat wajah tegang Tunku Niel yang melangkah memboloskan diri ke dalam lif. Dia mengeluh sebelum kembali masuk ke dalam lif sama.
Tunku Niel menarik nafas dalam-dalam. Hatinya dikeraskan lagi. Dikeraskan lagi supaya tidak berpusing ke belakang lagi.
'i love you, Qhaiyra.'
![](https://img.wattpad.com/cover/194542746-288-k873688.jpg)
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
De Todo# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...