"YOU will die!" Qhaiyra tersedar dari mimpinya. Tubuhnya terus tegak duduk.
Allah...
Qhaiyra meraup wajahnya. Betapa tak amannya hidup aku sekarang ni.
Qhaiyra mengatur nafas agar kembali normal. Dada dipalu hebat. Berdebar-debar.
Tak guna kau Jasonn. Kau betul-betul buat hidup aku huru hara.
Qhaiyra menggeleng kepala. It's just a dream Qhaiyra. Come on.
Qhaiyra angkat kepala. Mengeras tubuhnya melihat lelaki yang duduk di hadapannya dengan wajahnya yang tenang itu. Terus dia larikan mata memandang sekeliling. Semua pelajar khusyuk memandang buku mereka di dalam perpustakaan universiti ini.
Tunku Niel...
"Nightmare again." Bukan pertanyaan. Tetapi lebih kepada kenyataan.
"Awak dah lama ke duduk kat situ?"
"Yes." Tunku Niel senyum. Tangannya bersilang di dada.
Qhaiyra melihat jam di pergelangan tangannya. "For the whole thirty minutes?"
"Yup."
Tiga puluh minit? Lamanya. Takkanlah sepanjang tiga puluh minit tu dia tenung je aku. Macam tak ada kerja.
"You look bad. Awak mimpi lagi?"
Qhaiyra mengeluh sebelum mengangguk.
Memang Qhaiyra seringkali mengadu yang dia tidak dapat tidur malam. Sukar tidur. Kalau dapat tidur pun mesti terkejut-terkejut. Tunku Niel pun tak tahu nak buat apa untuk bantu Qhaiyra. Kalau dah halal memang dia dah peluk dodoi dah awek tu. Masalahnya belum halal.
"Awak dah bersedia nak cerita dengan saya?" Tanya Tunku Niel. Dia sudah tahu semuanya dari bibir Jaiden. Tetapi dia mahu dengar dari Qhaiyra sendiri.
Qhaiyra diam seketika.
"TUNGGU sini sekejap. Saya ambil kereta." Qhaiyra mengangguk. Tubuh Tunku Niel yang semakin jauh dihantar dengan pandangan mata.
Tetapi tiba-tiba Qhaiyra rasa seram sejuk. Suasana jadi semakin janggal. Dan semakin sunyi. Qhaiyra memeluk tubuh. Masa terasa sangat lama berlalu.
Mana Tunku Niel ni?
Dari jauh Qhaiyra terlihat sesusuk tubuh yang sangat dia kenali. Tubuh terus menggigil.
Jasonn!
Qhaiyra terus alihkan pandangan. Buat-buat tak nampak lelaki itu berdiri di bangunan dewan kuliah jauh di sebelah kirinya. Ya Allah...
Niel mana awak?
Nak menangis Qhaiyra rasa. Qhaiyra angkat kepala. Melihat Jasonn melangkah maju ke arahnya. Qhaiyra terkaku. Apa aku nak buat? Aku kena lari?
Namun entah mengapa, langkah Jasonn terhenti. Mask hitam terus ditarik menutup mulut. Namun dia masih memerhati gadis itu. Qhaiyra tersedar. Ya! Aku kena lari!
Tiba-tiba terasa bahunya dicuit. Terkejut. Qhaiyra terus mengurut dada.
"Qhaiyra? What's wrong starlight?"
Tunku Niel!
Qhaiyra terus menarik kolar baju kemeja hitam Tunku Niel sehingga Tunku Niel terdorong di hadapan Qhaiyra.
Terkedu. Tunku Niel terus menahan kedua-dua tangan ke dinding apabila tubuhnya hampir menghempap tubuh kecil Qhaiyra. Sumpah dia terkejut dengan perbuatan tiba-tiba gadis itu.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
De Todo# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...