🎭 •BAB 31•

51.1K 3.3K 197
                                    

"BOSS. Jasonn lari."

Hanya tiga perkataan. Tetapi cukup buat Jaiden terdiam sendiri. Mana taknya, sebaik sahaja terlepas dari kurungan Jackson, lelaki sudah membunuh lima orang anak-anak buah Chou. Termasuklah mencederakan orang kanan Jackson.

Mengamuk benar abangnya itu.

Abang?

Huh. Aku takkan mengaku yang si bodoh tu abang aku. Takkan sesekali.

"Siapa yang bantu dia keluar?" Tanya Jaiden kepada lelaki yang berdiri tenang itu.

"Jenyna."

"Je... Jenyna?!" Tinggi nada suara Jaiden. Dasar Jenyna si bodoh yang malang. Kenapa kau tolong dia setan?!

"Ya boss. Cik Jenyna sudah balik dari Amerika beberapa hari yang lalu. Mungkin dia tidak tahu tentang mengapa Jasonn dikurung." Ujar lelaki itu lagi.

Jaiden mendengus kasar.

Bila sudah dibutakan dengan cinta. Semuanya jadi indah.

Jenyna. Wanita itu ialah bekas kekasih Jasonn. Bila Jenyna mengandung, Jasonn terus memutuskan hubungan mereka. Jenyna tidak mahu tetapi Jasonn berkeras dengan keputusannya. Mereka bergaduh sehingga Jenyna keguguran. Atas kesilapan Jasonn juga.

Kemudian Jenyna melarikan diri ke Amerika kerana terlalu kecewa. Tapi tidak mustahil kalau seorang Jenyna yang polos akan jatuh semula kerana cintanya kepada Jasonn.

Urgh Jeny. Kenapalah kau tak boleh fikir guna otak kau betul-betul?

"Niel De'Angelo mesti dah tahu." Lelaki itu berkata lagi. Jaiden angkat bahu.

"Pandai-pandailah dia selesaikan masalah. Niel kut. Takkanlah dia tak boleh kalahkan Jasonn." Jaiden menarik senyum mengejek.

Lantak kaulah!

JENYNA memandang wajah Jasonn. Ada beberapa kesan lebam yang masih segar di wajah tampan itu.

"Jasonn. Are you okay?" Jenyna cuba memegang wajah itu. Namun Jasonn pantas mengelak.

"I'm fine. Don't touch me!" Keras suara Jasonn.

"Jasonn. You know that i love you right?" Lembut suara Jenyna. Jenyna memang seorang yang baik. Innocent. Sebab itu Jasonn mengambil kesempatan ke atasnya.

"Thanks for let me go and let me stay here, Jeny." Jasonn tukar topik dengan berterima kasih kepada wanita itu kerana membenarkannya menumpang di rumah besar itu buat sementara waktu.

"Jasonn. I'm still love you..."

"Stop it Jeny! What the hell is wrong with you? Lupakan kisah cinta bodoh tu. Aku dah bunuh anak kau. Jadi kau lupakan je aku. Anggap je kau tengah bantu seorang penjenayah sekarang ni dan bukan Jasonn Chou!"

"How can i forget you Jasonn. You are my first love. I sayangkan you walaupun i tahu you pergunakan i. I... I..."

"Enough Jeny. Aku mengantuk. Kau pun tidurlah dulu. Selamat malam." Jasonn terus melangkah meninggalkan Jenyna di ruang tamu seorang diri.

Dia akui dia masih sayang akan Jenyna. Tapi dia tak mahu berlebih-lebih. Dia punya ego yang tinggi. Sebelum ini tidak pernah ada yang menolaknya. Seperti Jenyna yang setia membiarkan hati wanitanya disakiti oleh lelaki seperti dia. Tetapi apabila Qhaiyra menolak pelawaannya untuk menjadi kekasih, dia rasa bodoh. Semudah itu, dia ditolak. Huh. Buat penat sahaja berlakon sweet.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now