🎭 •BAB 38•

45.3K 3.3K 398
                                    

TUNKU NIEL mencium lembut ubun-ubun Qhaiyra. Lama. Haruman Qhaiyra sangat menenangkan dirinya.

"Abang pergi kerja dulu. Qhaiyra jaga rumah ya." Tunku Niel menggosok lembut kepala Qhaiyra Aralyn.

Qhaiyra senyum. Dia suka cara Tunku Niel melayaninya bagai puteri. Kadangkala dia dilayan seperti budak kecil. Dia suka. Dia bahagia. Tapi...

"...Sebab kak Siti jiran nenek kan pernah keguguran. Lepastu dia terus tak boleh mengandung..."

Qhaiyra asyik memikirkan perkara itu sejak dua menjak ini. Kadangkala dirinya jadi terlalu paranoid.

Macam mana kalau dia tidak boleh mengandung lagi?

Macam mana kalau dia tidak boleh memberi zuriat kepada suaminya?

Macam mana kalau Tunku Niel kecewa kerana punya isteri yang tidak dapat memberinya zuriat?

Ahhh! Terlalu banyak macam mana pun tak guna juga.

Selama ini Tunku Niel cuba mendekatinya namun lelaki itu cuba menahan. Satu sahaja sebabnya.

Kerana dia menghormati Qhaiyra.

Qhaiyra juga bingung kerana jujur dia masih mengenangkan peristiwa menakutkan itu. Kadangkala dia bermimpi peristiwa itu. Mengganggu tidurnya. Menyebabkan lena Tunku Niel terganggu sama.

Dia rasa bersalah terhadap lelaki itu. Dia rasa bodoh sangat.

Kenapa aku sukar mahu melupakan semuanya? Kenapa semuanya terlalu sukar untuk dibuang dari kotak memorinya?

Hmm.

Qhaiyra mengeluh. Dia kecewa dengan diri sendiri.

Sudah berapa bulan berlalu Qhaiyra. Kenapa kau masih tak mahu melupakan semuanya?

Ya Allah. Apa yang patut aku lakukan?




MARK melipat sejadah dihadapannya dan disangkut di penyangkut. Bibirnya menarik senyum.

Islam.

Hampir tiga bulan dia menyelami agama ini. Bermakna sudah hampir tiga purnama dia hidup sebagai seorang mualaf. Dan alhamdulillah di berjaya menegakkan tiang asasnya.

Solat lima waktu.

Kata Pak Cik Shahril, solat lima waktu bagai membentuk tiang agama. Seperti bangunan. Kalau tiangnya kukuh, maka kukuhlah bangunannya. Jika tidak, maka robohlah bangunan iman itu.

Alhamdulillah. Nasib baik pak cik itu sudi membantunya belajar dalam ilmu agama ini.

Dia ingat lagi saat airmatanya mengalir buat pertama kalinya. Dia. Cucu lelaki dalam keluarga Theovanni. Theovanni. Keluarga yang terkenal kerana kekerasan dan ketegasannya. Tapi dia terasa lemah dan sangat lemah saat mengucap dua kalimah syahadah.

Syahdu. Terusik benar hatinya ketika itu.

Kini... dia masih bertatih dalam mengenal agama islam.

Alhamdulillah.

Terima kasih Tuhan.

Mark perlahan pusingkan tubuh. Bimbang jika Tunku Niel mencarinya untuk keluar lunch nanti. Terkaku tubuh Mark saat terpandangkan susuk tubuh di hadapannya. Tidak berkelip mata coklat-hijau itu memandangnya.

"Tu... Tunku!" Terus Mark tundukkan sedikit kepalanya.

Tunku Niel diam.

"Maaf. Tunku cari saya ke?" Rasa lega sedikit hatinya melihat senyuman di bibir Tunku Niel.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now