🎭 •BAB 40•

47.2K 3.2K 542
                                    

TUNKU NIEL perlahan-lahan membuka mata yang terasa berat benar. Terkenyit-kenyit matanya apabila terpandangkan kot hitam yang menyelimuti tubuhnya.

Terus tegak duduknya. Jari naik mengurut kepala yang terasa berdenyut-denyut.

"Tunku tak apa-apa?"

Terkejut Tunku Niel mendengar suara yang melenggok manja itu. Terus kepala terkalih memandang di sebelahnya.

Nurraffia.

Terus merah padam wajah Tunku Niel. Tegang wajahnya.

"Buat apa kat sini?" Beku. Dingin. Tajam mata cantiknya menikam Raffia.

Raffia memaniskan senyuman walaupun gerun juga melihat pandangan itu.

"Saja melawat you. I dengar yang... Qhaiyra hilang ya? Apa jenis perempuan lah dia tu. Sampai hati dia tinggalkan suami dia sendiri? You..."

"Dia nak hilang ke dia nak lari ke, itu tak ada kena mengena langsung dengan kau. Keluar." Halau Tunku Niel perlahan. Dia berdecit kasar. Kot yang menutup tubuhnya dilempar ke sisi.

"Tolong keluar. Aku penat." Tunku Niel meraup wajahnya. Dia tak mahu marah. Mahu hilang kepala Raffia nanti.

"Tapi you tahu ke Qhaiyra pergi mana? Dia lari dengan siapa? I rasa dia lari dengan lelaki lain. Kalau tak, takkanlah dia nak tinggalkan you sesuka hati." Raffia memeluk tubuh. Mata dijulingkan. Bagai jelek benar dengan Qhaiyra.

"Diamlah." Tunku Niel menggenggam penumbuk.

"Betul lah apa yang i cakap. Kenapa you still nak pertahankan wife you yang tak guna tu.  Dia dah tinggalkan you kut. Ceraikan jelah. Kan se..."

Pang!!!

Terundur Raffia apabila tangan kasar itu menampar kuat pipinya. Sehingga kepala tertoleh ke sisi. Langsung tiada belas kasihan. Terkedu. Raffia mengangkat kepala perlahan-lahan. Memandang lelaki itu yang mencerun memandangnya. Gerun. Dada lelaki itu berombak laju. Wajahnya merah padam. Rahang diketap. Menandakan yang amarahnya semakin menipis.

Tunku Niel menggenggam penumbuk. Tangan terasa semakin ringan untuk dilayang di muka orang. Lagi-lagi muka Raffia yang serupa minta penampar itu.

Raffia mendengus kasar. Mak ayah pun tak pernah nak tampar aku. "You..."

"Mark!" Lantang dan keras suara Tunku Niel menyeru Mark. Memotong kata-kata Raffia. Sehingga timbul urat-urat di lehernya.

Ternaik bahu Raffia. Nak gugur jantung mendengarnya.

Pintuk terkuak kasar dari luar. Muncul Mark dengan wajah kelirunya. Sebaik sahaja matanya terpandangkan Raffia, pandangannya bertukar dingin.

'Eh perempuan ni. Tak reti insaf ke?'

"Bawak dia berambus. Kalau boleh kau humban dia turun. Biar mati terus."

Masam wajah Raffia mendengar suara itu. Tegas.

"Baik Tunku." Baru sahaja Mark mendekatinya, Raffia pantas menjauhkan diri.

Beg tangan miliknya dicapai kasar sebelum dia terus melangkah pergi. Sengaja dia melanggar kuat bahu Mark.

Mark buat muka. Takut kena humban dengan aku lah tu.

Tunku Niel terus melabuhkan punggungnya di atas sofa semula. Tangan naik meraup wajahnya.

Ya Allah...

Tenang Niel.

Tenang.

"Tunku."

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now