🎭 •BAB 18•

46.1K 3.4K 697
                                    

     TUNKU NIEL mengeluh. Sudah seminggu berlalu. Namun tiada tanda-tanda bahawa Qhaiyra mahu berbaik dengannya. Sudah puas dia lakukan segala-galanya.

Selalunya perempuan suka apa?

Bunga?

Coklat?

Candle light dinner?

Pfft. Semua tak menjadi!

"I don't really like flowers, Tunku Niel Nathaniel."

"I don't really in love with sweet stuff. Too sweet can cause diabetes."

"I don't do candle light dinner with strangers."

Hmmm mampus! Semuanya usahanya ditepis oleh Qhaiyra. Ditepis macam lalat! Macam mana ni?!

Qhaiyra sayang. Awak nak saya buat apa lagi...







QHAIYRA mengesat peluh di dahi dengan lengan baju kurungnya. Panasnya Malaysia walaupun sudah hampir pukul lima petang. Sekali-sekala penyapu lidi dijatuhkan ke atas tanah dan tangannya mengipas wajah.

Qhaiyra mengutip kembali penyapu lidi di atas tanah dan mula menyapu daun-daun kering di halaman rumahnya.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Qhaiyra pusingkan tubuh. Berkerut dahinya melihat lelaki yang menuruni motorsikal itu.

"Fakhrul?"

"Wah. Awak masih ingat saya?"

Qhaiyra menarik senyum ramah.

"Gila tak ingat. Mestilah saya ingat." Tiba-tiba Qhaiyra rasa janggal mengenangkan yang Fakhrul pernah meminatinya semasa di bangku sekolah dahulu. Tapi tak mungkinlah dia suka lagi kut...

"Ada apa hajat awak datang ke mari?"

"Haa? Oh. Err... ni umi ada beri sikit makanan untuk awak dengan abang Qhairul." Fakhrul menghulurkan mangkuk tingkat di tangannya ke arah Qhaiyra.

"Ya Allah susah-susah je. Cakap dengan Mak Yan terima kasih." Ujar Qhaiyra perlahan seraya menyambut mangkuk tingkat itu.

Fakhrul tersenyum melihat wajah cantik Qhaiyra. Lebih-lebih lagi bila sudah bertudung cantik seperti ini. Lagi cantik!

"Errr. Takziah Qhaiyra. Minta maaf tak dapat jenguk lebih awal sebab saya pergi Perak. Ada seminar usahawan peladang muda."

Qhaiyra hanya menarik senyum pahit. Nenek...

"Tak apalah Fakhrul. Saya faham. Saya sebagai cucu arwah sendiri pun tak sempat nak jumpa arwah buat kali terakhir." Sayu suara itu. Bernada terkilan.

Fakhrul terdiam. Dia faham.

"Err kalau tak ada apa-apa lagi. Saya minta diri dulu ya? Assalamualaikum." Fakhrul menarik senyum manis.

"Waalaikumsalam."

Fakhrul menuju ke motorsikalnya. Dia cuba menghidupkan motorsikal EX5 nya. Tapi gagal. Tak hidup. Memerah wajahnya malu. Alahh. Time depan Qhaiyra macam ni lah kau nak buat hal!

Fakhrul mencuba lagi. Gagal. Apa pasaii hang ni!!

Qhaiyra memandang Fakhrul pelik. Perlahan-lahan dia melangkah mendekati Fakhrul. Kunci motor dipusingkan. Sengal rupanya. Kau tak on kunci macam mana moto ni nak hidup. Haiii.

Fakhrul tersengih. Malunya! Jatuh saham. Bodohnya kau Fakhrul! Kalau macam tu sampai tahun depan pun motornya tak hidup! Aduii...

"Baru boleh... Hehe." Fakhrul tersengih. Moto... kau memang buat aku malu!

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now