TUNKU NIEL menggeleng kepalanya. Dia asyik terbayangkan wajah cantik Qhaiyra sahaja. Ahhh gila! Kau gila! Ada ke patut dia cium Qhaiyra?! Nasib baik berlapik dengan masknya dan mask gadis itu.
Astaghfirullah halazim! Dia sendiri malu bila terkenang semua tu. First time macam ni. Kau dah kenapa Niel? Angau ke? Aduhh gila.
Terus dia bangkit dari perbaringan. Wajah diraup kasar. Tak boleh tidur lah macam ni.
Tunku Niel terus turun dari katil. Kaki melangkah laju menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. Nak minum air. Beta haus!
"Eh Tunku? Tak tidur lagi. Biasanya macam ni mesti Tunku dah mengorok dah."
Nasib baik air tak tersembur dari mulut. Eh Mark ni. Tetiba je muncul. Bagilah isyarat sebelum nak tegur. Tampar kang saja.
"Diamlah!"
Mark memandang Tunku Niel pelik. Lain macam si Tunku sorang ni. Bibirnya terus tersengih nakal. Mesti tak lain tak bukan sebab crush dia lah tu.
"Tunku ni gedik juga ek. Nasib baik Tunku tak kiss bibir budak tu. Kalau Tunku Al-Fatih tahu ni. Fuh! Mahu kena sunat kali kedua." Mark terus bantai gelak apabila Tunku Niel tersembur. Mesti tak percaya dengan kata-kata dari Mark.
Kepala hotak dia!
"Bangang!"
Mark terus tekan perut yang rasa senak sebab ketawa. Jarang Tunku Niel mencarut. Ni memang bengang habis lah ni.
Langkah Tunku Niel yang mendaki anak tangga dipandang. Dia yakin bahawa Tunku Niel mesti suka budak tu.
Tapi... bolehkah insan dari dunia gelap seperti mereka bercinta? Dan kalau boleh sekalipun, layakkah mereka untuk jatuh cinta.
QHAIYRA ARALYN diam memandang langit malam bumi Itali itu. Cantik dengan kerlipan Bintang yang menghiasi hamparan langit indah ini. Tenang rasa.
Sejak dua menjak ni dia rasa tak aman pula. Asyik diekori sahaja. Ramai student lelaki mengikutinya ke mana-mana. Fans? Mungkin. Sebab sejak pementasan teater tu terus namanya jadi sebutan. Bukan nak riak. Tapi dia mula rasa tak selesa. Peminat-peminat pun boleh tahan scary. Hmm. Macam manalah hidup selebriti hollywood dengan kpop idol? Mesti lagi scary kan?
Nafas ditarik dalam-dalam. Udara segar. Dia selalu pergi taman ini. Sebab suasana senyap sunyi. Tenang. Tak ada gangguan.
Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang. Terus tegak Qhaiyra berdiri. Matanya memandang lima orang lelaki yang memandangnya dengan senyuman. Nampak macam budak-budak uni lagi. Ya Allah! Not now please...
"You're that little star right?!" Tanya seorang lelaki.
Qhaiyra telan liur. Lambat-lambat dia tarik senyum terpaksa.
"Can we have a drink together?" lelaki dengan sweater biru itu terus memegang tangannya.
"I'm the one who found her first. Give her to me bruh."
Qhaiyra cuak apabila tangannya ditarik-tarik oleh dua orang lelaki itu.
"Okay stop it!" terus terdiam budak-budak itu.
"Let us have a drink. Only a drink. Then we go home. Okay?"
Terus bersorak budak-budak itu. Semua tayang muka excited.
Qhaiyra mengekor langkah mereka perlahan-perlahan. Okey. Kira sampai tiga pastu lari.
Satu...
Dua...
![](https://img.wattpad.com/cover/194542746-288-k873688.jpg)
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Diversos# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...