QHAIYRA ARALYN tersenyum lebar kepada semua yang menghadiri majlis pernikahannya yang serba ringkas dan kekurangan. Hanya diadakan di Masjid Al-Munawwarah. Hanya dihadiri beberapa orang penduduk kampung dan kaum keluarga Tunku Niel sahaja.
Sudah puas Qhairul menjemput ibu-ibu saudaranya. Namun tidak juga mereka datang ke majlis pernikahan ini. Hanya pak su sahaja yang sudi datang menjadi wali.
Hmm.
"Bonda balik hotel dulu. Esok bonda datang semula."
Tunku Niel tersenyum lebar. Bukan main gembira dia rasakan sekarang ini. Akhirnya. Qhaiyra Aralyn sudahpun menjadi miliknya.
"Baik bonda." Tunku Niel tunduk mencium tangan Helenna Khadija. Seterusnya beralih kepada Ungku Hajar dan Tunku Al-Fatih.
Qhaiyra turut sama mengikuti tindak tanduk Tunku Niel. Sejuk rasa tangannya ketika bersemuka dengan keluarga Tunku Niel buat kali pertama. Walaupun mereka daripada keluarga yang kaya, namun mereka tidak sombong. Tidak bongkak dengan kekayaan mereka.
Helenna Khadija mengusap kepala menantunya itu. Lembut. Beruntung rasa mempunyai menantu-menantu yang cantik. Manis.
Tiba-tiba bahunya rasa ditolak perlahan. Qhaiyra tersengih melihat wajah cantik Armaya Mikaeyla. Kakak iparnya. Baik. Perangai gila-gila. Sesuailah dengan dia yang masuk air ni.
"Jaga diri. Esok kita jumpa ya." Armaya kenyit sebelah mata menjeling Tunku Niel.
Tunku Niel berdehem. Nakal betul kakak ipar aku tu.
Tunku Noah senyum lucu melihat isterinya. Bahu Armaya dipeluk dan meminta diri.
Qhaiyra senyum. Alhamdulillah. Dia diterima oleh keluarga Tunku Niel.
Diam.
Qhaiyra termenung. Betulkah keputusan yang dia ambil sekarang ini?
Hmmph!
Kalau nak menyesal pun tak guna. Dah kahwin dah pun. Tapi Qhaiyra akui, dia berasa gembira dan sayu tatkala tangan Tunku Niel menggoncang tangan tok kadi, serta mengucapkan akad suci. Mengambilnya sebagai isteri.
Tiba-tiba ada tangan merayap dibahunya. Qhaiyra terus menjeling wajah selamba Tunku Niel dengan sebelah mata. Amboi...
"Ehem! Hands off please."
Tunku Niel memuncungkan wajah. Tangannya di bahu si isteri diturunkan.
Sentuh sikit pun tak boleh. Kan dah halal. Hihi.
"Jom balik rumah. Saya nak rehat." Ajak Tunku Niel.
"Okay." Baru sahaja hendak mencapai tangan Qhaiyra, isterinya itu sudah berjalan terlebih dahulu. Terkocoh-kocoh gadis itu nak melangkah dengan kasut tumit tingginya.
Tunku Niel mengeluh. Nampaknya kena kerja keraslah nak ambil hati si pujaan hati semula. Hmm.
"Kau jangan risau. Pandailah kau jinakkan dia nanti." Qhairul menyiku lengan Tunku Niel.
Tunku Niel senyum sahaja.
Kalaulah semudah itu...
TUNKU NIEL terkebil-kebil memandang gayung yang berisi air di tangannya. Jari dicelup ke dalam gayung sebelum pantas ditarik semula. Sejuk!
Tok! Tok! Tok!
"Niel? Awak nak tuala tak?"
Tunku Niel pusingkan tubuhnya apabila sayup-sayup kedengaran suara isterinya.
"Nak!"
"Ambil lah."
"Masuk je. Saya tak kunci pintu." Tunku Niel meletakkan semula gayung di tangan ke kolah.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Aléatoire# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...