TUNKU NIEL melangkah masuk ke dalam gudang lama itu dengan langkahnya yang penuh yakin. Wajahnya tegang dan ketat.
"Boss." Seorang lelaki yang melihat kelibatnya terus memanggil Jackson. Jackson yang ketika itu sedang duduk di kerusinya terus berdiri tegak melihat susuk tubuh Tunku Niel. Aura dingin sangat terasa. Lebih-lebih lagi wajah lelaki itu ketat dan serius.
Jackson mengeluh.
Tanpa amaran Tunku Niel terus mencengkam kolar baju Jackson dan menolaknya sehingga kuat bunyi berdenting kontena besi itu berbunyi saat Tunku Niel menghempas tubuh Jackson di situ.
Anak-anak buah Jackson pantas mengeluarkan senjata. Namun Jackson terus mengangkat tangan. Menyuruh mereka menjatuhkan senjata mereka.
"Anak kau buat taik dengan aku. Lagi. Aku dah beri kau amaran. Lagi sekali dia sentuh isteri aku, kau dan keluarga Chou mati!"
"Aku minta... maaf."
"Apa? Kau nak aku beri peluang lagi?" Tunku Niel ketawa sinis. Cengkamannya dikolar Jackson melonggar sedikit.
Bamm!!
Tubuh Jackson ditolak lebih kuat sehingga belakangnya terpempan ke kontena di belakangnya. Lengan berurat itu menekan leher Jackson. Berkerut wajah Jackson.
"Jangan harap! Gengster tak guna! Kau ingat kau cari pasal dengan siapa sekarang ni?" Turun naik dada Tunku Niel. Lengannya di leher itu ditekan lagi sehingga wajah Jackson berubah merah.
"Aku dah beri amaran tapi anak kau yang tak guna tu dah langgar. Huh. Konon takkan biarkan dia terlepas eh? Habistu yang serang isteri aku tadi siapa hah?!"
Jackson cuba menolak lengan itu. Gagal.
"Aku dah... kurung dia betul-betul. Tapi ada orang yang... lepaskan dia!"
Diam. Tunku Niel memandang tajam wajah Jackson yang sudah berubah pucat kerana mula kekurangan oksigen. Bergerak-gerak rahang Tunku Niel. Rasa amarahnya sangat menebal di dada.
Tunku Niel terus menghentak tubuh Jackson ke belakang sebelum menarik lengannya menjauh.
Jackson tersandar dengan nafas yang laju. Tangannya naik memegang leher.
Tunku Niel memandang wajah Jackson dengan pandangannya yang beku.
"Mulai esok..." Tunku Niel tersenyum nipis. Sinis. Dan sarkastik.
"Kumpulan haram kau akan jatuh perlahan-lahan. Mark my words!" Tunku Niel terus berjalan keluar dari gudang lama itu. Dia tekad. Dia sendiri yang akan menjatuhkan Jackson.
"Boss." Indra membantu Jackson untuk berdiri. Namun Jackson pantas menolak tangan Indra menjauh.
"Find him!"
TUNKU NIEL terus memeluk tubuh kecil Qhaiyra sebaik sahaja melihat isterinya diam berdiri di sebelah tingkap.
Qhaiyra membalas pelukan itu Tangannya terasa sedikit menggigil dek kerana masih terbayang lagi peristiwa semalam.
"Abang. Qhaiyra takut." Suara itu bergetar perlahan.
Tunku Niel dapat rasakan ketakutan melalui nada suara itu. Lagi pula, tubuh isterinya itu menggigil kecil.
"Maafkan abang. Abang gagal lindungi Qhaiyra. Abang tak dapat bersama dengan Qhaiyra selalu. Maaf sayang." Tunku Niel mencium ubun-ubun Qhaiyra perlahan.
"Qhaiyra tak apa-apa kan sayang?" Tunku Niel menolak tubuh Qhaiyra. Mahu melihat wajah isterinya. Pucat.
Qhaiyra menggelengkan kepalanya. Senyuman nipis diukir di bibirnya. Tangannya naik memegang tangan Tunku Niel yang menekup pipinya. Dia tidak mahu Tunku Niel asyik memikirkan tentangnya sahaja. Kasihan lelaki itu.
YOU ARE READING
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL
De Todo# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cint...