QHAIYRA duduk bersimpuh di sebelah Firuz yang turut sama duduk sepertinya. Tubuh kecil Firuz tersarung baju kurung moden berwarna putih. Kelihatan manis sahaja orangnya.
"Muhammad Mikhail Mark Bin Abdullah Theovanni."
"Saya."
Firuz terus menggenggam tangan Qhaiyra. Berdebar weh!
"Aku nikahkan akan dikau dengan Firuz Azalea Binti Muhammad Shahril dengan mas kahwin seribu lima ratus ringgit tunai."
Qhaiyra membalas genggaman tangam Firuz. Sejuk benar tangan sahabatnya itu. Nervous.
"Aku terima nikah Firuz Azalea Binti Muhammad Shahril dengan mas kahwin seribu lima ratus ringgit tunai." Ucap lelaki itu dengan sekali lafaz.
"Sah?"
"Sah!"
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah."
Firuz dan Qhaiyra terus berpelukan. Kemudian Firuz memeluk ibunya pula. Tiba-tiba suasana jadi syahdu. Firuz cepat-cepat tahan airmata yang hendak mengalir dari tubir mata.
Maskara aku...
Semua menadah tangan. Mula mengaminkan doa yang dibaca tok kadi.
Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan.
Qhaiyra mengangkat kepala. Memandang lelaki yang sedang meriba anak kecil di sana. Lelaki itu turut mengajar anaknya menadah tangan sama.
Qhaiyra senyum. Indahnya pemandangan ini.
Lelaki itu angkat kepala. Terus pandangan mereka bersatu.
Tunku Niel.
Lelaki itu sedang tersenyum memandang ke arahnya. Dengan senyuman yang manis dan mampu menggetarkan hati seorang Qhaiyra Aralayn.
Dia memang seorang suami yang cukup sempurna bagiku.
Sentiasa sempurna.
"MAMMAMM!" Si kembar di sebelah Qhaiyra suka benar setiap kali dia dan Tunku Niel menyuap mereka. Biasalah. Anak kecil macam ini memang pantang nampak makanan.
"Mammam." Tunku Qausar mula memukul perlahan paha ibunya. Tidak sabar apabila Qhaiyra mengambil masa yang agak lama untuk menyuapnya lagi.
"Ya. Ya sayang. Aaaa." Si kecil itu tersengih ceria sebelum menganga mulutnya.
Qhaiyra menyuap sedikit nasi ke dalam mulut Tunku Qausar. Suka si kecil itu.
Tunku Niel tersenyum melihatnya sebelum dia menyuap sedikit nasi ke dalam mulut si kecil Tunku Nuqman. Si kecil ini tenang sahaja. Tidak seperti abangnya.
"Noah. Armaya. Dah makan?" Tegur Tunku Niel sebaik sahaja terpandangkan merpati dua sejoli itu duduk di hadapannya.
"Dah. Dah kenyang dah." Balas Armaya. Bibirnya tersenyum lebar. Namun hanya seketika apabila Tunku Ariana di dukungannya mula meronta-ronta nak ke dukungan si ayah.
"Ari." Tegur Armaya. Sedikit tegas. Sebab Ari ni nakal sikit.
Ari bagai tahu dimarahi ibunya. Terus di tutup muka dengan tangan. Namun sesekali mata emasnya kelihatan di celahan jari pendeknya. Mengintai sekeliling.
Qhaiyra dan Tunku Niel tersenyum lucu. Comel sahaja gaya Ari.
Tunku Noah senyum nipis melihatnya. Tunku Nuriz Nashriq di dudukkan di atas meja sebelum dia memeluk tubuh kecil Nash dari belakang.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
Random# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...