🎭 •BAB 2•

57.5K 3.9K 340
                                    

QHAIYRA ARALYN takut. Gementar. Dia baru sahaja selesai latihan untuk pementasan teater malam ini. Ahhh takutnya!

"Last scene!" laung Joshua yang merupakan pelajar tahun akhir seni muzik asal Filipina itu. Dialah yang bertanggungjawab dalam menguruskan pementasan teater malam ini.

Qhaiyra menarik nafas dalam-dalam. Scene last inilah yang paling mendebarkan. Lagi-lagi De Morez kena peluk pinggang dia. Pada awalnya ada scene kiss. Tetapi disebabkan Qhaiyra yang mendapat watak utama, Katrina terus padam scene itu. Semua menghormati Qhaiyra yang merupakan seorang muslim.

"And action!"



"NO you can't leave me, my lady." si hero terus menarik tangan wanita itu. Lantas pinggang ramping itu ditarik. Wanita itu nampak tergamam apabila tangan itu melingkar dipinggangnya.

"I'm sorry maestro. But i have to leave." rayu wanita itu. Wajahnya nampak malu-malu hendak memandang wajah si putera raja. Memang dia kena balik. Mahu ditengking bapa tirinya kalau dia pulang lewat nanti.

"Before that. Will you marry me?" lelaki itu terus menayang cincin yang cantik itu dihadapan gadis pujaan hati.

Diam. Gadis itu tersenyum malu-malu.

"I will." serentak dengan itu tepukan gemuruh berbunyi. Barisan pelakon dan ahli kelab teater yang lain semua rasa kagum dengan peneraju utama kali ini. Dua-dua sama hebat. Sama padan. Sama cantik sama kacak. Sesuai gitu.

Qhaiyra terus tolak tubuh besar De'Morez agar melepaskan pelukan dipinggangnya. Dah habis kan. Takkan nak peluk sampai subuh besok.

"Cut! Cut! Whoa great job guys. I'm stunned!" Joshua tersengih suka. Puas hati dengan persembahan anak-anak buahnya walaupun ini adalah latihan terakhir mereka. Malam nanti mesti gempak punyalah. Dia yakin.

Qhaiyra senyum kekok. Weh nervous! Wajah De Morez dijeling. Lelaki itu senyum nakal. Qhaiyra rasa tak selesa. Entah apa agaknya di minda lelaki itu.

Kan bagus kalau dia dapat naik atas pentas teater dengan prince charming betul-betul. De Morez tu hampeh tau. Perangai tak semenggah. Playboy ternama konon.

Rasa-rasa prince charming macam dalam dongeng disney tu wujud tak?

Maaflah. Dah lama tak layan barbie. Jadi dia lupa yang semua fantasi semata-mata itu tak pernah wujud.



TUNKU NIEL yang mahu melangkah masuk ke dalam tandas terhenti apabila mendengar perbualan orang.

"Like seriously? You want to kiss her? Damage bruh. You crazy. She's a muslim. It is in the last scene if i'm not mistaken. Right?"

Tunku Niel peluk tubuh di sebelah dinding. Siapa yang nak cium siapa?

"Tunku..." cepat-cepat Tunku Niel tahan langkah Mark. Jari naik ke bibir. Tanda menyuruh budak sekor tu senyap. Mark terangguk-angguk patuh.

"Who cares. I really want that rosy lips bruh. It looks delicious. I really like that girl."

"But you've got rejected huh!" suara lagi satu itu memerli.

"That's why i wanna kiss her. Sweet revenge."

Bunyi dua tawa jahat bersatu selepas itu.

Tunku Niel pandang Mark. Mark pandang Tunku Niel.

"Sweet revenge hangguk dia!" bisik Mark perlahan. Tunku Niel gelak kecil.

Tiba-tiba muncul dua susuk tubuh keluar dari tandas. Terus diam dua orang itu melihat susuk tubuh Tunku Niel dan Mark yang masing-masing elok memeluk tubuh.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now