🎭 •BAB 24•

48.5K 3.4K 130
                                    

QHAIYRA mengangkat tangannya apabila Tunku Niel menyuakan sesudu lagi bubur ayam. Dia masih tidak berselera hendak menelan makanan lagi. Apa yang dia mahukan hanya bersendirian sahaja sekarang ni.

Tunku Niel mengeluh. Takkan sudah tidak mahu makan. Baru tiga empat sudu sahaja. Namun Tunku Niel akur. Bubur itu diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil.

Qhaiyra bangkit dan berjalan melepasi Tunku Niel.

"Qhaiyra..." Tunku Niel menangkap tangan Qhaiyra.

Diam.

"We need to talk."

"Tak ada apa lagi yang nak dibincangkan Niel." Qhaiyra menarik tangannya dari pegangan Tunku Niel.

Tunku Niel terus menarik kuat tangan Qhaiyra sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas ribanya.

Qhaiyra terkejut. Nafasnya terus laju dan tidak teratur.

"It's okay Qhaiyra. I'm not going to harm you." Tunku Niel menekup lembut pipi gebu Qhaiyra. Ubun-ubun isterinya dicium lembut. Meminta Qhaiyra bertenang.

Qhaiyra memejam matanya. Nafasnya diatur sebaik mungkin. Lelaki itu adalah Tunku Niel. Suaminya. Mustahil lelaki itu akan mengapa-apakannya.

Suasana hening seketika. Ibu jari kasar Tunku Niel mengelus lembut pipi Qhaiyra. Lama. Menunggu isterinya betul-betul tenang.

"You knew."

Qhaiyra membuka mata. Memandang anak mata Tunku Niel yang memanah redup ke arahnya.

"You knew that i'm a De'Angelo and a Wolff King."

Qhaiyra mengalihkan pandangan mata. Terus dia menolak lembut tubuh Tunku Niel. Mahu bangun. Namun lelaki itu menarik kembali pinggangnya agar tetap di situ.

"Let me explain. Hmm?" Tunku Niel mengintai sedikit wajah Qhaiyra yang tertunduk itu.

"Can i?"

Qhaiyra menghela nafasnya. Meminta dirinya bertenang. Lambat-lambat kepalanya dijatuhkan. Memberi peluang lelaki itu memberi penjelasan.

Tunku Niel senyum. Sebelah tangan yang berada di pipi Qhaiyra jatuh ke sisi isterinya. Memeluk erat pinggang itu.

"Abang mengaku. I am half of De'Angelo and a half of Wolff."

Qhaiyra mengangkat wajah. Menentang pandangan mata redup Tunku Niel.

"Dua keluarga ini punya pengaruh yang kuat. Sejak kecil abang dilatih dalam. Dipaksa actually. Dan masa tu abang terpisah dengan bonda. Abang dan Noah terpaksa berlatih untuk bonda. Kami nak bonda semula. Tapi dulu abang penakut. Sehinggalah Noah yang yakinkan abang bahawa dia yang akan lakukan semuanya. Dia yang akan bertarung dan memenangi takhta. Dan dialah yang akan lakukan semuanya." Tunku Niel senyum nipis. Dagunya diletak di atas bahu Qhaiyra.

"Sepatutnya abang yang lawan dalam gelanggang tu. Peraturan gelanggang hanya ada dua. Membunuh atau dibunuh. Dan Salvatore mahu abang dibunuh. Supaya sepupu abang dapat menang. Kemudian bertarung dengan Noah. But everything change. Noah bangkang. Dia yang nak berlawan dengan Micah. Dia kata dia nak menang. Walaupun hakikatnya, dia hanyalah hendak memberontak. Hendak membalas dendam kepada datuk dengan menghancurkan keluarga dia sendiri. Sebab bonda dan sebab gufo." Tunku Niel tersenyum paksa. Dia sendiri ngilu setiap kali teringatkan perlawanan antara Noah dan Micah. Bermati-matian mereka berlawan. Sampai berdarah dan luka sana sini.

"Gufo? Burung hantu?" Tanya Qhaiyra. Tunku Niel jatuhkan kepala.

"Yup. Noah, kembar abang pernah bela burung hantu dulu. Tapi gufo kena bunuh dengan orang kanan Salvatore. And he's mad because of that. Kasihan haiwan tak bersalah tu.

✓ TUNKU NIEL NATHANIELWhere stories live. Discover now