🎭 •BAB 32•

46.4K 3.1K 349
                                    

JASONN menghentak kuat sterengnya. Rasa geram. Marah. Berang. Dan sebagainya.

Lelaki tak guna. Sikit je lagi aku nak tangkap perempuan tu!

Dia mengekori langkah Qhaiyra yang ceria menikmati aiskrim di tangannya.

Makin cantik pula perempuan itu. Wajahnya semakin berseri gembira.

Isteri Tunku Niel kut. Pasti Tunku Niel boleh beri Qhaiyra segala-galanya. Tapi tak apa. Aku nak tengok lepas ni kau akan terus tersenyum macam tu ke tidak. Hehe.

"Cik puan"

Demmit!

Jasonn terus bersembunyi di belakang kereta apabila melihat kelibat seorang lelaki berlari-lari anak mendekati Qhaiyra.

Jason kepal penumbuk. Bodoh lah!

Kacau!

"Awak siapa? Muka macam familliar."

"Saya Arie."

Jasonn memasang telinganya. Arie. Dia ke bodyguard upahan Niel?

"Saya anak buah Tunku Niel."

Hmm. Betullah tu.

"Ohh patutlah macam kenal. Selama ni saya nampak awak duduk dalam kereta je usyar saya."

"Mana ada saya usyar cik puan. Saya mengawasi sahaja."

"Saya gurau jelah. Awak jangan berbudi bahasa bersastera dengan saya."

Jasonn mengetap rahang. Bibirnya menyenget sedikit.

Tak apa. Sekarang kau selamat.

Hanya sekarang.

Jasonn senyum jahat walaupun hatinya rasa panas.

It's okay.

Lain kali ada.

TUNKU NIEL mengelus lembut rambut Qhaiyra yang sudah lena dibuai mimpi. Tenang sahaja wajah mulus itu.

Kata-kata Arie petang tadi benar-benar membuatnya terkelu. Jasonn sudah berani mendekati isterinya. Petanda bahaya.

Tunku Niel rasa takut dan risau akan keselamatan Qhaiyra. Dia tidak dapat bersama isterinya dua puluh empat jam. Dan sekarang dia hanya meletakkan kepercayaannya kepada Mark dan Arie sahaja. Dengan harapan agar Qhaiyra sentiasa selamat.

Tunku Niel mencapai telefon bimbitnya dan pantas menelefon seseorang yang dikehendakinya.

Lama dia menunggu panggilannya berjawab.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Serak basah suara garau itu menjawab salam.

"Did i mess your sweet dream?"

"Very. What's wrong?"

Tunku Niel buat muka mendengar suara itu. Macam biasa. Annoying.

"Aku nak minta tolong kau. Boleh?"

"Of course. Kalau aku boleh tolong, in shaa Allah aku tolong. Tapi kalau kau minta tolong pelik-pelik, dan aku pun haram jadah tak tahu apa-apa, sorry to say. I can't help." Tunku Niel ketawa kecil. Raja Daiyan Ghazi tak tahu apa-apa? Nampak benar menipunya.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now