🎭 •BAB 19•

43.3K 3.3K 351
                                    

     QHAIYRA mengeluh. Kepalanya asyik melayang tentang peristiwa beberapa hari yang lalu.

Maafkan saya Niel. Saya sayangkan awak. Tapi...

Hmm.

Rasa yang tidak mampu hendak diluahkan.

Udara segar disedut perlahan. Segar. Tenang. Dan nyaman. Hilang segala masalah dari fikirannya buat seketika.

Hari ini sahaja yang boleh dia berehat seketika. Mulai esok, dia pasti sudah mula menyibukkan diri. Lebih-lebih lagi dengan projek baru yang dia harus handle.

Bunyi motorsikal yang memasuki perkarangan rumahnya membuatkan perhatian Qhaiyra terkalih. Berkerut dahinya memandang ke arah tetamu itu.

Fakhrul?

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Qhaiyra senyum walaupun dia berasa agak tidak selesa dengan Fakhrul. Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak bersua. Jadi kekok.

"Awak apa khabar?"

"Khabar baik. Duduklah sini." Ajak Qhaiyra. Dia bergerak ke hujung pangkin.

Fakhrul senyum. Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di sebelah Qhaiyra.

"Ada apa datang rumah saya?" Tanya Qhaiyra. Penuh sopan santun.

"Saja. Saya bosan. Nampak awak duduk sorang-sorang. Tu yang saya singgah ni. Cari kawan berborak." Ujar Fakhrul.

Boleh tahan lama juga mereka berbual. Sekadar mengisi rasa kekok antara mereka. Bagi Fakhrul, ini adalah peluang. Bila lagi mahu duduk berdua dan berborak dengan Qhaiyra seperti ini.

Qhaiyra mendengus apabila melihat kereta mewah yang memasuki perkarangan rumahnya. Siapa lagi berkereta mewah yang rajin masuk kampung ni kan. Kalau bukan Tunku Niel mesti Mark.

Qhaiyra mencebik apabila melihat Mark yang melangkah keluar dari keretanya. Dah agak dah! Cis. Siap pakai kaca mata hitam konon. Ingat hensem sangatlah tu!

"Kawan awak ke?" Tanya Fakhrul. Perlahan suaranya. Kalau Qhaiyra ada tetamu, dia balik jelah. Lagipun... rasa terancam pula melihat lelaki yang segak bergaya itu. Entah-entah kekasih Qhaiyra?! Aduuh melepas!

"Bukan, Fakhrul. Saya tak kenal pun dia." Bicara Qhaiyra selamba.

Mark ketawa kecil. Sinis. Bertuahlah kalau si Qhaiyra tak kenal kita ni!

Dasar!

"Hai Qhaiyra. Happy nampak?" Mark menyeluk tangan ke dalam seluar tracksuitnya.

"What do you want, Mister?" Qhaiyra masih berlagak seperti biasa.

Bibir Mark menyenget. Sinis. Sebelum pandangannya beralih memandang Fakhrul.

"Siapa nama abang tadi? Fakh apa?"

"Mark. Watch your words!" Tegur Qhaiyra. Bukannya dia tak tahu Mark maksudkan apa dengan kata-katanya apabila suara Mark yang macam punya kahak terkumpul di anak tekak. Annoying tak ke sudah.

"Didn't you say that we are damn stranger just now?" Mark senyum. Sinis.

Qhaiyra menjeling Mark dengan ekor matanya. Perli akulah tu!

"Okay. Just kidding. Tapi betul lah, i'm just asking. Apa nama abang tadi? Fakh..." Mark tanya. Dengan muka selamba.

"Fakhrul. Panggil saya Fakhrul." Fakhrul tenang menjawab. Berbulu juga telinga dengar suara sarkastik si Mark.

Fakh... Fakh...

Tampo kang.

"Ooo. Fakhrul rupanya. Hai Fakhrul." Fakhrul senyum kelat. Eii mamat ni. Biadap. Nasib baik ada Qhaiyra tau.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now