QHAIYRA cuba menumpukan perhatian memandang Dr. Fredrick yang sedang membebel dengan slang britishnya yang pekat itu. Namun gagal.
Fikirannya asyik melayang memikirkan peristiwa semalam.
Ya Allah.
Tangannya perlahan-lahan naik memegang leher yang dibalut dengan handkerchief nipis itu. Qhaiyra berkerut sedikit apabila jemarinya tertekan kuat bahagian di leher yang mula merah kebiruan. Lebam. Menunjukkan betapa kuatnya cengkaman Jasonn dilehernya malam tadi.
Qhaiyra mengeluh lagi. Selama ini aman sahaja dia menuntut ilmu di bumi Itali ini. Tiba-tiba tempat persembunyiannya diketahui jua. Arghhh! Ke mana lagi harus dia larikan diri? Ahh sudahlah kau. Duit nak cekau mana?
Qhaiyra tersedar dari lamunannya apabila dewan kuliah mula riuh dengan bunyi tolakan kerusi dan pelajar-pelajar juga mula bersurai. Eh dah habis class ke? Awalnya?
Qhaiyra terus mengemas segala peralatannya dan dimasukkan ke dalam beg. Usai mengemas, Qhaiyra memakai kaca mata hitam miliknya. Lantaklah orang nak pelik kenapa dia pakai kaca mata hitam dalam dewan kuliah. Yang penting, safety first. Hoodie dinaikkan menutup kepala.
Tanpa berlengah, Qhaiyra berjalan keluar dari bangunan dewan kuliah itu. Laju kakinya melangkah tanpa menoleh kiri kanan.
Ketika kakinya melangkah ke perhentian bas di bahu jalan sana, terasa langkahnya diekori. Qhaiyra rasa berdebar. Rasa takut. Qhaiyra terus melajukan langkahnya.
Tiba-tiba tangannya ditarik dari belakang. Tubuhnya yang terkejut bertindak refleks mengangkat lutut. Destinasinya adalah di celah kangkang lelaki dihadapannya.
Lelaki itu cuba mengelak. Namun terkena juga sipi-sipi.
"Auch!!!" Lelaki itu terbongkok menahan sakit. Terkepit dia menahan senak yang di rasakan.
Eh ini...
"Niel?!" Qhaiyra terus menanggalkan kaca mata hitamnya. Rambut perang. Kulit yang sedikit tanned. Tubuh tinggi lampai dan tegap.
Sah Tunku Niel!
"Allah. Maaf Niel. Saya tak sengaja." Qhaiyra membongkok sama. Cuba mengintai wajah lelaki itu.
"Niel? Awak okey tak ni?" Suara gadis itu jelas bernada risau.
Tunku Niel tarik senyum paksa.
Dia tanya kita okey ke tak? Senak tau!
"I'm okay." Tunku Niel mula tegakkan tubuh semula. Bukan main penangan Qhaiyra. Boleh tahan sengatannya.
Terkejut boboy.
"Betul awak tak apa-apa?" Tanya Qhaiyra risau.
"Ya betul, sayang." Puih. Punyalah penipu. Hipokrit punya jawapan. Adumakk. Nak buat macam mana kan? Nasib sayang.
"Sorry. Awaklah dah kenapa? Tiba-tiba pegang lengan orang. Reti bagi salam tak?" Marah Qhaiyra tiba-tiba. Gila tak marah. Dahlah sedang trauma ni.
"Alaa maaflah. Awak tu laju sangat jalan kenapa? Kena kejar apa?" Bidas Tunku Niel.
Qhaiyra terdiam. Ya. Memang aku kena kejar malam tadi. Apahal? Cari gaduh ke?
"Tak kisahlah. Tapi kalau apa-apa jadi pada saya, saya ajak awak kahwin dengan saya. Saya tak kira." Bebel Tunku Niel. Wajahnya sedikit masam.
Qhaiyra tersengih melihat wajah masam Tunku Niel. Rilekla pakwe. Kena sikit je tu. Kang bagi betul-betul sepenuh hati karang, mahu tak hidup betul-betul.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
De Todo# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...