"KAK AIN. Qhaiyra mana? Saya tak nampak dia pun." Tanya Tunku Niel. Jam yang terlilit kemas di pergelangan tangannya dijeling.
Pasti isterinya sudah pulang dari kerja. Tapi batang hidung pun tak nampak.
"Dia dah balik dah. Rasanya ada dalam bilik kut." Teka Kak Ain. Pinggan kembali disusun di dalam kabinet.
Tunku Niel bingung di buatnya. Entah mengapa sejak kahwin ni, Qhaiyra berubah. Dia menjadi lebih pendiam. Lebih pasif. Kadangkala apabila melihat wajah Tunku Niel, isterinya itu kelihatan cuak dan pucat.
Qhaiyra takut dengan dia?
Ada logiknya. Tapi atas sebab apa?
"Kak Ain balik dulu ya Tunku."
"Ya kak. Hati-hati bawa motor." Pesan Tunku Niel.
"Baik Tunku."
Sunyi. Hanya tinggal dirinya sahaja di dapur itu. Tiada kelibat Qhaiyra di mana-mana.
Tunku Niel menaiki anak tangga. Matanya terpandangkan pintu kayu di sebelah biliknya. Dia benarkan Qhaiyra tidur di bilik tetamu. Dia faham kalau Qhaiyra perlukan masa untuk menerimanya sebagai suami.
Tak apa. Pelan-pelan kayuh.
Pintu bilik yang terbuka membuatkan Tunku Niel tidak jadi hendak memboloskan tubuhnya masuk ke dalam bilik.
"Qhaiyra?"
Terkejut. Qhaiyra terus terundur selangkah ke belakang. Fail di tangannya terjatuh ke atas lantai. Lambat-lambat dia mencapai failnya.
"Ya... ya saya. Ada apa?"
"Sayang okey? Qhaiyra ada rahsiakan apa-apa dari abang ke?" Tunku Niel mendekati Qhaiyra.
Qhaiyra cuak. Fail terus ditarik rapat ke dada.
"Qhaiyra..." Semakin pelik Tunku Niel dengan sikap Qhaiyra.
Kenapa? Kenapa?
"Awak nak makan? Saya sediakan makanan dulu ya?" Qhaiyra terus melangkah melepasi Tunku Niel. Mahu melarikan diri.
Tunku Niel mengeluh lagi. Di mana salah dia?
QHAIYRA ARALYN sedang asyik melakukan kerjanya di ruang tamu sambil menonton drama korea. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi, namun matanya masih tidak mahu terlelap. Biarlah. Masa-masa seperti inilah yang paling sesuai untuk dia menonton televisyen. Kalau tidak, dia pasti akan terperap di bilik sahaja.
Tunku Niel datang daripada sebuah keluarga yang ternama di Itali. Bukan hanya itu. Malah Tunku Niel punya pertalian darah dengan satu lagi keluarga di Jerman. Wolff. Keluarga Wolff atau lebih dikenali dengan nama King..
Keluarga mafia. Qhaiyra takut. Entah. Mungkin dia masih trauma. Tetapi selama ini, Tunku Niel lah yang menjadi pelindungnya. Sukar hendak percaya bahawa Tunku Niel datang dari keluarga yang...
Ya Allah!
Qhaiyra meraup wajah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia takut sangat dengan Tunku Niel. Sedangkan lelaki itulah yang mendapat tempat teratas dalam carta hatinya.
Cuma...
Dia perlu mendengar penjelasan Tunku Niel. Tetapi dia terlalu takut. Dia tidak tahu bagaimana caranya.
Ahhh! Buntu!
"Qhaiyra." Seru satu suara.
Qhaiyra terjerit kecil. Tubuhnya perlahan-lahan bergerak ke hujung sofa apabila tiba-tiba susuk tubuh Tunku Niel berdiri tenang di sebelahnya.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Acak# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...