TUNKU NIEL menyudu spagetti ke dalam mulut. Perlahan pergerakkannya. Bukan apa. Dia kekok sebab budak di depannya ini tajam pandang dia atas bawah.
Sudu diletak di atas meja.
"Awak kenapa? Ada apa-apa nak cakap dengan saya?" Tunku Niel menongkat dagu. Bibir senyum memandang wajah tegang Qhaiyra.
"Saya rasa lepas ni kita tak payah lah jumpa lagi."
Jantung bagai ingin tercabut mendengarnya. Tunku Niel telan liur. Dia dah tahu ke?
"Kenapa pula kita tak payah jumpa? Kitakan kawan."
"Awak tahukan. Awak kena tikam sebab saya. Saya takut."
Tunku Niel merasa lega mendengarnya. Okey. Bukan pasal tu.
"Awak takut saya diapa-apakan? Aww so sweet of you." Tunku Niel senyum.
Memerah muka Qhaiyra.
"Saya tak nak sesiapa cedera sebab saya lagi. Saya tak suka." Qhaiyra menguis-nguis makanannya. Takda mood nak makan.
"Qhaiyra..." Seru Tunku Niel.
Qhaiyra angkat muka memandang Tunku Niel.
"Saya sanggup cedera demi awak. Sebab saya sayang awak."
Qhaiyra terdiam. Mata hijau coklat Tunku Niel yang lembut menikam anak matanya.
"Do you really mean it?" Qhaiyra menjongketkan sebelah kening.
"Mean it? Mean what?"
"Betul ke awak sayang saya? Huh. Jangan cakap sayang. Tapi curang. Tak pun tipu. Lelaki kan biasanya macam tu." Bidas Qhaiyra. Tunku Niel gigit bibir.
"Eh saya bukannya lelaki macam tu okey! Cuba positif sedikit babe. Tak semua lelaki macam tu."
"Habistu awak lelaki yang macam mana? Pondan? Dua alam?"
Membulat mata Tunku Niel mendengarnya. Ini saja ajak gaduh ni!
"Hello my darling! I'm a gentleman okay. Saya kalau sayang perempuan, saya sayang betul-betul tau. Saya sanggup buat apa sahaja demi perempuan yang saya sayang. Guns and daggers. Saya sanggup hadap. Demi awak."
Terlepas garfu di tangan Qhaiyra. Bersungguh-sungguh Tunku Niel menunjukkan bahawa dia memang benar-benar sayang akan Qhaiyra.
"Niel... You deserves better."
"Yes and that's why i deserves you, Qhaiyra."
"Kita macam langit dengan bumi. Macam pipit dengan enggang. Kita tak boleh bersama."
"Langit dengan bumi saling melengkapi. Pipit comel enggang hensem. So kita boleh bersama." Wajah Tunku Niel berubah sedikit. Bagai tak selesa dengan tingkah Qhaiyra yang sepertinya mahukan perpisahan.
Walaupun hakikatnya mereka tak punya apa-apa ikatan pun.
Qhaiyra memandang lelaki itu pelik. Dari manalah dia petik ayat tersangat komsas ni?
"Awak tak selamat kalau dengan saya." Qhaiyra mengeluh. Tunku Niel memang tidak faham bahasa melayu ke?
"Who say? Whoever wants to harm me should regret it. I'm kind but kindness can't stay forever. Sabar saya pun ada had. I can kill them if you want me to." Tunku Niel bersandar ke kerusinya. Bibir senyum nipis melihat Qhaiyra yang pandang dia atas bawah.
"No. No killing!" Qhaiyra menggoyang-goyangkan jari telunjuk di udara ke kiri dan ke kanan.
Tunku Niel ketawa kecil. Comel je gaya Qhaiyra. Macam marah budak kecil sahaja gayanya.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Random# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...